Followers

Tuesday, January 18, 2011

24 jam




24 jam sehari. Bersamaan dengan 1440 minit dan bersamaan juga 86400 saat.

Itulah masa yang Allah dah beri kepada kita.

Memang dah cantik dah.

Perancangan Allah memang sangat sempurna dan tiada cacat celanya.

Allah tahu yang 24 jam itu memang sangat cukup jika digunakan dengan betul oleh kita,manusia.

Tapi, yang tak betulnya, diri kita sendirilah.

Cuba fikir kembali. Lihat kembali kepada diri kita.

Adakah kita menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya?

Kita selalu mengeluh yang 24 jam itu tidak mencukupi. Memanglah tidak cukup jika kita yang mensia-siakanya.

 Surah Al-Asr, 1-3


1. Demi masa.


2.Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian,


3.kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

Allah memang  Maha Mengetahui.Subhanallah.

Sekarang,mari kita check list balik diri kita sebentar.

Selalukah kita mengucapkan Alhamdulillah, walaupun sesaat untuk atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita?


Selalukah kita membaca ayat-ayat suci Al-Quraan walaupun untuk beberapa minit sahaja?


Selalukah kita duduk di majlis ilmu walaupun untuk satu jam sahaja?


Selalukah kita bangun 1/3 malam,bertahajud kepada Dia?

Terkedu.

Mungkin ada yang amalkan. Tapi, hendak cuba cakap yang  memang susah nak buat semua perkara di atas.

Sekarang cuba bandingkan dengan yang ini pula.

Selalukah kita berbual kosong membuang masa?


Selalukah kita duduk berjam-jam depan laptop, online?

Terkedu lagi.

Memang berbeza.

Itulah sikap manusia. Benda yang baik memang susah nak buat. Benda yang tak bagus itu juga yang direbut-rebutkannya.

Jadi, muhasabah kembali.

Sedarlah diri kita ini siapa.

Hanya manusia yang tak punya apa-apa.

*

Trivia:

Hari ini sangat gembira. Alhamdulillah.

Pertama, sebab dapat novel Men from Mars,Women from Venus.

the cover of the novel.

Memang dah lama mahukan novel ini.Terima kasih sangat-sangat kepada yang beri.

You'll appreciate me once, I'll appreciate you forever.

2) Alhamdulillah. Markah yang sangat memberangsangkan untuk test Biochemistry.

sembilanpersepuluh. wee~

Tapi, ada yang full marks. Jadi,kena usaha lebih rajin lagi!

3) Nama syaufiq effendy memang susah disebut oleh orang Arab.

syaufiq jadi siti. -____-'

4) Sangat seronok kelas Histology. Tak sangka yang belajar dulu-dulu masih ingat dalam kepala.

Alhamdulillah. Sudah dapat gambaran practical exam bagaiamana.

5) Hari ini pergi balik jalan kaki oo. Tak naik tremco. Nak jadi super kurus. Ada orang kata aku dah kembung.-__-'

6) Esok  nak sarapan apa? Spageti? Roti?

Ok, itu sahaja.

No comments: