Followers

Friday, January 21, 2011

Mengejar Pelangi (2)




“Alhamdulillah. Sampai juga  di Cairo” bisik Humaira dalam hati

Humaira mengeluarkan handphonenya. Tangannya ligat menekan sesuatu di handphonenya itu.

Beberapa ketika kemudian.

“Assalamualaikum,Ummi. Humaira dah  sampai dekat Cairo.  Sekarang ini, dekat airport.

 Kejap lagi akan bertolak ke  Zagazig” tutur Humaira melalui handphonenya itu.

“Alhamdulillah. Selamat juga anak ummi sampai. Sekarang pukul berapa?”tanya umminya

“Oh. Sekarang Cairo pukul 6 petang. Malaysia dalam pukul 11 malam rasanya kan?”jawab Humaira.

“A ah. Sekarang Malaysia pukul 11 malam”balas umminya kembali.

“Baiklah ummi. Nanti Humaira telefon lagi.Sayang ummi!”

“Jaga diri baik-baik Humaira. Kami semua di sini sayangkan Humaira”kata-kata terakhir ummi

sebelum perbualan ditamatkan.

Humaira menyimpan kembali handphonenya ke dalam beg tangan. Kemudiannya, dia  bergegas

menyorong bagasinya ke arah rakan-rakannya yang lain. Suasana agak bising. Almaklumlah,

kebanyakannya baru pertama kali sampai ke Mesir.

Cairo International Airport tidaklah segah dan sehebat Kuala Lumpur International Airport. Sistem

pengurusannya pun kurang maju dibandingkan KLIA. Hendak cop passport pun secara manual.

Sudahlah, pengawai dia banyak sahaja ragamnya. Memang dugaan betul!

Humaira masuk kembali ke dalam Arriving Hall. Dia berasa amat dahaga.

Tak hairanlah, Mesir ketika ini masih berada dalam musim panas. Penghujung musim panas.

“I want one bottle of mineral water. How much?” tanya Humaira kepada peniaga Arab itu.

“Eh?”balas  orang Arab itu.

“Mineral water?”sambung orang Arab itu kembali.

“Yes. Er, aiwah”

Senyap untuk seketika.

“Asharoo”ujar orang Arab itu sambil menghulurkan air mineral kepada Humaira.

“Eh?”Humaira agak terkejut.

“Asharoo, Ten pounds”balas orang Arab itu mendatar.

“What? Ten pound?”soal Humaira tidak percaya.

“Yes”

Setelah membayar 10 genih kepada orang Arab itu, Humaira segera keluar dari Arriving Hall.

Sementara itu, otaknya ligat memikirkan sesuatu.


1 USD  = RM 3.32+

1 USD =  LE 5.70+

10 genih = RM ?

10 genih =  (10/5.7) x 3.32.

10 genih = Nak dekat RM 6.
















“Mahal tak ingat! Satu botol air mineral, RM 6 lebih?”bisik hatinya.

Langkah dipercepatkan.  Kelihatan rakan-rakannya yang lain sudah mula bergerak ke arah

bas yang disediakan untuk mereka ke Zagazig.

Kelihatan pelajar-pelajar lelaki tahun 2 perubatan dan pergigian Universiti Al-Azhar

turut turun padang membantu mengangkat bagasi-bagasi ke dalam bas.

Setelah lebih kurang sejam proses  mengangkut barang ke dalam bas, akhirnya bas mula bergerak.

Kini, Zagazig yang dituju!

Destinasi semakin hampir.

Humaira seakan-akan tidak sabar untuk sampai ke Zagazig.

Pelbagai  bayangan yang muncul di dalam kepala.

Best atau tidak Zagazig?

Tamat (2)


2 comments:

zida said...

novel kah? wuiyooo. tapi apesal mengejar pelangi (2)? (1) mana? heheeh

Syaef said...

haha.

saje je ni

oo, try tengok kat archives. ade je