Followers

Monday, January 10, 2011

Facebook.



Selesai sudah test Histo. Walaupun tak jawab dengan sempurna, masih rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah.

Inikah kemanisan belajar dan menjawab exam?

InsyaAllah.

Silap faham tadi. Test Biochem sepatutnya hari Rabu, bukan hari ini.

Haha. Semangat sangat nak jawab.

Okay, tak mahu buat entri kosong semata-mata sahaja. Kenalah ada isi.

Baru dinamakan bermanfaat.

*



Facebook. Rasanya semua tahu facebook itu apa.

Kalau nak tahu sejarah bagaimana Facebook ini boleh tercipta, klik sini Wikipedia.

Bukannya nak buat kelas sejarah pasal sejarah Facebook ok. Itu mengantuk.

Terus kepada akar dan bukan kepada buahnya.

Persoalannya disini, Facebook ini baik atau buruk?

Itu yang menjadi masalahnya.

Jadi, ingin bukakanlah persoalan di sini?

Baik atau buruk?

Berbeza. Jawapan dia berbeza bukan?

Ikut kehendak dan fikiran setiap oranglah.

Ada sesetengah orang kata, Facebook ini bagus.

Ada yang lain juga berkata, Facebook ini melalaikan.

Well. Itu adalah pendapat setiap orang. Dan, tidak ada salah dalam berpendapat.

Aku sendiri pun tak kata facebook itu baik sangat dan buruk sangat.

Ada pro dan kontra.

Harus sekali ditegaskan di siti. Tiada salah dalam berpendapat.

Kerana apa?

Setiap orang berbeza dia. Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Adik beradik pun walaupun muka sama , tapi perangai lain-lain.

Ye bukan?

Jadi, apa kata kita buka horizon minda kita untuk tanya kembali kepada diri kita,

"Facebook ini baik atau tidak bagi aku?"

*
Sebenarnya,ada lagi nak tulis pasal facebook ini.

Jangan bimbang , lepas ini akan ada entri berasingan pasal Kebaikan Facebook dan Keburukan Facebook.

Baru adil bukan?

Kena kaji dulu, baru tulis sesuatu. Itu yang sebetulnya.

Kaji dan tulis.

Bukannya, tulis membabi buta menyebelahi mana-mana pihak tanpa ada hujah yang sepatutnya.

dengan tulisan, macam-macam boleh terjadi?

Kes dibuka!

No comments: