Followers

Friday, January 14, 2011

Tentang Hati


Sekadar entri yang pendek.

Buat hati anda yang sedang berduka :)


Mari tanya diri kita. Benarkah?

Hati itu,

Hanyalah untuk pemilikNya,

Bukan untuk sesiapa,

Yang tidak layak,

Untuk memilikinya.


Hati itu,

janganlah kau berikan,

Kepada orang yang salah,

kerana biarkanlah dirimu,

terlebih dahulu yang merasainya.


Pada Ilahi, hatimu diberikan,

Bukan pada lelaki

mahupun perempuan,

Sesungguhnya, tuhanmu itu,

adalah pemilik kekal abadi

hatimu itu.

Jagalah hati,

Godaan syaitan akan diatasi,

Iman akan meningkat tinggi,

Tuhan pasti menyayangi.

-drsyaef, 14012010-

*

Bila kita menghadapi masalah atau keserabutan dalam kehidupan, tak dapat tidak, punca utamanya adalah hati kita.

Bila hati kita kurang elok, semua perkara pun akan menjadi kurang elok.

Apa yang menyebabkan hati itu menjadi kurang elok?

Berlainan bagi setiap orang.

Tapi, semua faktor yang berlainan ini menjurus kepada kurangnya mengingati Allah.

Sedarlah,

Bila kita mengingati Allah, Allah akan mengingati kita. Itu adalah satu yang pasti.

Tapi, adakah bila kita mengingati manusia, sudah pastikah manusia itu mengingati kita kembali?

Tepuk dada, tanya iman.




InsyaAllah.
*




Jangan mudah awatif''. 

Silap sekali tak semestinya silap selamanya.

Fikirkan yang di sebaliknya.

InsyaAllah, yang lebih cerah akan menanti.

Ingatlah ayat romantik Allah kepada kita:

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

"Mereka merancang dan Allah juga merancang.
Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang."

(al-Imran : 54)






Benar bukan?

1 comment:

:: intizaar :: said...

terima kasih...sesungguhnya Allah sebaek2 perancang..~