Followers

Wednesday, January 5, 2011

Mari Ke Terengganu, Keropok Lekor

Salam alaik,

Entri kali ini adalah mengenai keropok lekor. Ya. Sedap bukan? Teringat kembali Malaysia. Siapa kata duduk luar negara tak boleh buat keropok lekor?

Boleh je sebenarnya walaupun tak sesedap dan semantap di Malaysia lah.

At least, adalah rasa dan hilang rindu kat Malaysia

Okay, kita teruskan dengan cara nak buat keropok lekor. Sebenarnya senang je.  Takdelah susah mana.

Mula-mula, kenalah tahu kandungan nak buat keropok lekor. Kalau tak, macam mana nak buat kan?

Memandangkan kita berada di Mesir, diulang sekali lagi , Mesir, kita kenalah ikut bahan-bahan yang terdapat di Mesir.

1)Tepung gandum

2) Ikan kembung

3) Garam

Tengok. Senang je nak buat bukan? 

Even a kid can do it!

Then, kita belajar pula cara nak buat dia.

1) Mula-mula sekali, bersihkan ikan itu. Buang organ dalaman dia, kulit dia dan wateva. Bak kata Aini, perisikkan. First time dengar.

ikan kembung mesir. Kecik je.


2) Then, kisar isi ikan itu. Jangan letak air banyak sangat. Nanti jadi jus ikan kembung. Sangat tak sedap ok!

rupa ikan kembung selepas dikisar. Kesian.Dah tak nampak bentuk dah.




3) Kemudian, letak tepung gandum dan gaulkannya dengan isi ikan yang dah hancur tu. Jangan lupa letak garam sekali ye penonton! 

uli jangan tak uli. Tangan kena pandai uli lah masa ni. Nak bentukkan struktur dia.
4) Gaul dan uli. Pandai-pandailah kawal jumlah tepung. Jangan banyak sangat tepung dia, nanti jadi keras sangat. Liat.

5) Kemudian, bentukkan adunan itu jadi panjang, Nak buat bentuk apa-apa pun boleh. Bentuk hati pun boleh. Terpulang.

Inilah rupa selepas di bentuk. 

6) Seterusnya, masukkan ke dalam periuk yang penuh dengan air yang sedang mendidih. Biarkan seketika untuk beberapa minit.

kuantiti air lebih kurang camnilah
tengok. agak-agak menggelegak camni,angkatlah ye.

7) Bila dah nampak menggelegak, angkat.

yang ini,memang elok sangat.
rupa selepas direbus.
8) Gorenglah dalam kuali.

goreng jangan tak goreng.

9) Tadaa. Dah siap.

settle sudah.

10) Kenyang.Blurrpp~

Okeh, bolehlah cuba ya dirumah masing-masing . Jumpa lagi di slot akan datang. Hehehe.

4 comments:

CAHAYA PUTERI said...

waaa

ingatkan kilang je bole buat kepok lekor

Sya.Ef said...

boleh je kat rumah.

mahu cuba?

CAHAYA PUTERI said...

nanti akan dicuba

Sya.Ef said...

bagus. pos ke mesir sedikit.