Followers

Monday, January 10, 2011

Exam Oriented





Exam Oriented

 Pernah dengar mengenai Exam Oriented ? Sudah pasti bukan . Cuba refleksi diri kita kembali . Adakah kita ini seorang yang exam oriented ?

 Jawapannya ya ! Mengapakah dikatakan begitu ?

Sistem pendidikan pada hari ini telah berpaksikan kepada exam oriented .

 Profesor atau guru mengajar hanya untuk memastikan silibus pelajaran dihabiskan dalam masa yang ditetapkan.

 Manakala , pelajar belajar hanya untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.  Nampak bukan situasi sekarang ?

Jadinya . siapakah yang rugi dalam situasi ini ?

Semua. Ya, semua orang rugi dalam perkara ini . 

Pelajar rugi kerana ilmu yang dipelajari mereka hanya sekadar di takuk peperiksaan sahaja bukan kehidupan . 

Profesor atau guru rugi kerana ilmu yang mereka ada tidak dapat diwariskan dalam bentuk yang sempurna . 

Masyarakat rugi kerana kurangnya kualiti ilmu dalam masyarakat itu. Dan , yang paling rugi adalah agama kita sendiri . Dapat lihat bukan garis – garis hubungan antara semua itu .

Tabiat pelajar sekarang  ialah MENGHAFAL MEMBUTA TULI . Betul bukan ?

 Sebenarnya, PEMAHAMAN  secara mendalam terhadap sesuatu yang kita pelajari lebih meninggalkan kesan dalam diri kita berbanding hanya menghafal tanpa mengetahui maksud .

Kita bukan sekadar  belajar bersusah payah dan bersengakang mata mengulang kaji.

 Kita juga bukan sekadar menyarung jubah , mempamerkan topi graduasi empat segi dan tersenyum menerima ijazah.

 Ianya lebih daripada itu! Kehidupan kita menjadi pentas sebenar  untuk menilai diri kita ini sebagai seorang yang berjaya  atau gagal .



Knowledge oriented, mahu?

*
Dah, nak revise Histo. Satu hari, satu post berjaya!

No comments: