Followers

Wednesday, March 23, 2011

Realiti



Entri ini memang tulus ikhlas daripada hati. Kalau rasa elok,ambil pengajaran. Kalau rasa tak elok, buang jauh-jauh. Sebelum itu, minta maaf terlebih dahulu.

Siswa Akademi Al-Quraan Medik Malaysia(sila baca AQ selepas ini) dan Perubatan Cawangan Zagazig (sila baca PCZ selepas ini).

Alkisahnya, PCZ dan juga AQ adalah dua buah persatuan yang menaungi kumpulan pelajar Malaysia terutamanya pelajar perubatan di Zagazig. Kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama. Menjaga kebajikan pelajar.

Tetapi, dah memang adat politik orang Melayu rasanya, siswa AQ dan PCZ tak boleh nak ngam. Pelik betul.
Aku bukannya hendak back up sesiapa pun. PCZ  dan siswa AQ sama-sama penting dalam hidup aku sebagai seorang pelajar medik di Universiti Zagazig.  Ya, aku pasti tak ramai yang menganggapkan begini. Mereka itu lebih gemar untuk bersikap "berat sebelah".Aku, kau dan  semua, mengapakah tidak boleh untuk berfikir dengan lebih matang ? Lebih toleransi. Bukankah itu lebih manis?

Benar, memang aku datang ke Mesir melalui AQ. Tetapi bila sampai di Zagazig, skop itu perlu diperluaskan. Tak semua yang berada di Zagazig itu merupakan pelajar AQ bukan ? Jadinya, disini bermulanya kepada PCZ. PCZ adalah untuk semua. Tak kira kau adalah pelajar AQ, yayasan Sabah ataupun yang lain-lain. Tak ke pelik? pelajar Yayasan Sabah untuk menganggotai siswa AQ.

Oh, nampaknya aku seakan-akan pro PCZ. Betul bukan ?

Rasanya semua sudah sedia maklum apabila seseorang itu melanjutkan pelajaran ke Mesir melalui Akademi Al-Quraan Medik Malaysia, dia secara rasminya adalah merupakan Siswa AQ? Benar? Tepat sekali. Jadinya, mengapakah hendak menafikan kenyataan itu? Tanpa AQ, kebanyakan daripada kita mungkin tidak menjejakkan kaki ke Zagazig. Tak perlu untuk kita mengutuk AQ, hormati sahaja. Senang bukan ? Begitu juga dengan PCZ. Hormati sahaja. Tak payah mengutuk. Buang air liur sahaja. Tambah dosa lagi adalah.

"Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaumperempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya Yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu Dengan Yang lain Dengan gelaran Yang buruk. (Larangan-larangan Yang tersebut menyebabkan orang Yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim."....


(Al-hujurat:11)

Tak peliklah jika result exam pelajar-pelajar di Zagazig kurang memberangsangkan. Mungkin Allah telah meletakkan hijab untuk berjaya disebabkan "pergaduhan" yang remeh temeh ini. Pernah tak terfikir begini? Kemunduran orang Islam sekarang ini bukan disebabkan oleh kekuatan orang bukan Islam, tetapi disebabkan oleh perpecahan yang berlaku dalam kalangan orang Islam itu sendiri. Kerjasama. Ini yang diperlukan. Jika benar siswa AQ dan PCZ  serius dalam menjaga kebajikan pelajar, berkerjasamalah. Bukankah lebih mudah dan teratur. Kedua-dua pihak sama-sama menang.

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."


As-Saff,4

Oh ya lagi satu, kepada saf kepimpinan siswa AQ dan PCZ. Anda semua telah diberi tanggungjawab. Tanggungjawab itu nanti yang menjadi pemberat kepada timbangan amalan anda. Tunjukkanlah contoh yang baik kepada ahli biasa. Kalau saf kepimpinan dah bercelaru, apatah lagi orang dibawah. Kalau akar tak kukuh, tak mustahil bukan sebatang pokok itu hendak tumbang ?Kalau tak boleh jadi yang terbaik dalam memimpin, sekurang-kurangnya berusaha sehabis baik dalam memimpin. Disiplin hendaklah dijaga. Baru orang hendak respect!

Jadi, konklusinya

1) K.E.R.J.A.S.A.M.A

2)Tidak payah susah-susah mencari kesalahan orang lain. Lebih baik cari kesalahan diri sendiri.

3)Tak payah susah-susah mengutuk. Buang air liur. Tambah dosa.

4) Kita pelajar bukan? Berfikirlah sebagaimana orang yang belajar.

Selesai.

Eh, kau dan kau semua hendak pangkah dan paku aku? Dipersilakan~

p/s:

1) Misi baru: Sehari, satu jar di Museum Anatomy.

2) Exam Histo lagi. Tak sabar hendak jawab!(Tapi sangat tak suka tahu result).

2 comments:

kuti.kura said...

mantap..erk,nak tya..exam histo tuh,exam ape?tajuk pe?

Syaef said...

bone and blood,

exam biasa. carry marks untuk final

bukan mid term