Followers

Friday, January 14, 2011

Mengejar Pelangi

Pelangi Satu.



“Jaga diri elok-elok ya, Humaira”kata Apit.

Humaira mengangguk.

“Belajar elok-elok, dan jaga diri di sana. Di sana, kamu seorang sahaja. Tiada mak dan abah yang

hendak jaga kamu lagi. Semuanya Humaira kena buat sendiri”tambah Apit lagi.

Humaira mengangguk sambil menguntum senyuman kecil dibibirnya. Walaupun, matanya seakan mahu

mengalirkan manik-manik jernih, namun masih cuba ditahannya daripada membasahi pipi.

Apit masih terus bercakap. Humaira pula sekadar menjadi pendengar. Tiada keperluan untuknya
   
mencelah ketika itu. Dia tahu yang dia akan merindui suara Apit selepas ini.

 Dia menoleh ke kiri dan ke ,kanan melihat suasana sekitar dirinya.

Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sesak dengan keluarga-keluarga pelajar

yang akan ke Mesir. Bermacam ragam dapat dilihat.

Humaira, salah seorang daripada pelajar-pelajar yang akan ke Mesir bagi mencari segulung ijazah

sarjana muda perubatan. Zagazig, medan yang dituju. Sebuah nama yang agak asing bagi sesiapa

 yang tidak pernah mendengarkannya.

“Jaga diri elok-elok ya, Humaira. Selepas ini, semuanya Humaira kena laluinya seorang diri.

 Ummi dan Abah hanya mampu berdoa sahaja dari sini”pesan ummi.

“Baik,Ummi. Doakan Humaira dapat melaluinya dengan baik”

Air matanya seakan tidak dapat dibendung lagi. Tangannya cuba menyeka air mata yang turun.

Namun, semakin diseka, semakin banyak yang mengalir.

“Apalah adik abang ini. Kememeh betul!”sakat Apit.

“Orang tak menangislah. Mana ada Humaira nangis!”

“Comelnya dia. Kalau nangis dah comel, apatah lagi senyumkan? Cuba senyum sedikit”

Husna tersenyum. Kata-kata Apit cukup untuk membuatkan dia tersenyum kembali di

sebalik kesedihan untuk meninggalkan keluarganya yang tercinta.

Hanya tinggal lebih kurang sejam sahaja lagi sebelum masa berlepas.

Saat-saat perpisahan semakin tiba.

Sudah mula kelihatan drama-drama sedih. Humaira?

Dia seakan tidak tahu apa yang ingin diekspresikannya ketika itu. Mahu menangis atau tidak?

 Tangannya memegang hadiah kecil daripada seseorang. Satu hadiah yang sangat bermakna.

Ukiran tullisan jawi yang tertera namanya.

Hadiah daripada Danial,kawan baik sejak sekolah rendah lagi.

Kelihatan juga, kawan-kawannya. Sanggup datang di awal pagi demi untuk menghantarnya. Terharu.

“Adam?”bisik Husna dalam hati.

Kehadiran Adam sangat tak disangka. Penuh kejutan. Dia tidak tahu untuk berbuat apa.

 Bertegur sapakah? Atau diam sahaja. Confuse!

Akhirnya,

“Assalamualaikum. Macam mana? Ready dah ke nak tinggalkan Malaysia?” ujar Adam.

Terkedu seketika.

“Waalaikumussalam. Oo. Bolehlah. Takut juga ni. Haha”balas Humaira.

Jawapan spontan daripadanya.

“Perhatian kepada semua pelajar. Sila pergi ke balai berlepas sekarang!” suara coordinator

mencelah secara tiba-tiba.

Tanpa melengahkan masa, Husna terus pergi.Meninggalkan Adam yang masih agak terpinga-pinga.

“Fuhh, nasib baiklah. Kalau tak, haru lah jadinya nanti.  Walaweh”kata Humaira dalam hati.

Dan, saatnya sudah tiba. Masa untuk pergi dah semakin hampir.

“Chu Ra! Jaga diri Chu Ra baik-baik ya!” jerit Ikhwan, anak saudaranya. Comel.

Dia pasti akan merindui suara itu
.
“Ra, jaga diri elok-elok.Belajar rajin-rajin. Kami sayangkan Ra” 

kedengaran suara ummi,abah dan semuanya dari atas. Cukup untuk menyayukan hatinya.

Tanpa sedar, air matanya mula mengalir. Tidak dapat disekat.

Nur Humaira Husna.

Dia akan pergi. Pergi meninggalkan Malaysia ke bumi Mesir demi memburu cita-cita.

Seorang doktor. Insya Allah.

Tamat(1)

1 comment:

:: intizaar :: said...

pergh..nur humaira husna ye...~~
hehehe