Followers

Friday, January 7, 2011

Mari rajin kejap!


Dari perkara simple kepada semakin kompleks. Itulah hakikat medik. Kalau tak kompleks, bukan mediklah namanya. Sedangkan, course kulinari pun kena ada step-step dia yang sangat menyusahkan.

Anggota badan paling banyak bekerja setiap hari?

Otak la kan?

Asyik kena baca, revise dan hafal. Itu belum campur lagi fikir masalah perkara lain. Serabut.

otak dah macam nak terbakar je.

Semua benda nak baca, semua benda nak kena faham, semua benda nak kena ingat dan hafal?

Mesti rasa yang terbeban amat sangatkan?

Jangan tipulah. Mesti rasa camtu punye.

Rasa nak balik Malaysia sekarang juga.

Relaks dulu. Awal lagi nak balik. Baru bulan berapa. Baru bulan satu kan?

Ada paling koman pun dalam 6 bulan lagi.

Mahukan cara belajar yang interaktif? Tapi, semestinya  kena rajin sikitlah. 

Ini untuk Anatomy sahajalah. Yang lain itu nanti ok?

Okay, mula-mula, kita buka buku department.

1)Cuba untuk baca buku department, even dah diketahui ramai yang buku department memang sangat "menarik".

buku department. sampai tercabut kulit aku kerjakan. Punyalah menarik sangat katakan.
macam buku sejarah -.-
Siapa yang faham direct dari buku department memang tabik spring lah. Esp, Anatomy.

Okay, gagal untuk bermesra dengan lebih mendalam bersama buku department. Tak mengapa, ada plan back up yang kedua.

2)Baca buku tambahan seperti Sameh Doss, or apa-apa yang berkaitan. Biasanya, bila dah sampai step ni, mostly pelajar akan dapat gambaran sebenar apa yang sedang cuba dibaca.

Buku tambahan dan kegenaran ramai.

kandungan buku sameh doss.



Dah nampak sedikit bukan bayangan itu? Bagus. Tapi, kalau masih tak berjaya juga. Tak mengapa. Ada cara lain lagi.

Bukan semua suka baca buku bukan? Ada yang bila sahaja buka buku, mulalah terlukis peta benua baru. 

Elele, tak payah tipu lah. Lebih-lebih lagi kalau buku yang macam sejarah sahaja.

 Pergh. Boleh lah siap-siap ambil bantal dan selimut untuk tidur.

online. manfaatkannya.

3) Semua mesti suka dan rajin untuk online bukan? Bagus. Gunakan kesukaan anda itu untuk mencari link-link yang mengajar secara interaktif dan via online. Ala, sekadar main taip dan klik sedikit sahaja, jumpa dah.  Kacang la weh. Adik yang umur 7 tahun pun boleh buat lah. Apa kes budak 19 tahun tak boleh buat?

antara link yang ada. berlambak je kat internet.

Itu baru di namakan belajar sambil online. Bukan asyik berfacebook sahaja.

Okay, ada lagi senjata-senjata rahsia. Jangan risau ye. 

Lecturer ajar kat kelas, terlopong je. Tak dapat nak imagine macam mana benda itu dan bagaimana ianya berlaku?

Common problem.

4) Sekali lagi, rajinkan tangan untuk anda klik You Tube dan carilah video yang berkaitan. Jangan kau pergi klik lagu Stand By Me, Shinee pula. Lepas itu, lupa tujuan asal.



Orang kata, seseorang akan lebih cepat mengingat jika tangannya bersama-sama mengingat.Maksud dia apa?

5)Buat notalah jawabnya. Tak payah nak lawa. Asalkan sendiri faham . Nota yang simple dan padat. Untuk baca sendiri-sendiri je kan? Bukannya nak pergi jual dekat orang.


simple dan mudah


Alamak, exam dah nak dekat. Masih banyak yang tak study lagi. Walaweh.

Cool. Jangan cepat gelabah. Kalau kau gelabah, tak bawa ke mana pun.

6) Kau pergi jumpa lecturer dan Head of Department, apa yang masuk untuk exam? Biasanya dan semestinya, lecturer akan beritahu apa yang keluar. 

Okay, lega lah sikit bukan?

Tu lah. Jangan kelam kabut lagi. Tak elok untuk kesihatan tahu? mesyi ?

Yang ni untuk sesiapa yang rajin je lah.Bukan paksaan pun.

7) Based on info-info  daripada HOD tu, apa kata kau buat nota colurful dan menarik untuk hot topics tu. Gunalah segala kreativiti yang ada. Main warna-warna ke. 

my masterpice.terharu buat benda ni T.T

hehe. lukis melukis.


Reason dia?

Otak manusia mudah tertarik dengan warna. Tak pandai nak hurailah. Tanyalah Dr. Fadzillah Kamsah. ehe.

Bagus. Anda memang budak baik sebab ikut tips yang diberikan.

Dah habis ke? 

Eh, belum ye, ada lagi.

8) Nak tak nak, kenalah paksa diri untuk baca nota yang dah di buat. Ala, ber chatting sampai 1-2 jam. dari pukul 10 sampai pukul 4 pagi boleh, apa kes baca nota Anatomy untuk jangka masa setengah jam at least.

Tak cool langsung.

Okeh, itu sahaja lah. Bergantung pada oranglah kan? Sesetengah orang cara dia lain dan tak boleh nak disamakan  dengan orang yang normal. 

2 comments:

Anonymous said...

ooo

patot la anda terkenal dgn kerajinan anda :)

Sya.Ef said...

haha

tiada maknanya wahai cik anonymous :p