Followers

Thursday, March 31, 2011

Cerpen Mikro

 


Semua orang yang berada didalam bilik itu merenungnya. Pandangan matanya tajam merenung setiap orang yang berada di dalam bilik itu. Sunyi sepi.

"What are the effects of the arterial Blood Pressure and heart rate on the Cardiac Output (?)

Lantang dan jelas suaranya menuturkan soalan itu. Dan dia, Ahmed menunggu dengan penuh sabar sekelumit respon daripada mereka yang sedang duduk dihadapannya.

"Krekk, krekk ,krekk"

Kalaulah ada cengkerik disitu, sudah semestinya bunyi itu yang didengari. Senyap. Sesenyap seakan tiada orang yang berada didalam bilik itu.

"Anyone (?) Can you answer it (?)

"Krekk, krekk, krekk" Bunyi cengkerik lagi.

Ahmed mengeluh perlahan. Respon yang sudah dijangka daripada orang-orang yang berada dihadapannya. Ya, pelajar Malaysia.

Bila ditanya tidak menjawab. Duduk statik tanpa sebarang respon. Seakan mayat kaku.

Dan, seperti biasa dia yang akan "menjawab sendiri" soalannya. Satu rutin yang sama dan berulang-ulang. Istiqamah sungguh dia dalam melakukannya.

Dan seperti biasa "Please doctor. Please study well !" Ayat yang sama diulangkannya lagi mengakhiri kelas pada hari itu.

Statik.

*

Cerita ini tiada kena -mengena antara hidup yang mati. Sekian.

Wednesday, March 23, 2011

Realiti



Entri ini memang tulus ikhlas daripada hati. Kalau rasa elok,ambil pengajaran. Kalau rasa tak elok, buang jauh-jauh. Sebelum itu, minta maaf terlebih dahulu.

Siswa Akademi Al-Quraan Medik Malaysia(sila baca AQ selepas ini) dan Perubatan Cawangan Zagazig (sila baca PCZ selepas ini).

Alkisahnya, PCZ dan juga AQ adalah dua buah persatuan yang menaungi kumpulan pelajar Malaysia terutamanya pelajar perubatan di Zagazig. Kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama. Menjaga kebajikan pelajar.

Tetapi, dah memang adat politik orang Melayu rasanya, siswa AQ dan PCZ tak boleh nak ngam. Pelik betul.
Aku bukannya hendak back up sesiapa pun. PCZ  dan siswa AQ sama-sama penting dalam hidup aku sebagai seorang pelajar medik di Universiti Zagazig.  Ya, aku pasti tak ramai yang menganggapkan begini. Mereka itu lebih gemar untuk bersikap "berat sebelah".Aku, kau dan  semua, mengapakah tidak boleh untuk berfikir dengan lebih matang ? Lebih toleransi. Bukankah itu lebih manis?

Benar, memang aku datang ke Mesir melalui AQ. Tetapi bila sampai di Zagazig, skop itu perlu diperluaskan. Tak semua yang berada di Zagazig itu merupakan pelajar AQ bukan ? Jadinya, disini bermulanya kepada PCZ. PCZ adalah untuk semua. Tak kira kau adalah pelajar AQ, yayasan Sabah ataupun yang lain-lain. Tak ke pelik? pelajar Yayasan Sabah untuk menganggotai siswa AQ.

Oh, nampaknya aku seakan-akan pro PCZ. Betul bukan ?

Rasanya semua sudah sedia maklum apabila seseorang itu melanjutkan pelajaran ke Mesir melalui Akademi Al-Quraan Medik Malaysia, dia secara rasminya adalah merupakan Siswa AQ? Benar? Tepat sekali. Jadinya, mengapakah hendak menafikan kenyataan itu? Tanpa AQ, kebanyakan daripada kita mungkin tidak menjejakkan kaki ke Zagazig. Tak perlu untuk kita mengutuk AQ, hormati sahaja. Senang bukan ? Begitu juga dengan PCZ. Hormati sahaja. Tak payah mengutuk. Buang air liur sahaja. Tambah dosa lagi adalah.

"Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaumperempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya Yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu Dengan Yang lain Dengan gelaran Yang buruk. (Larangan-larangan Yang tersebut menyebabkan orang Yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim."....


(Al-hujurat:11)

Tak peliklah jika result exam pelajar-pelajar di Zagazig kurang memberangsangkan. Mungkin Allah telah meletakkan hijab untuk berjaya disebabkan "pergaduhan" yang remeh temeh ini. Pernah tak terfikir begini? Kemunduran orang Islam sekarang ini bukan disebabkan oleh kekuatan orang bukan Islam, tetapi disebabkan oleh perpecahan yang berlaku dalam kalangan orang Islam itu sendiri. Kerjasama. Ini yang diperlukan. Jika benar siswa AQ dan PCZ  serius dalam menjaga kebajikan pelajar, berkerjasamalah. Bukankah lebih mudah dan teratur. Kedua-dua pihak sama-sama menang.

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."


As-Saff,4

Oh ya lagi satu, kepada saf kepimpinan siswa AQ dan PCZ. Anda semua telah diberi tanggungjawab. Tanggungjawab itu nanti yang menjadi pemberat kepada timbangan amalan anda. Tunjukkanlah contoh yang baik kepada ahli biasa. Kalau saf kepimpinan dah bercelaru, apatah lagi orang dibawah. Kalau akar tak kukuh, tak mustahil bukan sebatang pokok itu hendak tumbang ?Kalau tak boleh jadi yang terbaik dalam memimpin, sekurang-kurangnya berusaha sehabis baik dalam memimpin. Disiplin hendaklah dijaga. Baru orang hendak respect!

Jadi, konklusinya

1) K.E.R.J.A.S.A.M.A

2)Tidak payah susah-susah mencari kesalahan orang lain. Lebih baik cari kesalahan diri sendiri.

3)Tak payah susah-susah mengutuk. Buang air liur. Tambah dosa.

4) Kita pelajar bukan? Berfikirlah sebagaimana orang yang belajar.

Selesai.

Eh, kau dan kau semua hendak pangkah dan paku aku? Dipersilakan~

p/s:

1) Misi baru: Sehari, satu jar di Museum Anatomy.

2) Exam Histo lagi. Tak sabar hendak jawab!(Tapi sangat tak suka tahu result).

Saturday, March 19, 2011

Atmosfera



Semua orang mahu menjadi yang terbaik.Sekurang-kurangnya lebih baik daripada diri mereka yang lalu. Apabila Tahun Baru Hijrah menjelma, azam dan tekad baru dilaungkan menandakan satu perubahan yang ingin dilakukan dalam diri.

Tetapi, sayangnya beberapa ketika kemudian, semangat itu mula luntur. Hilang begitu sahaja macam lalang yang ditiup angin. Satu persoalan boleh dilontarkan, mengapakah ini berlaku ?

Ianya merupakan satu perkara  yang normal sekiranya seseorang itu ingin berubah. Tetapi atmosfera sekeliling mereka yang tidak mengizinkan mereka untuk berbuat demikian.

*

Mira ialah seorang wanita yang tidak bertudung. Semenjak daripada kecil lagi dia memang mendedahkan rambutnya yang ikal mayang itu. Mungkin ini disebabkan kurangnya didikan oleh ibubapa dia ketika kecil lagi.
Tetapi, setiap perkara boleh berubah. Begitu juga manusia. Mira tergerak hatinya untuk mula bertudung. Dia melihat keayuan wanita-wanita yang bertudung. Sungguh menawan cantiknya. Lalu, dia mula melawan arus kehidupannya dengan ingin bertudung.


Tetapi, tak semuanya indah seperti yang diharapkan. Rakan-rakan yang membentuk atmosfera di sekeliling diri Mira seakan-akan mempersoalkan keputusan dia untuk bertudung.


"Eh kau ni, buang tebiat ke apa pakai tudung"


"Bajet baik lah kau. Pakai tudung pun kalau dah perangai buruk pun tak guna juga "


Dan banyak lagi kata-kata moral yang tak bagus.


Mira mula terkesan dengan segala kata-kata yang dilemparkan oleh orang-orang disekelilingnya. Semangatnya untuk bertudung mula luntur. Lama-kelamaan, dia kembali tidak bertudung.

*
Itu adalah antara contoh realistik yang mungkin selalu berlaku dalam kehidupan. Mungkin aku,kau dan kamu semua. Cuma untuk perkara yang berbeza sahaja.

Sehebat manapun seorang manusia itu, dia tetap memerlukan orang lain dalam hidupnya. Nabi Muhammad sendiri memerlukan para sahabat dalam perjuangannya untuk menegakkan agama Islam. Cubalah bayangkan, jika tanpa bantuan para sahabat mungkin Rasulullah tidak berjaya dalam perjuangan banginda.

Apa yang aku cuba hendak perkatakan disini ialah kita hendaklah menyokong kawan-kawan kita yang sedang berusaha ke arah yang lebih baik. Bukannya menjatuhkan kawan kita itu. Inilah realiti kehidupan masa kini. Bila seseorang itu membuat perkara yang baik, mesti sangkaan yang buruk datang menjelma dalam fikiran terlebih dahulu. Tidak bolehkah kita bersifat husnuzon(bersangka baik)?

Sebut mengenai husnuzon, memang agak susah sebenarnya kita untuk bersikap husnuzon dalam hidup kita. Kadang-kadang, kita lebih cenderung kepada sikap suu'zon(bersangka buruk) terhadap seseorang. Tak semestinya, seseorang yang pakaiannya kurang Islamik(tapi menuruti definisi aurat) tak baik. Dan juga tak semestinya seseorang yang berkopiah putih dan berjubah itu dalamannya baik?

Definis baik itu tidak mengikut dasar pakaian semata-mata, tetapi juga daripada segala aspek. Iman adalah melitupi semua aspek kehidupan kita. Ingat itu ya.

Jadi, apa yang aku boleh simpulkan disini ialah:

1) Sokonglah kawan-kawan kita yang berubah ke arah kebaikan bukannya memerli mereka.

2) Sentiasa bersikap husnuzon bukannya suuzon.

Jadilah atmosfera yang baik, bukannya buruk.

p/s:

20 Mac tarikh buka kuliah. Banyak implikasinya. Baik dan juga buruk.

Saturday, March 12, 2011

Impian:)



Setiap manusia mempunyai impian bukan? Berimpian memang best bukan. Atau kate lain dia,berangan.Ngee~. Jadi,dlm post yg ini aku akan beritahu impian-impian aku dari kecil,sekarang dan akan datang.Heh.

*Impian ini sekadar impian.

1. Masa umur 3-4 tahun, berimpian untuk menjadi Red Power Rangers. Terpengaruh dengan cerita Power Rangers Mighty Morphin. Cerita power rangers pertama yang ditayangkan Malaysia.Tapi,meningkat dewasa baru sedar yang impian itu mungkin tidak tercapai. Haha. Teknologi masih belum dijumpai.

2. Dalam masa yg sama, berimpian juga untuk memiliki koleksi-koleksi patung aksi Power rangers. Heh. Dan berjaya memilikinya apabila aunty yang baru pulang dri US membelikan koleksi lengkap power rangers. Haha. Masa tu kan, merupakan satu-satunya cucu dalam keluarga. So,heaven giler lah. Dilayan macam putera raja. Haha. Dahlah duduk ngan atuk dan nenek,jadinya mmg dimanjakan giler. Semua yg mahu dapat.Haha.

3. Seterusnya,berimpian untuk menjadi cepat membaca pada umur 5 tahun. Sebab masa itu, mak selalu beri servis terbaik supaya cepat membaca. Pernah dikurung dalam bilik tak boleh keluar sebab masih tak dapat lagi membaca. Alhamdulillah,akhirnya berkat mak tercinta,berjaya juga membaca. Memang terharu. Thanx mom!

4. Sudah meningkat dewasa sedikit,sedikit sahaja. Berimpian untuk mengalahkan seorang budak permpuan ni dalam peksa. Masa ini drjah 6. Akhirnya berjaya juga sampai membuatkan dia menangis sebab dikalahkan. Haha. Kenangan manis la kot.

5.Mahu menjadi seorang detektif. Terpengaruh dengan citer Detective Conan. Pernah berkata kepada cikgu apabila ditanya,"Saya mahu menjadi detektif". Budak-budak sekelas rase respek giler. Heh. Padahal main-main je pun. Hak2.

6. Mahu melukis komik dan menyiarkan di majalah. Jalan cerita fikir dah,semua peralatan sudah dibeli seperti pen melukis,ink dan berus lukisan. Tapi,bila sudah menyiapkan 12 mukasurat,terus berhenti. Terase malas yg amat. Sebab kena lakar,kena ink,kena wat dialog n whatsoever. Jadinya,at last decide to stop! X sesuai untuk menjadi seorang pelukis. Komik 12 mukasurat yg bertajuk " Fire Spirit" masih ade tersimpan ketika ini.

7.Kemudiannya terbaca pula komik Yakitate Japan. Bersemangat pula jadi tukang masak. Jadinya, bile ada chance sahaja,terus selongkar peti ais cari bahan untuk masak. Pelbagai resipi dicuba. Ade yg sedap teramat ade juga yg KO. Haha. Bile dah masak akan suruh mak untuk komen. Kalau ok,oklah. Stail ayah untuk komen pula,kalau diam  sahaja masa makan, maknanya sedaplah tu.

8. Mahu jadi seorang yg kaya raya! Haha. Money is everything today. Haha. Bile sudah jadi billionair, mahu beli Lamborghini Spider, Aston Martin  dan Ferrrari. Mahu beli pulau persendirian dekat Malibu. Then, mahu bina sebuah banglo di tepi pantai. Mahu membeli Manchester United Fc, membina sebuah stadium dengan dinamakan "Estadion Sya Ef". Then,mahu memiliki sebuah kapal layar mewah yg boleh belayar bila-bila mase sahaje. Mahu ade jet peribadi sendiri dan pasuka tentera sendiri. Haha, berimiginasi sungguh. Act,mahu hidup yg sederhana sajer.Ngee~

9. Mungkin dalam berbelas-belas tahun lagi,mahu membuka sebuah restoran high class sendiri. Menggabungkan pelbagai jenis masakan seperti Melayu,Western,Cina dan tidak dilupakan Jawa.Terbaik punya.. Rasenya impian ini boleh direalisasikan.

10. Mahu sebuah perpustakaan sendiri yg mempunyai pelbagai jenis buku seluruh dunia. Tidak terkecuali komik. Comic is part of my life.Walaupun,komik pernah dijual dan dibuang,komik tetap dihati.Haha.

11. Mahu membeli sebuah kereta yg selesa,hebat dan berkualiti. Seperti model mpv.Tunggu 10 tahun lagi, model mpv terbaru akn jadi milik aku.

12. Antara impian terpenting, mahu seorang isteri yg terbaik. Mestilah pandai kemas rumah,memasak, ada karier yg stabil,solehah,sopan santun,peramah,gila-gila dan tak queen control. Ngee~. Ada sesiapa berani (?).

13. Mahu jadi seorang ahli politik! Ahli politik yang bertanggungjawab. Menggunakan duit sendiri untk kebajikan rakyat, sentiasa mendengar masalah dan terbaik. InsyaAllah kalau ada rezeki dan diizinkan..

14. Bila sudah melepasi usia persaraan,mahu pulang ke kampung dan membuat sebuah baru disana. Mahu mengusahakan tanah n menjadi seorang yg gembira dengan hari-hari tua.

Kamu semua ada impian sendiri bukan (?)

p/s:

1) Saya membosankan bukan (?)

Thursday, March 10, 2011

Mungkinkah Ini Sebabnya ?



Semakin hari semakin bosan menunggu tarikh bermulanya kuliah. Terasa macam loser. Hari-hari buat perkara yang sama. Online, tidur, study sedikit, keluar jalan-jalan  dan lain-lain. Statik betul.

Beberapa hari yang lepas dapatlah pergi ke kelas Arab. Semuanya Arab. Mahu tak tercengangnya masa belajar tu. Nasib baik lecturer adalah lukis melukis. At least , fahamlah sedikit-sedikit. Ketika sedang mendengar lecturer, secara tiba-tiba sahaja terfikir apakah bezanya pelajar Arab dan pelajar Melayu.

*

Ini adalah sekadar pendapat dan pemerhatian. Mungkin pandangan orang lain berbeza (?)

1) Pelajar Arab mempunyai daya ingatan yang lebih hebat daripada pelajar Melayu.Tidak dapat dinafikan.

2) Pelajar Arab lebih rajin secara keseluruhannya jika dibandingkan pelajar Melayu. tapi, ada sahaja pelajar Melayu yang super rajin.

3)Pelajar Arab akan menjawab soalan yang ditanya lecturers jika ditanya, sedangkan pelajar Melayu kebanyakannya diam membisu merenung kaku ke arah lecturers itu kembali.

4)Pelajar Arab akan duduk menumpukan perhatian bila lecturers sedang mengajar(tak semua). Tapi, pelajar Melayu macam cacing kepanasan bila mode bosan dan tak faham mula menjelma.

5) Pelajar Arab mempunyai daya usaha mereka untuk mengadakan kelas tambahan dengan lecturers. Tapi, daya usaha pelajar Melayu agak kurang.

6) Pelajar Melayu agak kurang mengambil kesempatan yang ada untuk menghadiri kelas tambahan yang dibuat oleh lecturers.

Ex:Physio class. Kaum hawa agak ramai juga yang pergi. Tetapi, kaum adam? Kroh.

7) Pelajar Melayu(kebanyakannya)jika tak faham, duduk diam sahaja. Tak mahu bertanya. Pelajar Arab kalau ada masa akan face-to-face dengan lecturers untuk sesi belajar kembali.

8) Pelajar Arab lenggang kangkung sahaja pergi ke kelas tapi hebat. Sedangkan, pelajar Melayu semangat bawa beg dan segala macam tetapi berkarat. No offense ok (?) Cakap kat diri sendiri -.-

9) Pelajar Melayu suka duduk melenggang kangkung, sok sek sana sini. Eh, pelajar Arab pun sama sahaja.
 2 x 5.

10) Pelajar Melayu suka study last minutes (kebanyakannya). Tapi, pelajar Arab kira lagi ok lah jika dibandingkan pelajar Malaysia.

11) Pelajar Melayu suka mencari alasan jika prestasi kurang memuaskan. Sebab itulah, sebab  ini lah. Pelajar Arab tak kot (?)

12) Pelajar Melayu(kebanyakannya) balik rumah, layan cerita korea, movies, online dan lain-lain. Revisenya ciput macam siput sedut. Pelajar Arab balik rumah, study lah rasa-rasanya.

Ok, ingatkan hendak tulis sampai 20 sebab. Tapi, rasa malaslah pula nak habiskan. Kira 12 sebab ini pun memadai la kan (?)

Jangan rasa panas hati ok (?) Ini sekadar pandangan sendiri. Kalau terasa itu, maaflah sangat eh.

"Siapa makan cilim dia yang terasa pedasnya bukan (?)"

p/s:


1) 10 alasan.

1) Lebih muda.


2) Apa salahnya jika belanja (?)


3) Bukan minta porsche atau ferrari sebiji pun. Ish3.


4) Anda kan baik.


5) Tak mahal pun, murah sahaja.


6) Tak baik kedekut ok (?)


7) Sekali sekala je pun.


8) Budak hebat, anda bukan (?)


9) Dapat pahala woo.


10) Deal (?)


2) Yeay. Sudah lepas angka 100.

3) Spageti, ayam bakar dan pizza. Mak oih.

Monday, March 7, 2011

Sememangnya Realiti



Ya, memang banyak reaksi yang aku dapat selepas menulis entri Realiti dan Mimpi . Semuanya berpakat mengatakan aku sudah gatal sangat hendak berkahwin dan segala bagai.Padahal cuma mimpi sahaja. False awakening. Memang tidak dapat dinafikan yang pada usia remaja inilah keinginan untuk berpasangan itu meluap-luap. Ala, macamlah kau tak merasakannya juga. Betul bukan?

Tapi, sebagai seorang kanak-kanak yang baru menginjak umur 18 tahun, aku sedar akan realiti ketika ini. Belajar dan belajar. Itulah realitinya ketika ini. Perkara lain tolak ketepi dulu.

Mari aku senaraikan beberapa sebab yang logik dan munasabah mengapa tidak sesuai untuk berkahwin semasa belajar.

1) Kewangan. Ya, ini sememangnya aspek paling utama. Perkara inilah yang perlu dititik beratkan oleh si kaum lelaki terutamanya. Kalau diri sendiri pun tidak terjaga apatah lagi hendak menjaga anak orang bukan? Lagipun, sedarlah sikit. Minum makan dan pakai pun emak ayah masih tanggung, ada hati hendak menanggung anak orang lain.

" Lelaki adalah mereka yang menanggung, bukannya yang ditanggung".


2) Seterusnya ialah komitmen. Tak semua orang mampu untuk menanggung komitmen yang berlebihan. Maksudnya disini, komitmen kepada masjid yang hendak dibina. Come on ! Ini adalah medik. Medik memerlukan segala tumpuan dan tanggungjawab kau sepenuhnya. Kalau semasa single pun dah terkontang kanting, apatah lagi semasa berpasangan. Aku tak kata semua macam ini. Ada ramai sahaja yang mampu membahagikan komitmen mereka dengan sempurna.

Ok, jangan salah faham. Aku tak kata mereka yang sudah berkahwin semasa belajar itu salah dan tak betul. Tak maksudkan macam itu pun. Ada sahaja yang yang berjaya dalam pelajaran walaupun sudah berkahwin. Cuma nak katakan mereka yang dok gatal sangat nak kahwin ni. Siapakah mereka ini?

Ala, yang suka main perkataan " I love you" dan perkataan geli-geli yang aku tak dapat ungkapkan.

Kalau dah memang serius, go on ! Take a move.

Pergi hantar rombongan meminang. Kalau dah perkara baik, buat apa hendak lambatkan?

Tapi tapi dan juga tapi....

Mestilah diri itu kena bersedia dulu. Jangan main aci redah sahaja. Orang kata berperang tanpa strategi, konfem kalah.Begitu juga dengan benda ini. Tanya diri sendiri dulu.

" Aku ni dah cukup ciri-ciri ke?"

" Dah ada sumber kewangan sendiri?"

"Boleh imamkan satu keluarga?"

" Sudah balas jasa ibu dan ayah"

Kalau sudah boleh kesemuanya, alhamdulillah. Kalau masih terlopong dan ternganga memikirkan jawapan,

" Alahai, cerminlah diri tu dulu ye. Cermin murah je"




Jaga diri sendiri dulu, baru hendak berangan hendak jaga orang lain dulu. Oppss, jangan lupa ibu bapa anda.

*
Oh ye , aku. Sudah bersedia belum. Mari jawapan chat mak aku yang jawabkan,

"Exam yang penting, bawa degree kat ibu dan ayah, nak tahu semalam pukul 5 pagi pergii Johor Bharu, sampai sini pkl 7.30mlm, lepas itu pergi kerja malam, sambung kerja pagi , pukul 10.30 pagi baru balik rumah.


Tak ada org nak tukar cuti, balik rumah  tidur kejap, pukul 12.50 bangun masak untuk noyang, kemas rumah , petang nak rewang lagi  kat surau, bayangkan penat ke tak, demi anak-anak ibu boleh buat semua tapi


 ADAKAH ANAK-ANAK AKAN BUAT BEGITU UTK IBU DAN AYAH MEREKA?


Tak payah beri duit, nak beri pun apa salahnya, tapi cukup kejayaan dan menyenangkan hati org tua'


Chat tanpa edit oleh Puan Norhamiza Hamdan kepada anak sulungnya, Syaufiq Effendy Ngaliman.

Drop the subject. Rest the case.


p/s:

1) Semakin menjadi-jadi false awakening -.-

2) Jangan tak percaya, mak aku memang baca blog ini. Hehe.

3) Belajar medic dalam arab takdalah teruk mana pun.

4) Thanks for the shirts. Awesome !

Friday, March 4, 2011

Realiti dan Mimpi





" Salam , ibu. Afiq ada suka seseorang. Satu universiti. Kalau boleh, hendak bertunang cepat-cepat. Kahwin itu tak mahu lagi la "


Antara kandungan mesej yang aku hantar kepada mak aku. Serius berani mati. Memang dah nekad rupanya aku ni. Ijazah belum dapat, tapi keinginan mahu berkahwin itu sudah sangat kuat. Sangat kuat sehinggakan housemates aku pun tidak mampu untuk menghalangnya. Semuanya sudah bulat dan tekad ketika ini.


Beberapa minit berselang, ibu aku call. Seperti dijangka, aura seram sejuk dapat dirasai oleh aku walaupun hanya sekadar call handphone.


Handphone aku masih berbunyi. Agak teragak-agak untuk menjawab panggilan yang tiba. Siapa yang tak seram kalau dah sampai part-part  hendak berpasangan ni.


Akhirnya,


"Afiq ! Apsal tetiba je nak bertunang ni. Dengan siapa yang nak bertunang ni?? Apsal gatal sangat?"


Oh, soalan skema yang sudah dijangka. Nasib baik aku sudah bersiap sedia dengan soalan itu. Biasalah kan, dah siap segala persiapan untuk diserang oleh ibu aku. Aku memang agak takut dengan ibu aku. Itu sebenarnya adalah fakta dan bukannya satu auta.


"Relaks. Afiq dah fikir masak-masak. Dia orang negeri ehem. Nama dia ehem-ehem. Baik orangnya. Ala, bertunang je dahulu. Bukan hendak kahwin. Boleh lah ibu kan kan? Ibu cubalah jumpa parents dia. Bincangkan eh. Dia pun ok je sebenarnya."


Lancar dan teliti aku menjawab dan menjelaskan kepada ibu aku. Segala gagap telah hilang begitu sahaja. Penat sungguh untuk menjelaskan kepada ibu aku. Tapi, alhamdulillah. Akhirnya, berjaya juga aku untuk meyakinkan ibu aku. Kini, semuana makin jelas dan juga mudah.


Aku dan si dia akan bertunang. Wah, semakin hampir nampaknya.


Syaufiq dan juga ......


(Kau rasa siapa?)


Mana boleh beritahu bukan? Bila masanya tiba nanti, barulah aku beritahu. Hehe.


*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Oh, sebenarnya itu hanyalah mimpi aku. Walaupun pada mulanya, memang aku menganggap yang semua itu adalah realiti. Yelah sebab dah memang aku merasakan yang benda itu betul-betul berlaku.


Realiti + fantasi. Ini sebenarnya point aku kali ini. Cerita atas itu sekadar mimpi aku yang aku sebagai realiti sahaja.


False awakening. 


" A false awakening is a vivid dream about awakening from sleep. After a false awakening, subjects often dream they are performing daily morning rituals such as cooking, cleaning and eating. The experience is sometimes called a double dream, or a dream within a dream. "


Ya, aku rasa aku sedang mengalami false awakening. Tak tahu lah bila kena ni. Normal ke tak ni?

Kalau false awakening sebab dapat mumtaz dalam final exam tak apalah juga. Ini pasal bertunang dan kahwin? Apa kejadahnya ?

Oh ya, mungkin sekarang tengah sindrom orang bernikah dan berkahwin. Aku pun terkena sekali ke? -.-

Ibu, gurau je. Hehe.

p/s:

1) mimpi itu memang betul.

2) Realitinya tak betul.

3) Siapa agaknya si dia? Eh, gatal !

4) Sedang mengalami false awakening. -.-'

5) Agak-agaknya aku normal tak ketika ini? Mental test? Cecite cecite.