Followers

Thursday, February 17, 2011

Pandangan Saya


Balik Malaysia susah, hendak balik Mesir pun susah.

Itulah hakikatnya sekarang. Percanggahan statement oleh sesetengah pihak telah menyebabkan dilema kepada para pelajar khususnya. Yelah, para pelajar yang menanggung akibatnya. Bukan sesiapa pun. Kami yang hedak belajar, kami yang mahu jawab exam dan kami yang akan tinggal di Mesir nanti. Bukan pihak agen , kpt , mkn dan sesiapa pun. Jadi, yang menjadi titik perhatian disini ialah KAMI, para pelajar yang menuntut di Mesir.

Sebelum Mac atau selepas Mac?

Itu yang menjadi tanda tanya ketika ini. Untuk pelajar yang bernaung di bawah Konsortium Perunding Mesir, termasuklah diri ini, kami semua sudah diminta untuk pulang ke Mesir bagi memulakan sesi pembelajaran kami yang akan bermula 1 Mac untuk Universit Zagazig dan 26 Februari untuk Universiti Al-Azhar. Tarikh ini dipersetujui bersama oleh pihak universiti dan pihak kpm setelah diadakan perbincangan.

Masalahnya sekarang, tiada pengumuman rasmi lagi daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Keselematan Negara. Ini yang menyebabkan para pelajar untuk berasa was-was pulang ke Mesir dalam masa terdekat. Betul bukan ?

Jadinya, pelajar tersepit antara dua pihak. Ini yang orang kata gajah sama gajah berjuang, pelanduk yang mati tengah-tengah. Yang peningnya, pelajar sendiri. Mahu ikut kata pihak itu atau kata pihak yang satu lagi.

Come on!

Benda ini sepatutnya masalah yang kecil sahaja. Tak besar mana pun. Tapi, jadi serius apabila tiada kesepakatan dalam mengeluarkan keputusan. Kesepakatan antara pihak KPM, universiti, kpt dan MKN.

Tapi, setiap masalh mesti ada jalan penyelesaiannya bukan?

Mudah sahaja untuk selesaikan masalah ini. Tak perlu keluarkan duit berjuta-juta ringgit bagi menyelesaikan masalah ini.

1) Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Keselamatan Negara haruslah mengeluarkan kenyataan rasmi secepat mungkin. Ini langkah yang paling utama. Kebanyakan pelajar tak kurang juga ibu bapa berasa was-was untuk kembali ke Mesir semula kerana KPT dan MKN tak mengeluarkan kata putus lagi mengenai kebenaran pulang ke Mesir. Jadinya, risiko keselamatan para pelajar tidak dapat dijamin.

2)KPT, KPM dan pihak universiti harus duduk berbicang sekali lagi. Pastikan tarikh yang dipersetujui oleh semua pihak tentang tarikh pembukaan semula universiti. Beri tarikh yang nyata dan mampu untuk semua pelajar kembali belajar. Biar semua setuju dengan tarikh itu. Jadinya, pelajar tidak akan rasa tertekan.

Itu sahaja jalan penyelesaian yang mampu terfikir. Secara asasnya, benda yang paling penting ialah kerjasama dan tolak ansur. Itu sahaja. Tak perlu hendak menjadi hero dalam isu ini. Hero sebenar dalam situasi ini ialah pelajar sendiri. Mereka yang mahu belajar atau tidak. Bukan pihak lain. Pihak lain sekadar menjadi pembantu kepada pelajar. Itu adalah hakikatnya sekarang ini.

*

Tiket balik ke Mesir.

Ini pun satu isu lagi. Kerajaan dah umumkan yang tiket kembali semula ke Mesir adalah bayaran sendiri. Sudah tentu ada pro dan kontra dia bukan? Ramai yang mahukan kerajaan untuk menampung kos pelajar kembali semula ke Mesir. Sehinggakan ada yang terlupa jasa pihak kerajaan yang sudah membawa mereka pulang ke Malaysia. (Aku bukan pro kerajaan. Masih tak matang lagi untuk mengundi. Neutral). Mengata dan  mengutuk bukan jalan penyelesaian. Menambahkan dosa lahi adalah.

"Ini semua adalah arahan pihak kerajaan yang mahukan pelajar pulang ke Malaysia. Kalau tahu begini, aku duduk sahaja kat Mesir itu. Tempat aku bukannya terjejas pun"

Mungkin ada sebahagian yang berkata seperti itu. Tak dinafikan juga aku juga berfikiran sedemikian.

Tapi, sila fikir balik. Jika tak silap, pelajar boleh memilih untuk terus berada di Mesir dengan syarat mereka menandatangani satu surat akuan yang mereka mahu menetap di Mesir. Mungkin, ada sebahagian yang tidak tahu. Biasalah bukan, excited nak balik Malaysia free. Jadinya, kurangnya kepekaan kepada apakah yang bakal berlaku selepas itu.

Kita, orang yang profesional. Belajar pun di tempat yang penuh ilmu. Jadinya, apakah salahnya jika kita menghargai apa-apa yang orang telah beri kepada kita.

Ya, memang betul bahawa tak semua pelajar yang dievakuasi itu berkemampuan untuk membeli harga tiket pulang yang mahal. Kita kena fikir sudut itu juga. Tak semua orang mampu dan juga tak semua orang tak mampu.

Kat kuncinya disini ialah "Tak semua orang mampu dan juga tak semua orang tak mampu."

Hakikatnya, pelajar-pelajar yang belajar di Mesir datang daripada pelbagai latar belakang. Ada yang kaya dan ada juga yang kurang berkemampuan. Itu yang pasti dan jelas ketika ini.

Solusi?

Bukankan semua masalah ada jalan penyelesaiannya?

Sekadar cadangan, kerajaan pusat,kerajaan negeri, baitulmal, majlis zakat negeri dan semua yang berkaitan hendaklah membantu pelajar-pelajar yang jelas kekurangannya. Manakala, bagi pelajar yang agak berkemampuan, mungkin pertolongan separuh harga tiket boleh dilaksanakan. Gunakan konsep pemberian biasiswa. Yang kurang berkemampuan diutamakan, yang agak berkemampuan tidak diketepikan. Barulah nampak realistik dan boleh dilaksanakan.

Baru nampak situasi.win-win. Tiada sesiapa yang rugi jika langkah ini dilaksanakan. Kerajaan tidaklah rasa terbeban untuk menanggung semua kos, dan pelajar juga tidak pening memikirkan cara untuk balik.

Itu sahaja. Sebelum itu , minta maaf jika terkasar bahasa dan terguris kata. Biasalah bukan manusia? Tak lari daripada melakukan kesilapan dan asyik mengejar kesempurnaan tanpa tidak sedar sudah tersilap.

" Tiada salah dalam memberikan pandangan kerana pandangan tidak dibataskan oleh kesalahan atau kebenaran"


Syaufiq Effendy

6.05 petang, Muar,

Malaysia.





2 comments:

Ujaja said...

well said! that what we call diplomacy..

Syaef said...

yes. diplomacy is the main thing now