Followers

Tuesday, February 15, 2011

Cerita Evakuasi



Alhamdulillah. Akhirnya, selamat juga sampai ke Malaysia. Fuh! Setelah bersusah payah menempuh onak dan duri, akhirnya tercium juga bau tanah air tercinta. Eceh! Sastera sungguh ayat.

solat jumaat di Medan  Tahrir, Tapi, aku takda chance nak ke sini. Haih!


Seperti yang dijanjikan, cerita tentang pengembaraan evakuasi seorang manusia bernama Syaufiq Effendy.

27 Januari 

Hari terakhir sebelum winter break. Menikmati sesi pembelajaran dengan tenang. Egyptian students buat demonstrasi di hadapan fakulti perubatan Universiti Zagazig. Cool!Twitter dan facebook tak boleh diguna. Sangat awesome!

28 Januari 

Hari pertama cuti. Seperti biasa.

Oh ye! Masa ini, pergi ke Suk Kubri untuk membeli bahan membuat keropok lekor.Dan, ketika itu, orang Arab sedang membuat demonstrasi di Mahattoh. Gila cuak! Terpaksa ambil jalan jauh. Kemudiannya, masa hendak balik, semua teksi tak mahu ambil. Wadahel. Tak kan nak jalan balik ke Salam Sadnawi? Nasib baik, ada juga teksi yang sudi untuk ambil. Fuh!Line telefon putus. Sekejap ok, sekejap tidak. Tak boleh mesej-mesej dah.Internet pula disekat habis.

29 Januari

Piala Zabac-AQ. Jual keropok lekor dan laksa. Alhamdulillah. Sambutan sangat memberangsangkan. Dengar cerita, sampai berebut-rebut tak cukup. Betulkah? Tanya akhawat ye! Perintah berkurung bermula pukul 4. Housemates dah terasa cuak yang amat. Macam-macam benda yang bermain di kepala. Kadang-kadang, rasa teroverlah pula. Haih. Malam itu  dapat panggilan daripada naqib sc. Banduan banyak yang terlepas. Seram!

Terdengar bunyi tembakan.( Ini housemates yang cerita. Masa ini, dah terbongkang tidur mati dah)

30 Januari

Pakat keluar ke Mahattoh untuk keluarkan duit. Semua bank diserbu. Ramai yang mahu keluarkan duit. Terpaksa jalan jauh untuk mencari bank-bank yang boleh digunakan. Bila dingat balik, jalan kaki daripada Murur sampailah ke Mahttoh. Jauh bukan? Serius kurus!

Then, beli stok makanan untuk sebulan. Macam-macam beli. Macam nak berperang pun ada gayanya.

31 Januari

Pergi ke Kubri seorang diri. Sahaja cari penyakit. Sudah kebosanan tahap melampau di rumah. Semua novel yang ada khatam dah.Kemudian, kena lecture dengan seseorang sebab keluar ke Mahattoh seorang diri. Hehe.

1 Februari

Keluar ke Mahattoh lagi. Kali ini tolong orang keluarkan duit. Kereta kebal mengawal jalan masuk dan jalan keluar ke Salam Sadnawi. Askar bersepah la kot. Jalan selamba sahaja seorang diri ke mesin ATM di hadapan pintu universiti. Tak dan nak keluarkan. Mesin ATM out of service!Kemudian, pergi ke Mahattoh sekali lagi. Beratur hampir 2 jam untuk keluarkan duit. Eh, main aci menyorok pula mesin ATM ni. kejap boleh keluarkan duit, kejap tidak boleh. Sabar je lah.

Tidak dilupakan, hari membotakkan kepala. Motif?

2 Februari

Mati kebosanan di rumah.

3 Februari

Akhirnya, mendapat line internet kembali ! Terharu ramai yang risaukan keadaan diri. Ecece. Kemudiannya, mendapat arahan untuk berpindah ke ARMA, Cairo. Penat menunggu bas. Sudah hampir ke Maghrib baru bertolak ke Cairo. Tersangatlah banyak check point oleh pihak askar dan tidak kurang juga check point daripada orang awam. Sabar je lah. Sampai di ARMA lebih kurang pukul 12 tengah malam. Sangatlah lapar dan terpaksa membayar 8 genih untuk makanan yang tidak seberapa. Alhamdulillah.

4 Februari

Lapar! Keluar sekitar ARMA untuk membeli makanan. Boleh jadi kurus kalau macam ini. Kemudiannya, kelam kabut untuk memastikan luggage tak melebihi 7kg. Terpaksalah buang sedikit buku daripada luggage. Buku sahaja sudah hampir 3-4 kilo. Tak masuk laptop lagi. Baju juga yang menjadi korban. Pada malamnya, pembahagian nombor giliran untuk ke Jeddah. Sudah rasa excited untuk blah daripada Mesir.

5 Februari

Lebih kurang pukul 10 pagi bertolak ke Terminal 1, Cairo International Airport. Ramai sungguh. Jumpa rakan sekolah dan ramai lagilah. Sudah jadi majlis reunion yang tidak dirancang pula. Kemudiannya, menunggu di airport hampir lebih kurang 8 jam. Sangat penat dan membosankan. Rasa macam hendak menangis pun ada. Sabar sahajalah. Akhirnya, lebih kurang pukul 7 petang Mesir, menaiki Charlie untuk ke Jeddah. Sangatlah seksa. Duduk bersila sahaja dalam pesawat. Macam tenteralah pula. Setelah lebih kurang 2 jam, sampai di Jeddah International Airport. Kena menunggu hampir 4 jam untuk menyelesaikan urusan visa.

6 Februari

Sampai di Madinnatul Hujjaj, Jeddah lebih kurang pukul 4 pagi. Diberi tempat di dalam gudang. Ohoi! Sangatlah panas dan tidak selesa. Memang mendefinisikan erti pelarian yang sebenarnyalah. Survive untuk terus hidup. Then, kebosanan di dalam itu. Mula terfikir untuk beli tiket balik sendiri. Adalah drama yang berlaku. Tapi, akhirnya membuat keputusan untuk terus bersabar sahaja. Makanan di sana? Tak usah cerita. Terbaik ! Tidak akan dilupakan Al-Baik. Kalah kfc!

7 Februari

Merungut tak tentu pasal. Sebabnya? Proses penghantaran pulang pelajar yang agak kurang memberangsangkan. Ketika hari ini, kurang daripada seribu orang yang dihantar pulang. Orangnya beribu-ribu. Haih. Tanpa sedar, asyik dok mengutuk sahajalah. Tak baik betul.

8 Februari

Penghantaran pulang pelajar-pelajar secara besar-besaran. Harapan kembali bersinar. Mulalah melakukan congakan matematik. Memang jadi kurang waraslah disebabkan evakuasi ini. Asyik bertawaf dalam kompleks itu sahaja. Orang perempuan pula sibuk dengan membeli-belah. Ala, kenangan untuk dibawa pulang ke Malaysia lah katakan. Habis semuanya diborong. Kalau boleh, semua yang ada hendak diangkut bawa balik ke Malaysia. Haha.

9 Februari

Hari Rabu sudah. Makin ramai yang meninggalkan Madinnatul Hujjaj, Jeddah. Sejuklah sedikit dalam itu. Hari yang paling tension semasa proses evakuasi lah rasanya. Sebab? Giliran di skip. Wadahel. Mengapakah nombor 3600 ke atas yang dipanggil? Sedangkan nombor 3000-3500 tidak? Menagapakah? Sampai sekarang masih terasa konfius! Housemates hampir semuanya dah pulang ke Malaysia. tapi, naik Charlie. Hehe.

10 Februari

Hari yang penuh penantian dan penyiksaan. Menunggu nama untuk naik. Tapi, sekali tengok dapat giliran untuk hari esoknya.Ketika ini, tahap sabar memamg sangat tinggi. Sangat sabar dan sangat pasrah. dah tak kisah dah nasib diri bagaimana. Tunggu sahajalah ketentuan Illahi. Cewah. Ayat pasrah!

11 Februari

Akhirnya, giliran tiba juga. Sebelum itu, sempat juga untuk solat jumaat di bumi Arab Saudi. Alhamdulillah. Peluang yang bukan semua orang boleh dapat bukan? Bertolak ke Jeddah International Airport pukul 4 petang. Kemudiannya, terus selesaikan apa-apa yang patut. Sebelum itu, sempat juga pekena spageti bolognese dengan half roasted chicken. Eceh. Kelas gitu. Haha. Menunggu waktu penerbangan ke Singapore dengan sabar. Akhirnya, tepat pukul 1120, terbang meninggalkan bumi Jeddah dengan pesawat SV838 Saudi Arabian Airlines. Sudah nasib badan rasanya., terpaksa duduk sebelah perempuan. Haih. Terpaksa control kelakuan. Duduk dengan sopan santun dalam plane. Ehem. Ciri-ciri menantu mithali ini. Ada sesiapa mahu?

12 Februari

Duduk sahaja dekat tempat duduk. Tiada idea nak buat apa. Hendak makan, makanan dia tak kena dengan citarasa. Selera macam dikunci tak pasal-pasal. Selalunya, main sumbat dalam mulut sahaha. haih. Setelah lebih kurang 9 jam, akhirnya tiba di Changi International Airport, Singapore pada pukul 330m petang. Alhamdulillah. Terus menaiki bas ke Masjid Sultan Abu Bakar untuk solat dan makan. Pukul 7 petang, terus menaiki bas ke Kuala Lumpur, Tapi, tak sampai ke Kuala Lumpur pun. Berhenti di stesen tol Ayer Keroh lebvih kurang pukul 1030 malam. Keluarga sudah menanti disitu/

Akhirnya, 1155 malam, tiba juga dirumah yang tercinta.

Rumah Manis Rumah!

Itu sahaja kisah evakuasi Syaufiq Effendy.

Aku tak jumpa pun papan tanda ni sepanjang proses evakuasi !

No comments: