Followers

Saturday, January 8, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan


Okay, update lagi. Rajin sangat nak update ni.

Tak pe lah kan?

Biasalah,orang tak da facebook.Tinggal blogger je lah untuk berkarya dan segala bagai.

Ok, entri kali menampilkan 'wad' terbaru dalam blog ini. Hehe.

Makanan Mesir.

Untuk pertama kalinya, kita akan melihat kepada makanan yang agak terkenal di sini iaitu , nasi Hadra Maut.

Let's the pics tell the story.

Tempat:


Di Zagazig, jika tak silap ada dua kedai hadra maut yang common lah. Satu yang berdekatan dengan masjid Al-Fatah(berdekatan denagan kedai Pizza Alex) dan satu lagi yang agak tersorok sedikit di dalam Qaumiah(berdekatan dengan kedai Pizza Roma).

buku menu. fully arabic.

waaa. arabic.

satu hidangan Nuss Firah Mandi.

Komen :

Sedap. Nasi dia macam nasi minyak warnanya. Tapi, rasa dia tak de lah macam nasi minyak tu. Berlemak dan ada rasa masin sikit. Tapi, tak da lah masin macam air laut. Erm, ikut lidah orang lah.

Then, ayam dia dimasak dengan dua cara. Sama ada kukus atau pun bakar. Yang kukus dipanggil Mandi, manakala yang bakar dipanggil Matbi (kalau tak silap)

Rasa dia? Puas.Sedap lah senang citer.

Untuk add onn dia pula, ada sup, sayur (tomato dan timun) dan juga sambal.

Rasa sup dia kurang sedikit. Macam ada barli atau beras dalam tu. Erk. Sup dia memang k.o.

Then, sambal dia memang lain beza dengan sambal Malaysia.Yang ni pure punya, kisar cili dan tomato. Tapi, rasa-rasanya rasa tomato yang lebih. Btw, sambal tu tak pedas langsung pun. Hehe.

Tapi, biasalah. Kalau asyik makan je, cepat muak.

Harga:

Depend kepada kedai.

Tapi, secara puratanya, harga dia adalah 12-13 genih untuk satu rubu' firah mandi(1/4 ayam).

Manakala, harga untuk satu nuss rubu' firah matbi(1/2 ayam) ialah 19-22 genih.

Berbaloi atau tidak?

Memang sangat berbaloi. Bayangkanlah, susah gila kot nak cari kat Malaysia nasi yang ada 1/4 ayam dengan harga lebih kurang rm 5-7. Then, nasi dia memang banyak. Kembung perut dibuatnya.Siap ada add on lagi.
Tak rugi kalau makan.

Rating Dr Chef Syaufiq:

8.5/10

Blurrp.Alhamdulillah.
Okay, jumpa lagi di makanan yang lain.

No comments: