Followers

Sunday, February 27, 2011

Life Plan



Setiap orang mempunyai peracangan hidup masing-masing. Sama seperti aku. Sebenarnya, kita perlu akan plan dalam hidup kita ini. Sebab apakah ? Mungkin untuk memudahkan perjalanan hidup kita. Setiap orang ada perancangan yang berbeza. Itu sudah semestinya.

Actually, terfikir mengenai perancangan hidup secara tiba-tiba sahaja. Kemudiannya, terus rasa seronok untuk list down.

Okay, sekarang sudah 2011. Berumur 18 tahun. Wah, muda lagi rupanya. Seperti yang biasa kita dengar, ada matlamat jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Betul bukan ?

18-24 tahun

1) Mahu mendapat mumtaz setiap tahun. InsyaAllah.

2) Mahu mengembara ke Eropah insyaAllah.

3) Mahu mengumpul duit untuk masa hadapan. Ex: kereta, tanah, rumah, kahwin dll.

4) Mahu terlibat dalam projek kolam ikan. Mungkin 2-3 tahun lagi akan mula melabur.

5) Beli saham pun ok juga kan ? Walaupun ada risikonya. Akan dipertimbangkan.

6) Sebuah novel mungkin ? Tak mustahil rasanya.

7) Membuat attachment bagi memperolehi pengalaman.

24-26 tahun.

1) Akan menjalani kehidupan sebagai Housemanship. Mesti sibuk gila,

2) Pembelian kereta pertama. MPV pun ok juga kan ?

3) Membeli rumah. Apartment mungkin. Tengok keperluan.

4) Mula membeli hartanah.

5) Bertunang. Gatal noo.

6) Berkahwin ? Lagi lah gatal.

28- 36

1) Bekerja dengan hospital kerajaan.

2) Sudah mempunyai anak rasanya. Hehe.

3) Melaksanakan impian tersembunyi, membuka sebuah restoran !

4) Mula membuat rumah sendiri. Di kampung sendiri mungkin.

5) Menyambung Masters di Universiti tempatan ataupun luar. Australia pun ok juga.

36-50

1) Akan berusaha untuk PhD. InsyaAllah.

2) Membuka rangkaian klinik.

3) Yayasan Syaufiq mungkin? Wah !

Ok, macam mengada-ngada pula lah kan ? Tapi, tiada benda yang mustahil bukan ?

Hangpa semua jangan pakat dok gelak no ! Cheq yakin semua impian ni boleh terlaksana. Mari pakat dok tunggu dan lihat okay ?

p/s:

1) Mari kembali ke Mesir !

2) Ada dua minggu untuk dihabiskan? Mahu buat apakah?

3) Blog ini makin dikenali. I guess so ;p

Friday, February 25, 2011

Cerita Kita


Alkisah :

" Faris adalah seorang remaja lelaki yang boleh dikatakan sempurna. Takdalah sempurna mana pun. Tapi, bolehlah dikatakan cemerlang dalam kehidupan. Mendapat result yang hebat dalam exam, bolehlah dikatakan aktif bersukan, disenangi rakan-rakan dan macam-macam lagi sifat positif. Tapi, cuma satu je dia kureng. Well. Kita boleh mengagak apakah yang kureng itu ? Ya, hubungan cinta( Pelik bunyinya -.-)

Dia melihat rakan-rakannya lain mempunyai teman(dalam konteks disini ialah perempuan). Lalu, muncullah tanpa disangka perasaan cemburu. Cemburu melihat rakan-rakannya bercinta. Tapi sebagai seorang yang cool, dia takdalah kemaruk sangat nak mencari teman itu. Biasalah bukan remaja, mahu akan perasaan saling menyayangi. Dan Faris sebagai seorang manusia normal adalah tidak terkecuali. Kau yang baca pun sama bukan?

Kemudiannya, dia terjumpalah dalam kehidupannya seorang remaja perempuan bernama Afryna. Batu kalau dialirkan dengan air secara berterusan akan menghasilkan lekuk. Begitu juga dengan Faris. Dia terpikat dengan Afryna. Tapi, dia takdalah meluahkan isi hati dia kepada Afryna. Gilo apa? Jadi, dia senyap je lah. Tak mahu dikatakan dirinya gatal. Yelah, Faris ialah seorang lelaki yang rasional. Dia sedar akan kemampuan diri dia. Belajar pun tak habis lagi sudah mahu gatal nak berpasangan. -.-

Tapi, bak kata orang cinta pandang pertama. Faris tahu yang dia mempunyai perasaan terhadap Afryna.

Ok, itu cerita Faris. Sekarang, mari pakat baca cerita daripada sudut Afryna pula.

Afryna, sungguh indah namanya. Sangat disukai oleh ramai budak lelaki. Baik, bijak dan lain-lain. Tapi dia tak mudah terpedaya dengan permainan perasaan. Sangat bagus ! Tapi, nak kata bagaimana pun tak tahu, dia tersuka dengan Faris. Sama seperti Faris, dia berasa malu. Takkanlah perigi mencari timba fikirnya. Macam tak sesuailah pula. Jadinya, dia hanya membisu dan berdiam diri sahaja. Walaupun, dia dapat merasakan covalent bond yang sangat tinggi antara dia dengan Faris.

Bagi Faris, dia mahu tapi malu.

Bagi Afryna pula, tak kan lah perigi mencari timba ye tak ?

Jadinya, konsep repulsion force sedang berlaku disini. Iman dan rasional telah memastikan mereka berdua terjaga daripada melakukan perkara yang tak best. Alhamdulillah.

Sekarang, bagaimanakah ?

Kamu semua agak bagaimanakah kesudahan mereka?

Kini, andalah pengarah dan penulis skrip. Bayangkan kesudahan mereka mengikut tahap kefahaman masing-masing.

Ok, itu sahaja.

p/s:

(1) setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya.

(2) Cerita diatas adalah rekaan semata-mata.

(3) Apakah ? Saya tak popular~

Wednesday, February 23, 2011

Nilai Harga



Sebenarnya, diri kita ini sangat mahal.Tak percaya ye? Ramai je yang tak sedar mereka ini sebenarnya berharga ribuan ringgit.

Mari kita check diri kita. Diri sendiri sebenarnya. Tak tahulah kalau orang lain lebih mahal dan berharga.

*Btw , ini adalah semasa ketika hendak ke kuliah. Erk, mungkin semasa rasa semangat hendak bergaya ketika ke kuliah. -.-

1) T-shirt= RM 40

2) Jeans= RM100

3)Jam tangan= RM 50

4) Dompet= RM 10

5)Cermin mata= RM160

6) Kasut= RM60

7) Tali pinggang= RM 15.

8) Handphone (Nokia)= RM600.

Jumlah tak rasmi:

40 + 100 + 50 + 10 + 160 + 60 + 15 + 600 = 1035.

Wah, RM 1035. Besarnya nilai yang dibawa. Macam artis lah pula kan ?

Sudah semestinya perempuan mempunyai nilai yang lebih mahal. Dengan beg tangannya(Bonia, LV dan lain), kasut yang pelbagai jenama dan tak lupa juga barang kemas. Bila dikira-kira balik, mahu mencecah beribu-ribu ringgit! Mak oi, mahal sungguh !

Ok, sekarang mari kita buka sedikit horizon minda kita. Memang kita tak nafikan daripada aspek material, memang kita sangat mahal nilainya. Tak perlu dinafikan. Takdanya orang pergi ke mana dengan seluar pendek, baju singlet dan selipar jepun untuk ke kuliah.

Persoalannya, berapakah nilai akhlak kita? Perangai kita mahal tak ? Ataupun sekadar bernilai kucing kurap je?

Bukan hendak katakan tak penting dan tak perlu akan kekayaan material itu, tetapi ianya mestilah diselaraskan dengan akhlak kita, Akhlak kita yang lagi penting dan lebih berharga tahu?

Tak tahulah kalau betul atau tidak, tapi Allah lagi suka kepada orang kaya yang berakhlak daripada orang miskin yang berakhlak.Bukan nak kata Allah itu bersikap berat sebelah, Allah sangat Maha Adil. Tapi, Allah hendak tunjukkan betapa pentingnya kombinasi antara kekayaan material dan kekayaan akhlak.

'Sesungguhya kehidupan dunia adalah tipu daya yang sia-sia" 



Jadi, marilah kita semua tak kira latar belakang mana sekalipun, perkayakanlah akhlak anda disamping memperkayakan harta anda. 


Sama seperti graph ini. Kekayaan akhlak mestilah directly proportional kepada kekayaan material ok?
Jom jadi kaya !


p/s: Makin ramai tahu blog ini. Mak cik, pak cik dan tak kurang juga mak kawan-kawan. Haih. 



Sunday, February 20, 2011

Perasaan



Setiap orang dikurniakan perasaan yang sangat istimewa. Satu perasaan yang boleh menyebabkan tidur  tak lena, mandi tak basah, ataupun makan tak kenyang. Ya, perasaan menyukai atau mencintai seseorang. Ianya satu perasaan yang sangat halus tetapi bisa menggusarkan diri kita. Pernahkah kau merasakannya?

*Ayat sungguh jiwang

Sedar atau tidak, sejak dari kecil kita sudah ada perasaan suka akan seseorang itu. Biasanya, setiap orang memang akan ada perasaan ini. Tetapi tahap dia bergantung kepada setiap orang. Perasaan itu abstrak bukan ? Tidak dibataskan dengan kalkulator ataupun data.

Semasa sekolah rendah, kita mungkin menyukai seseorang. Kita sangat suka akan dia. Kiranya cinta pandang pertama lah. Apa yang kita buat? Kita mula bermain "politik". Sudah semestinya bukan politik pilihan raya. Tetapi politik untuk memikat si dia. Bagaimanakah politik itu ?

Kita akan sentiasa berusaha untuk tahu pasal si dia.Kalau boleh, semua maklumat tentang diri dia kita mahu boleh. Kalau dikumpulkan, boleh dibuat buku. Sampaikan kadang-kadang, macam terover lah pula.

Kita akan cuba tarik perhatian dia. Oh, alangkah indahnya jika si dia mengur kita. Bahagia sangat rasanya. Bila si dia bercakap dengan kita, mulalah segala gagap dan gugup datang. Kalau kebiasaanya, tiada pun jadi begitu.

Semuanya sebab perasaan suka kepada dia.

Dia sampai dan balik sekolah pukul berapa, naik kereta apa, warna kereta apa, kelas mana, tinggal di mana dan macam-macam lagilah. Semuanya kita tahu.

*Aku pernah kot camni. HAHA


Cinta zaman sekolah rendah? Serius lawak. Biasalah itu bukan budak. Semua benda nak tahu dan nak cuba.

Kemudiannya, kita meningkat setapak lagi. Kita masuk ke alam sekolah menengah.

Masa ini upgrade sedikit. Lebih matanglah katanya.

Daripada seorang budak kepada seorang remaja. Itulah transformasi yang berlaku semasa kita berada di sekolah menengah.Perasaan ingin saling menyayangi itu menjadi kuat tak semena-mena.

Segala taktik di sekolah rendah digunakan kembali. Tetapi lebih sistematik dan teliti mungkin. Tak lupa juga lebih berteknologi. Maksud dia apa?

Masa sekolah menengah lah, kebanyankannya sudah mula memiliki handphone. Maka, kita yang menyukai si dia mulalah mencari jalan untuk mencari nombor telefon dia. Segala sumber dicari. Akhirnya, usaha kita berjaya. Alhamdulillah ?

Tanpa disedari, kita mula rapat dan rapat. Oh, sweet ! Tiap-tiap hari yang dilalui sangat bahagia. Tiada yang lebih indah bukan? Bahagia belaka.

Kita dan si dia saling menyokong. Bila dia down, kita naikkan semangat si dia dan begitu juga sebaliknya. Bila dia susah, kita bantu. Senang cerita, bila ada apa-apa sahaja tak kiralah baik ataupun buruk, kita sentiasa ada disamping dia. Mungkin si dia masih tak mengetahui perasaan kita pada si dia. Senyap-senyap sudah.

Habis segala peperiksaan ditempuhi. Ucapan tahniah silih berganti dan tanpa disedari, zaman sekolah menengah sudah pun habis. Zaman universiti pula yang menanti.

Kita mengharapkan si dia untuk memasuki universiti yang sama dengan kita. Kita merancang tetapi Allah juga mempunyai rancangannya.

Zaman universiti lah, keinginan untuk mempunyai soal hidup menjadi semakin membara. Kita mula memikirkan pasal dia dengan lebih serius. Jika kita sakit, kita mula fikirkan yang si dia akan berada disamping kita untuk menjaga kita sehingga sihat.

Kita melangkah setapak lagi ke alam pekerjaan.

*

Ok, aku belum kerja lagi. Jadinya, tak boleh nak sambung sebab tak merasainya lagi.

Apa pun, konklusinya ialah :

1) sebenarnya, perasaan suka kepada seseorang ini sudah ada sejak sekolah rendah lagi ye tak? Entah-entah, tadika lagi dah ada. Haih.

2) Kita menjadi matang seiring dengan perkembangan usia.

3) Cinta yang sebenarnya adalah selepas kahwin. Itu sahaja.

Ok, tamat sudah.

p/s:

1) Haih. Kebelakangan ini, entri macam lain macam sahaja. Jangan salah faham ok?

2) Cerita di atas adalah hasil pengalaman sendiri dan orang-orang lain. Kira macam kajian lah ni. Mungkin anda juga merasai perkara yang sama ?

Saturday, February 19, 2011

Lelaki, Perempuan dan Hydrogen







Entri kali ini mungkin luar alam sedikit. Yang pastinya, tidak menyentuh sensitivitilah. Nanti tak pasal-pasal kena banned.



Ok, mari kita mulakan.


* Atom : The smallest neutral particle of an element.


* Molecule : A neutral particle consists of similar non metal atoms which are covalently bonded.


 Hydrogen gas Before the two atoms of hydrogen share the same electron to make 'H2', each of them needs to be near to each other. The nuclei of one of the hydrogen atoms will be attracted to the electron density of the other hydrogen atom and vice versa. However, at the same time, the nucleus from both the atoms will try to repel each other as far as possible. At the end, the two hydrogen atoms can share two electrons to form hydrogen gas.


Boleh faham bukan konsep dia ini?


Sekarang kita aplikasikan  dalam kehidupan kita. Atom itu adalah lelaki dan juga perempuan. Fitrahlah, lelaki menyukai perempuan dan perempuan menyukai wanita bukan ? 


Jadi, seperti atom itu, katakanlah seseorang si Syaufiq(bukan nama sebenar) menyukai Qistina(bukan nama sebenar), si Syaufiq akan cuba untuk mendekati Qistina bukan? Kebetulan lah pula, Qistina turut juga menyukai Syaufiq. Jadi, dah boleh agak bukan apakah yang berlaku ?


Ya, Syaufiq dan Qistina akan saling tertarik dan seterusnya terhasil satu bond(relationship in life context).


Ini yang dipanggil Attraction Force dalam perhubungan.


Kalau tiada rezeki, maka tiada bond yang terhasil.


Tetapi, seperti Covalent bond, tetap akan ada Repulsive Force dalam proses itu disamping Attraction Force itu sendiri.


Seperti kitalah, (terutamanya yang menulis. Orang lain tak kot?). Syaufiq menyukai Qistina. Tiap-tiap hari dia berharap untuk bertemu paling kurang pun  terserempak dengan Qistina. Tiap-tiap hari rasa rindu. Makan tak kenyang, tidur tak lena mahupun mandi tak basah. Kamu semua macam ini ke?


Tapi, bila Qistina berada di depan mata Syaufiq (face to face), secara automatik perasaan malu akan muncul. Mulalah tergagap tak pasal-pasal, tangan kuis sana sini dan macam-macam lagilah. Perasaan malu ini boleh dikatakan sebagai Repulsive Force. Repulsive Force ini yang menjaga Syaufiq ni daripada buat kerja yang tak sah. Haha. Tak, repulsive force ini yang menjaga iman Syaufiq daripada "bermesra" dengan Qistina.


Faham bukan ?


Jika lihat kembali kepada statement mengenai Hydrogen gas di atas tadi,


"The nuclei of one of the hydrogen atoms will be attracted to the electron density of the other hydrogen atom and vice versa. However, at the same time, the nucleus from both the atoms will try to repel each other as far as possible. At the end, the two hydrogen atoms can share two electrons to form hydrogen gas."


Apa yang dapat dibertahu disini ialah, ianya adalah fitrah untuk seorang lelaki menyukai seorang perempuan dan cuba untuk mendekati si perempuan itu( Attraction Foce). Tetapi, perasaan malu dan iman yang ada dalam diri lelaki itu menghalang dia daripada mendekati perempuan itu(Repulsion Force). 


Tetapi, jika sudah ditakdirkan Allah yang si Syaufiq itu memang jodoh si Qistina, tak akan kemana-mana juga mereka (Covalent Bond).


Kata kunci disini ialah jodoh. Benar bukan, Kalau dah ada jodoh tak kemana-mana pun.


Konklusinya


1) Fitrah lelaki suka perempuan, perempuan suka lelaki.


2) Malu dan iman yang membatasi pergaula melebihi batas antara lelaki dan perempuan.


3) Jodoh itu kerja Allah. Kita manusia tak tahu bukan ?  :)


Ok, itu sahaja sesi kelas sasains(sastera+sains) kita.


p/s: 


1)read from other blog and improve it.


2) Cerita tidak kena mengena antara yang hidup dan mati.













Thursday, February 17, 2011

Pandangan Saya


Balik Malaysia susah, hendak balik Mesir pun susah.

Itulah hakikatnya sekarang. Percanggahan statement oleh sesetengah pihak telah menyebabkan dilema kepada para pelajar khususnya. Yelah, para pelajar yang menanggung akibatnya. Bukan sesiapa pun. Kami yang hedak belajar, kami yang mahu jawab exam dan kami yang akan tinggal di Mesir nanti. Bukan pihak agen , kpt , mkn dan sesiapa pun. Jadi, yang menjadi titik perhatian disini ialah KAMI, para pelajar yang menuntut di Mesir.

Sebelum Mac atau selepas Mac?

Itu yang menjadi tanda tanya ketika ini. Untuk pelajar yang bernaung di bawah Konsortium Perunding Mesir, termasuklah diri ini, kami semua sudah diminta untuk pulang ke Mesir bagi memulakan sesi pembelajaran kami yang akan bermula 1 Mac untuk Universit Zagazig dan 26 Februari untuk Universiti Al-Azhar. Tarikh ini dipersetujui bersama oleh pihak universiti dan pihak kpm setelah diadakan perbincangan.

Masalahnya sekarang, tiada pengumuman rasmi lagi daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Keselematan Negara. Ini yang menyebabkan para pelajar untuk berasa was-was pulang ke Mesir dalam masa terdekat. Betul bukan ?

Jadinya, pelajar tersepit antara dua pihak. Ini yang orang kata gajah sama gajah berjuang, pelanduk yang mati tengah-tengah. Yang peningnya, pelajar sendiri. Mahu ikut kata pihak itu atau kata pihak yang satu lagi.

Come on!

Benda ini sepatutnya masalah yang kecil sahaja. Tak besar mana pun. Tapi, jadi serius apabila tiada kesepakatan dalam mengeluarkan keputusan. Kesepakatan antara pihak KPM, universiti, kpt dan MKN.

Tapi, setiap masalh mesti ada jalan penyelesaiannya bukan?

Mudah sahaja untuk selesaikan masalah ini. Tak perlu keluarkan duit berjuta-juta ringgit bagi menyelesaikan masalah ini.

1) Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Keselamatan Negara haruslah mengeluarkan kenyataan rasmi secepat mungkin. Ini langkah yang paling utama. Kebanyakan pelajar tak kurang juga ibu bapa berasa was-was untuk kembali ke Mesir semula kerana KPT dan MKN tak mengeluarkan kata putus lagi mengenai kebenaran pulang ke Mesir. Jadinya, risiko keselamatan para pelajar tidak dapat dijamin.

2)KPT, KPM dan pihak universiti harus duduk berbicang sekali lagi. Pastikan tarikh yang dipersetujui oleh semua pihak tentang tarikh pembukaan semula universiti. Beri tarikh yang nyata dan mampu untuk semua pelajar kembali belajar. Biar semua setuju dengan tarikh itu. Jadinya, pelajar tidak akan rasa tertekan.

Itu sahaja jalan penyelesaian yang mampu terfikir. Secara asasnya, benda yang paling penting ialah kerjasama dan tolak ansur. Itu sahaja. Tak perlu hendak menjadi hero dalam isu ini. Hero sebenar dalam situasi ini ialah pelajar sendiri. Mereka yang mahu belajar atau tidak. Bukan pihak lain. Pihak lain sekadar menjadi pembantu kepada pelajar. Itu adalah hakikatnya sekarang ini.

*

Tiket balik ke Mesir.

Ini pun satu isu lagi. Kerajaan dah umumkan yang tiket kembali semula ke Mesir adalah bayaran sendiri. Sudah tentu ada pro dan kontra dia bukan? Ramai yang mahukan kerajaan untuk menampung kos pelajar kembali semula ke Mesir. Sehinggakan ada yang terlupa jasa pihak kerajaan yang sudah membawa mereka pulang ke Malaysia. (Aku bukan pro kerajaan. Masih tak matang lagi untuk mengundi. Neutral). Mengata dan  mengutuk bukan jalan penyelesaian. Menambahkan dosa lahi adalah.

"Ini semua adalah arahan pihak kerajaan yang mahukan pelajar pulang ke Malaysia. Kalau tahu begini, aku duduk sahaja kat Mesir itu. Tempat aku bukannya terjejas pun"

Mungkin ada sebahagian yang berkata seperti itu. Tak dinafikan juga aku juga berfikiran sedemikian.

Tapi, sila fikir balik. Jika tak silap, pelajar boleh memilih untuk terus berada di Mesir dengan syarat mereka menandatangani satu surat akuan yang mereka mahu menetap di Mesir. Mungkin, ada sebahagian yang tidak tahu. Biasalah bukan, excited nak balik Malaysia free. Jadinya, kurangnya kepekaan kepada apakah yang bakal berlaku selepas itu.

Kita, orang yang profesional. Belajar pun di tempat yang penuh ilmu. Jadinya, apakah salahnya jika kita menghargai apa-apa yang orang telah beri kepada kita.

Ya, memang betul bahawa tak semua pelajar yang dievakuasi itu berkemampuan untuk membeli harga tiket pulang yang mahal. Kita kena fikir sudut itu juga. Tak semua orang mampu dan juga tak semua orang tak mampu.

Kat kuncinya disini ialah "Tak semua orang mampu dan juga tak semua orang tak mampu."

Hakikatnya, pelajar-pelajar yang belajar di Mesir datang daripada pelbagai latar belakang. Ada yang kaya dan ada juga yang kurang berkemampuan. Itu yang pasti dan jelas ketika ini.

Solusi?

Bukankan semua masalah ada jalan penyelesaiannya?

Sekadar cadangan, kerajaan pusat,kerajaan negeri, baitulmal, majlis zakat negeri dan semua yang berkaitan hendaklah membantu pelajar-pelajar yang jelas kekurangannya. Manakala, bagi pelajar yang agak berkemampuan, mungkin pertolongan separuh harga tiket boleh dilaksanakan. Gunakan konsep pemberian biasiswa. Yang kurang berkemampuan diutamakan, yang agak berkemampuan tidak diketepikan. Barulah nampak realistik dan boleh dilaksanakan.

Baru nampak situasi.win-win. Tiada sesiapa yang rugi jika langkah ini dilaksanakan. Kerajaan tidaklah rasa terbeban untuk menanggung semua kos, dan pelajar juga tidak pening memikirkan cara untuk balik.

Itu sahaja. Sebelum itu , minta maaf jika terkasar bahasa dan terguris kata. Biasalah bukan manusia? Tak lari daripada melakukan kesilapan dan asyik mengejar kesempurnaan tanpa tidak sedar sudah tersilap.

" Tiada salah dalam memberikan pandangan kerana pandangan tidak dibataskan oleh kesalahan atau kebenaran"


Syaufiq Effendy

6.05 petang, Muar,

Malaysia.





Tuesday, February 15, 2011

Cerita Evakuasi



Alhamdulillah. Akhirnya, selamat juga sampai ke Malaysia. Fuh! Setelah bersusah payah menempuh onak dan duri, akhirnya tercium juga bau tanah air tercinta. Eceh! Sastera sungguh ayat.

solat jumaat di Medan  Tahrir, Tapi, aku takda chance nak ke sini. Haih!


Seperti yang dijanjikan, cerita tentang pengembaraan evakuasi seorang manusia bernama Syaufiq Effendy.

27 Januari 

Hari terakhir sebelum winter break. Menikmati sesi pembelajaran dengan tenang. Egyptian students buat demonstrasi di hadapan fakulti perubatan Universiti Zagazig. Cool!Twitter dan facebook tak boleh diguna. Sangat awesome!

28 Januari 

Hari pertama cuti. Seperti biasa.

Oh ye! Masa ini, pergi ke Suk Kubri untuk membeli bahan membuat keropok lekor.Dan, ketika itu, orang Arab sedang membuat demonstrasi di Mahattoh. Gila cuak! Terpaksa ambil jalan jauh. Kemudiannya, masa hendak balik, semua teksi tak mahu ambil. Wadahel. Tak kan nak jalan balik ke Salam Sadnawi? Nasib baik, ada juga teksi yang sudi untuk ambil. Fuh!Line telefon putus. Sekejap ok, sekejap tidak. Tak boleh mesej-mesej dah.Internet pula disekat habis.

29 Januari

Piala Zabac-AQ. Jual keropok lekor dan laksa. Alhamdulillah. Sambutan sangat memberangsangkan. Dengar cerita, sampai berebut-rebut tak cukup. Betulkah? Tanya akhawat ye! Perintah berkurung bermula pukul 4. Housemates dah terasa cuak yang amat. Macam-macam benda yang bermain di kepala. Kadang-kadang, rasa teroverlah pula. Haih. Malam itu  dapat panggilan daripada naqib sc. Banduan banyak yang terlepas. Seram!

Terdengar bunyi tembakan.( Ini housemates yang cerita. Masa ini, dah terbongkang tidur mati dah)

30 Januari

Pakat keluar ke Mahattoh untuk keluarkan duit. Semua bank diserbu. Ramai yang mahu keluarkan duit. Terpaksa jalan jauh untuk mencari bank-bank yang boleh digunakan. Bila dingat balik, jalan kaki daripada Murur sampailah ke Mahttoh. Jauh bukan? Serius kurus!

Then, beli stok makanan untuk sebulan. Macam-macam beli. Macam nak berperang pun ada gayanya.

31 Januari

Pergi ke Kubri seorang diri. Sahaja cari penyakit. Sudah kebosanan tahap melampau di rumah. Semua novel yang ada khatam dah.Kemudian, kena lecture dengan seseorang sebab keluar ke Mahattoh seorang diri. Hehe.

1 Februari

Keluar ke Mahattoh lagi. Kali ini tolong orang keluarkan duit. Kereta kebal mengawal jalan masuk dan jalan keluar ke Salam Sadnawi. Askar bersepah la kot. Jalan selamba sahaja seorang diri ke mesin ATM di hadapan pintu universiti. Tak dan nak keluarkan. Mesin ATM out of service!Kemudian, pergi ke Mahattoh sekali lagi. Beratur hampir 2 jam untuk keluarkan duit. Eh, main aci menyorok pula mesin ATM ni. kejap boleh keluarkan duit, kejap tidak boleh. Sabar je lah.

Tidak dilupakan, hari membotakkan kepala. Motif?

2 Februari

Mati kebosanan di rumah.

3 Februari

Akhirnya, mendapat line internet kembali ! Terharu ramai yang risaukan keadaan diri. Ecece. Kemudiannya, mendapat arahan untuk berpindah ke ARMA, Cairo. Penat menunggu bas. Sudah hampir ke Maghrib baru bertolak ke Cairo. Tersangatlah banyak check point oleh pihak askar dan tidak kurang juga check point daripada orang awam. Sabar je lah. Sampai di ARMA lebih kurang pukul 12 tengah malam. Sangatlah lapar dan terpaksa membayar 8 genih untuk makanan yang tidak seberapa. Alhamdulillah.

4 Februari

Lapar! Keluar sekitar ARMA untuk membeli makanan. Boleh jadi kurus kalau macam ini. Kemudiannya, kelam kabut untuk memastikan luggage tak melebihi 7kg. Terpaksalah buang sedikit buku daripada luggage. Buku sahaja sudah hampir 3-4 kilo. Tak masuk laptop lagi. Baju juga yang menjadi korban. Pada malamnya, pembahagian nombor giliran untuk ke Jeddah. Sudah rasa excited untuk blah daripada Mesir.

5 Februari

Lebih kurang pukul 10 pagi bertolak ke Terminal 1, Cairo International Airport. Ramai sungguh. Jumpa rakan sekolah dan ramai lagilah. Sudah jadi majlis reunion yang tidak dirancang pula. Kemudiannya, menunggu di airport hampir lebih kurang 8 jam. Sangat penat dan membosankan. Rasa macam hendak menangis pun ada. Sabar sahajalah. Akhirnya, lebih kurang pukul 7 petang Mesir, menaiki Charlie untuk ke Jeddah. Sangatlah seksa. Duduk bersila sahaja dalam pesawat. Macam tenteralah pula. Setelah lebih kurang 2 jam, sampai di Jeddah International Airport. Kena menunggu hampir 4 jam untuk menyelesaikan urusan visa.

6 Februari

Sampai di Madinnatul Hujjaj, Jeddah lebih kurang pukul 4 pagi. Diberi tempat di dalam gudang. Ohoi! Sangatlah panas dan tidak selesa. Memang mendefinisikan erti pelarian yang sebenarnyalah. Survive untuk terus hidup. Then, kebosanan di dalam itu. Mula terfikir untuk beli tiket balik sendiri. Adalah drama yang berlaku. Tapi, akhirnya membuat keputusan untuk terus bersabar sahaja. Makanan di sana? Tak usah cerita. Terbaik ! Tidak akan dilupakan Al-Baik. Kalah kfc!

7 Februari

Merungut tak tentu pasal. Sebabnya? Proses penghantaran pulang pelajar yang agak kurang memberangsangkan. Ketika hari ini, kurang daripada seribu orang yang dihantar pulang. Orangnya beribu-ribu. Haih. Tanpa sedar, asyik dok mengutuk sahajalah. Tak baik betul.

8 Februari

Penghantaran pulang pelajar-pelajar secara besar-besaran. Harapan kembali bersinar. Mulalah melakukan congakan matematik. Memang jadi kurang waraslah disebabkan evakuasi ini. Asyik bertawaf dalam kompleks itu sahaja. Orang perempuan pula sibuk dengan membeli-belah. Ala, kenangan untuk dibawa pulang ke Malaysia lah katakan. Habis semuanya diborong. Kalau boleh, semua yang ada hendak diangkut bawa balik ke Malaysia. Haha.

9 Februari

Hari Rabu sudah. Makin ramai yang meninggalkan Madinnatul Hujjaj, Jeddah. Sejuklah sedikit dalam itu. Hari yang paling tension semasa proses evakuasi lah rasanya. Sebab? Giliran di skip. Wadahel. Mengapakah nombor 3600 ke atas yang dipanggil? Sedangkan nombor 3000-3500 tidak? Menagapakah? Sampai sekarang masih terasa konfius! Housemates hampir semuanya dah pulang ke Malaysia. tapi, naik Charlie. Hehe.

10 Februari

Hari yang penuh penantian dan penyiksaan. Menunggu nama untuk naik. Tapi, sekali tengok dapat giliran untuk hari esoknya.Ketika ini, tahap sabar memamg sangat tinggi. Sangat sabar dan sangat pasrah. dah tak kisah dah nasib diri bagaimana. Tunggu sahajalah ketentuan Illahi. Cewah. Ayat pasrah!

11 Februari

Akhirnya, giliran tiba juga. Sebelum itu, sempat juga untuk solat jumaat di bumi Arab Saudi. Alhamdulillah. Peluang yang bukan semua orang boleh dapat bukan? Bertolak ke Jeddah International Airport pukul 4 petang. Kemudiannya, terus selesaikan apa-apa yang patut. Sebelum itu, sempat juga pekena spageti bolognese dengan half roasted chicken. Eceh. Kelas gitu. Haha. Menunggu waktu penerbangan ke Singapore dengan sabar. Akhirnya, tepat pukul 1120, terbang meninggalkan bumi Jeddah dengan pesawat SV838 Saudi Arabian Airlines. Sudah nasib badan rasanya., terpaksa duduk sebelah perempuan. Haih. Terpaksa control kelakuan. Duduk dengan sopan santun dalam plane. Ehem. Ciri-ciri menantu mithali ini. Ada sesiapa mahu?

12 Februari

Duduk sahaja dekat tempat duduk. Tiada idea nak buat apa. Hendak makan, makanan dia tak kena dengan citarasa. Selera macam dikunci tak pasal-pasal. Selalunya, main sumbat dalam mulut sahaha. haih. Setelah lebih kurang 9 jam, akhirnya tiba di Changi International Airport, Singapore pada pukul 330m petang. Alhamdulillah. Terus menaiki bas ke Masjid Sultan Abu Bakar untuk solat dan makan. Pukul 7 petang, terus menaiki bas ke Kuala Lumpur, Tapi, tak sampai ke Kuala Lumpur pun. Berhenti di stesen tol Ayer Keroh lebvih kurang pukul 1030 malam. Keluarga sudah menanti disitu/

Akhirnya, 1155 malam, tiba juga dirumah yang tercinta.

Rumah Manis Rumah!

Itu sahaja kisah evakuasi Syaufiq Effendy.

Aku tak jumpa pun papan tanda ni sepanjang proses evakuasi !

Monday, February 14, 2011

Cuti yang tak disangka



Cuti yang tak dijangka sekarang ini. Cuti 2 minggu secara rasminya, tapi ditambah menjadi sebulan.

Sangat tak sangka bukan?

Betullah bukan, Allah itu Maha Perancang?

Jadinya, cuti yang tak disangka ini rasa tak tahu nak buat apa. Yelah, tak merancang daripada awal pun. Lebih-lebih lagi, sekarang berada di Malaysia. Malaysia panas! Haha.

Manusia yang gagal merancang secara tak langsung sedang merancang kegagalan diri dia.


Jadinya, kenalah merancang juga walaupun dalam keadaan yang singkat. Eceh.

Plan tidak rasmi. Segala perkara yang hendak dibuat semasa sedang cuti di Malaysia.

1) Ulangkaji pelajaran. (Ohoi! Yang ini WAJIB buat. Exam sudah mahu tiba).

2) Update blog( Sedang dalam proses. Banyak idea tapi malas nak taip)

3) Baca novel, komik dan koleksi buku di rumah ( Rindunya!)

4) Kemas rumah ( Ok. Ada ciri-ciri calon menantu yang mitahli. HAHA)

5) Buat soalan Add Maths ( Agak luar biasa di situ)

6) Analisis soalan exam ( Dah lama nak buat tapi malas)

7) Cerpen ( Idea sudah ada tapi mengapakah tangan ni malas sangat nmak menaip?)

8) Shopping ( Oh, terpaksa merancang betul-betul. Duit takdak wei )

9) Hendak makan semua masakan Malaysia ( gemuklah nanti. Membulat! )

10) Nak balik kampung ( Lama dah tak balik kampung )

11) Segala-galanya yang boleh dilakukan di  Malaysia ( Ini melampau)

Banyak benar yang dirancangnya. Tapi, yang pastinya, susah nak dijalankan. Biasalah itu kan?

Kena fikir lagi tarikh nak balik sana lagi. 25, 26. 27 . 28 , 1,4 mahupun 10?

Konfius. Balik 14 Mac macam best je.

Ok, terkedu.

Friday, February 11, 2011

Sekarang Ini

Salam.

Hey, saya masih hidup lagi ok.

Sekadar nak update sahaja. Tak larat nak tulis panjang-panjang.

Segala cerita dan pengalaman  akan dicerita lebih detail bila dah sampai Malaysia nanti.

Oh ye, lupa untuk diberitahu, penulis blog ini masih berada di Madinnatul Hujjaj, Jeddah.

Menunggu giliran dengan sangat-sangat-sangat sabar.

Bila dikira kembali, hampir 5 hari berada disini. Sangat sabar bukan?

Kalau mahu, boleh sahaja beli tiket sendiri seperti sesetengah orang.

Tapi, tiba-tiba terfikir

"Tak cool lah kalau beli tiket sendiri."

Dengan daya hidup yang sangat tinggi, berjaya juga untuk terus sabar di bumi Jeddah ini.

At least, boleh berbangga dan sangat tak sangka yang daya kesabaran manusia bernama Syaufiq Effendy setinggi ini.

(Tepuk, tepuk, tepuk)

Jangan risau, sangat cukup makan.

Oh, makanan yang disediakan sangat sedap dan juga berkolesterol.

Macam macam benda diperolehi sepanjang proses evakuasi.

Yang baik dan tak kurang juga yang buruk.

Pelajar Mesir?

Betulkan persepsi anda. Tak semua baik dan tak semua jahat.

Kena analisis dahulu baru menilai.

Overall, semuanya ok. Jangan risau.

Di sini, baru sedar, salah satu ciri yang ada dalam diri Syaufiq Effendy ialah kesabaran.

Serius cakap, bukan nak berlagak, mahupun mewar-warkan.

Kadang-kadang terfikir juga, Syaufiq Effendy memang dilahirkan untuk menunggu.

Ala. relakslah.

Asssobru minal iman bukan?

Ringkas tapi bermakna.



Syaufiq Effendy,

Madinnatul Hujjaj, Jeddah.

9.11 pagi waktu Jeddah,

 2.11 petang waktu Malaysia.