Followers

Saturday, March 19, 2011

Atmosfera



Semua orang mahu menjadi yang terbaik.Sekurang-kurangnya lebih baik daripada diri mereka yang lalu. Apabila Tahun Baru Hijrah menjelma, azam dan tekad baru dilaungkan menandakan satu perubahan yang ingin dilakukan dalam diri.

Tetapi, sayangnya beberapa ketika kemudian, semangat itu mula luntur. Hilang begitu sahaja macam lalang yang ditiup angin. Satu persoalan boleh dilontarkan, mengapakah ini berlaku ?

Ianya merupakan satu perkara  yang normal sekiranya seseorang itu ingin berubah. Tetapi atmosfera sekeliling mereka yang tidak mengizinkan mereka untuk berbuat demikian.

*

Mira ialah seorang wanita yang tidak bertudung. Semenjak daripada kecil lagi dia memang mendedahkan rambutnya yang ikal mayang itu. Mungkin ini disebabkan kurangnya didikan oleh ibubapa dia ketika kecil lagi.
Tetapi, setiap perkara boleh berubah. Begitu juga manusia. Mira tergerak hatinya untuk mula bertudung. Dia melihat keayuan wanita-wanita yang bertudung. Sungguh menawan cantiknya. Lalu, dia mula melawan arus kehidupannya dengan ingin bertudung.


Tetapi, tak semuanya indah seperti yang diharapkan. Rakan-rakan yang membentuk atmosfera di sekeliling diri Mira seakan-akan mempersoalkan keputusan dia untuk bertudung.


"Eh kau ni, buang tebiat ke apa pakai tudung"


"Bajet baik lah kau. Pakai tudung pun kalau dah perangai buruk pun tak guna juga "


Dan banyak lagi kata-kata moral yang tak bagus.


Mira mula terkesan dengan segala kata-kata yang dilemparkan oleh orang-orang disekelilingnya. Semangatnya untuk bertudung mula luntur. Lama-kelamaan, dia kembali tidak bertudung.

*
Itu adalah antara contoh realistik yang mungkin selalu berlaku dalam kehidupan. Mungkin aku,kau dan kamu semua. Cuma untuk perkara yang berbeza sahaja.

Sehebat manapun seorang manusia itu, dia tetap memerlukan orang lain dalam hidupnya. Nabi Muhammad sendiri memerlukan para sahabat dalam perjuangannya untuk menegakkan agama Islam. Cubalah bayangkan, jika tanpa bantuan para sahabat mungkin Rasulullah tidak berjaya dalam perjuangan banginda.

Apa yang aku cuba hendak perkatakan disini ialah kita hendaklah menyokong kawan-kawan kita yang sedang berusaha ke arah yang lebih baik. Bukannya menjatuhkan kawan kita itu. Inilah realiti kehidupan masa kini. Bila seseorang itu membuat perkara yang baik, mesti sangkaan yang buruk datang menjelma dalam fikiran terlebih dahulu. Tidak bolehkah kita bersifat husnuzon(bersangka baik)?

Sebut mengenai husnuzon, memang agak susah sebenarnya kita untuk bersikap husnuzon dalam hidup kita. Kadang-kadang, kita lebih cenderung kepada sikap suu'zon(bersangka buruk) terhadap seseorang. Tak semestinya, seseorang yang pakaiannya kurang Islamik(tapi menuruti definisi aurat) tak baik. Dan juga tak semestinya seseorang yang berkopiah putih dan berjubah itu dalamannya baik?

Definis baik itu tidak mengikut dasar pakaian semata-mata, tetapi juga daripada segala aspek. Iman adalah melitupi semua aspek kehidupan kita. Ingat itu ya.

Jadi, apa yang aku boleh simpulkan disini ialah:

1) Sokonglah kawan-kawan kita yang berubah ke arah kebaikan bukannya memerli mereka.

2) Sentiasa bersikap husnuzon bukannya suuzon.

Jadilah atmosfera yang baik, bukannya buruk.

p/s:

20 Mac tarikh buka kuliah. Banyak implikasinya. Baik dan juga buruk.

2 comments:

nemesis3891 said...

apa baik buruknya abang syaufiq?

Syaef said...

abang abrar nak tahu ya? entri lain kali lah. hihi