Followers

Saturday, January 8, 2011

Silalah naik wahai semangat?


Update lagi. Produktif.

Eceh. Bila revise, tiada pula se produktif macam ini.

Well. Azygos veins, Heart, Mean Systemic Filling Pressure dan DNA replication telah menyebabkan overload di dalam otak.

So, nak releasekan tension kejap, update blog lah.

Yelah, mana ada facebook lagi. (Actually, sedang mengdeactivatekannya).

Bila dikira balik, dah sebulan dah deactivate. W h o a !

Entri ini adalah special request daripada rakan.

So, have a blast with it.

*

Semangat.

Jika kita mukmin yang hebat, graf keimanan kita macam ini.


Bila start sahaja tahun baru, term dan sem baru, kebanyakan orang pasti sangat semangat!

"Tahun ni aku nak mumtaz!"

"Aku nak 4 flat"

Dan, sewaktu dengannya.

Ayat yang biasa didengari bila pembelajaran bermula.

Rasa nak mengantuk bila dengar.

Bukannya nak merendah -rendahkan semangat orang yang " berazam " ni, tapi biasanya tak tahan lama.

Sebab apa aku cakap camtu?

Biasa lah manusia.

Hangat- hangat tahi ayam.

Minggu yang pertama , memang semangat gila. Tak sah kalau tiada buku yang berkepit dan memang kehadiran 100% ke kelas lah.

Minggu kedua, masih semangat lagi. Tapi, dah kurang dah semangat tu. Mula lah fenomena datang kelas lambat.

Minggu ketiga, dah start dah ponteng kelas. Alasan ponteng? Tak dapat dikenal pasti.

Minggu keempat, langsung lesap. Entah hidup, entah tidak.

*Ini sekadar hiperbola sahaja. Tiada kena mengena antara yang hidup dan yang mati.

makin lama,makin turun. Apa kes?

Tak kata semua, tapi segelintir sahajakan?

Lagipun, ini sekadar hiperbola yang terlampau untuk menunjukkan bagaimana semangat kita boleh menurun dengan mendadak.

Banyak faktor sebenarnya. Terlalu banyak.

Facebook  (top list faktor) , game, movie, korean drama, dan macam-macam lagi lah.

Betul bukan? Tak payah tipu lah. Hehe.

Lebih-lebih lagi untuk pelajar yang sedang belajar di luar negara.

Spesifikkan sedikit, yang berada di Zagazig.

Sistem pembelajaran di Universiti Zagazig agak pelik dan istimewa sedikit. Sebab apa?

Di Zagazig, tiada sistem sem. Ianya lebih kepada sistem sekolah.

Hanya ada mid year exam dan final exam.

So,kesan dia kepada pelajar?

Pelajar jadi seakan-akan bermalas-malasan untuk belajar.

Aku tak kata semua. Tapi, majoritinya lah.

Aku pun sama begitu. Bukan nak kata orang lain.

Semangat di awal tahun seakan-akan ditiup angin. Lalang betul!

Al-Asyr, 1-2


"Demi masa! sesungguhnya manusia dalam kerugian"


Memang kita termasuk dalam golongan yang rugi hendaknya ye.

Aih. Macam mana nak dapat mumtaz?

Ingat nak dapat mumtaz itu senang-senang macam makan kribs ke?

Senang benar begitu.

Asy- Syarh,5


"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan'

Allah dah kata elok-elok dalam Al-Quran, jika nak berjaya kenalah ada usaha. Bukannya, duduk goyang kaki.


Tiada kejayaan semanis madu, jika tiada usaha sepahit hempedu.

*Apa rasa hempedu pun aku tak tahu.

Jadi sekarang, macam mana nak naikkan semangat?

Erm, ini adalah satu subjektif.

Lain orang lain cara dia. Tak semestinya sama.

Tapi, cukuplah sekadar kau ingat pengorbanan ibu bapa.

Nak tanya?

Selama berbelas ataupun berpuluh tahun aku dan kau semua hidup, adakah kita sudah membalas jasa ibu bapa ayah kita?

Tik tok Tik Tok.

Tiada bukan? Kalau ada pun, tak terjangkau dengan pengorbanan ibu bapa kita.

Malu lah weh.

Ibu bapa hantar kita untuk belajar, jadi doktor dan bermacam impian yang diletakkan di atas pundak kita.

Tapi,kita?

Ok, cukuplah. Tak mahu huraikan panjang-panjang "kesalahan" kita semua.

Rasanya semua dah baligh. Dah boleh bezakan yang mana betul dan mana yang salah.

Ibu bapa berharapan kepada kita. Itu satu harapan.

Tapi, kita bertanggungjawab menunaikan harapan itu. Itu adalah AMANAH.

Budak kecik pun tahu, kalau tak tunaikan amanah yang diberi, hukumnya adalah berdosa.

Well, maybe someone from all of you are born with silver spoon in their mouth.

"Mak bapak aku kaya la weh. Tak da halnya nak support aku"

Cis,

Kau ingat kekayaan ibu bapa kau tu hak milik kau ke?

Segala apa yang kau ada sekarang ini, bukannya milik kau pun.

Semua itu menggunakan duit ibu bapa juga.

Tengok, betapa kuatnya pergantungan kita terhadap ibu bapa.

Nak kahwin nanti pun, minta juga ibu bapa support sedikit.

Paling tak boleh blah, nak top up pun minta duit mak ayah juga.

Aku bukannya perfect. Jauh lah sekali. Aku tahu kadang-kadang aku leka sangat. Tahap gunung everest.

Tapi, aku sedar, aku dah berhutang banyak sangat dengan ibu bapa aku.

Tak tahu lah kau orang rasa  macam mana kan?

Yelah,

Rambut sama hitam, hati lain-lain.



Jangan jadi macam ini. Tolong lah ya.

kalau kau rasa kau susah nak capai dahan tu, nak  dapat mumtaz lagilah susah!


*
Untuk rakan aku yang request, klik lah link di bawah ini :)

1) Mari Fikir Sebentar

2) Nawaitu

3) Agama diutamakan, Akademik tidak diketepikan.

Itu sahaja. Terima kasih banyak-banyak sebab baca. :)

p/s: Aku buat sahaja blog itu ikut konsep yang aku fikirkan ya?

2 comments:

Anonymous said...

sory
saya sibuk
emm
kau buat la ikut konsep kau
aku terima seadanya
haha

Sya.Ef said...

okeh. arahan diterima