Followers

Friday, January 21, 2011

Bersedia




Kahwin.

Adakah sudah bersedia?

Sesetengah orang menjawab ya, manakala sesetengah orang lagi menjawab yang sebaliknya.

Jawapan yang berbeza.

Perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh dibuat main-main.

Memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit.

Kadang-kadang, diri kita memang nak sangat merasai kemanisan berumah tangga itu. Cewah!

Tapi, bila difikirkan balik, adakah kita bersedia untuk ke alam rumah tangga ni?

Sila jawab!

Perkahwinan ini tidak terdiri hanya perasaan cinta sahaja.

Banyak perkara yang disandarkan. Kewangan, mental, fizikal dan macam-macam lagilah.

Yelah, kalau tak ada duit, tak boleh juga.

Tak kan nak beri anak bini makan pasir kot?

Logik akal lah katakan.

Kemudiannya, kalau diri sendiri tak terjaga, ada hati nak kahwin anak dara orang?

Haiya. Jangan bikin susah maa.

Dah tak tahu nak tulis apa. Bukannya ada experience pun bab-bab camni.

*

Mak aku dah pesan,

"Jangan kahwin kat Mesir. Nanti ibu tak dapat tengok"

Aku pun cakap

"Baik"

Adakah ini bermakna aku boleh kahwin walaupun masih belajar lagi?

Tapi dengan syarat kena kahwin dekat Malaysia lah kan?

Gatai noo.

Hakikatnya, aku masih single tapi half-half available. Haha.

*

Trivia:

1) Eh? Dah nak habis dah thorax rupanya.

2) Pegang heart yang real. Best!

3) Pengajaran hari ini, beli tong gas sebelum gas habis. Kalau tak, begedil kau jadi separuh masak lah.

4) Colon cancer. Mari cari!

5) Kami memang suka berdrama.

6) Tak salah kan involve pcz? AQ tetap di hati.

7) Hari ini gatal buat post pasal kahwin. Ada apa hal?

8) Konfius nak tidur awal atau tidak.

9) Mengejar Pelangi. Idea dan kerajinan, sila lah datang.

Ok, itu sahaja.

5 comments:

Anonymous said...

half?

Syaef said...

separuh.

zida said...

ehhh kome guna tong gas kahh? kat sini gas dah otomatik ada. tinggal bayar je.

memang gataiiiii. nak kawen kang ajak aku datang makan tau! hahah

Syaef said...

haha.

lambat lagi nak kahwin!

Anonymous said...

haha..syaufiq dah dewasa doe..