Followers

Monday, March 7, 2011

Sememangnya Realiti



Ya, memang banyak reaksi yang aku dapat selepas menulis entri Realiti dan Mimpi . Semuanya berpakat mengatakan aku sudah gatal sangat hendak berkahwin dan segala bagai.Padahal cuma mimpi sahaja. False awakening. Memang tidak dapat dinafikan yang pada usia remaja inilah keinginan untuk berpasangan itu meluap-luap. Ala, macamlah kau tak merasakannya juga. Betul bukan?

Tapi, sebagai seorang kanak-kanak yang baru menginjak umur 18 tahun, aku sedar akan realiti ketika ini. Belajar dan belajar. Itulah realitinya ketika ini. Perkara lain tolak ketepi dulu.

Mari aku senaraikan beberapa sebab yang logik dan munasabah mengapa tidak sesuai untuk berkahwin semasa belajar.

1) Kewangan. Ya, ini sememangnya aspek paling utama. Perkara inilah yang perlu dititik beratkan oleh si kaum lelaki terutamanya. Kalau diri sendiri pun tidak terjaga apatah lagi hendak menjaga anak orang bukan? Lagipun, sedarlah sikit. Minum makan dan pakai pun emak ayah masih tanggung, ada hati hendak menanggung anak orang lain.

" Lelaki adalah mereka yang menanggung, bukannya yang ditanggung".


2) Seterusnya ialah komitmen. Tak semua orang mampu untuk menanggung komitmen yang berlebihan. Maksudnya disini, komitmen kepada masjid yang hendak dibina. Come on ! Ini adalah medik. Medik memerlukan segala tumpuan dan tanggungjawab kau sepenuhnya. Kalau semasa single pun dah terkontang kanting, apatah lagi semasa berpasangan. Aku tak kata semua macam ini. Ada ramai sahaja yang mampu membahagikan komitmen mereka dengan sempurna.

Ok, jangan salah faham. Aku tak kata mereka yang sudah berkahwin semasa belajar itu salah dan tak betul. Tak maksudkan macam itu pun. Ada sahaja yang yang berjaya dalam pelajaran walaupun sudah berkahwin. Cuma nak katakan mereka yang dok gatal sangat nak kahwin ni. Siapakah mereka ini?

Ala, yang suka main perkataan " I love you" dan perkataan geli-geli yang aku tak dapat ungkapkan.

Kalau dah memang serius, go on ! Take a move.

Pergi hantar rombongan meminang. Kalau dah perkara baik, buat apa hendak lambatkan?

Tapi tapi dan juga tapi....

Mestilah diri itu kena bersedia dulu. Jangan main aci redah sahaja. Orang kata berperang tanpa strategi, konfem kalah.Begitu juga dengan benda ini. Tanya diri sendiri dulu.

" Aku ni dah cukup ciri-ciri ke?"

" Dah ada sumber kewangan sendiri?"

"Boleh imamkan satu keluarga?"

" Sudah balas jasa ibu dan ayah"

Kalau sudah boleh kesemuanya, alhamdulillah. Kalau masih terlopong dan ternganga memikirkan jawapan,

" Alahai, cerminlah diri tu dulu ye. Cermin murah je"




Jaga diri sendiri dulu, baru hendak berangan hendak jaga orang lain dulu. Oppss, jangan lupa ibu bapa anda.

*
Oh ye , aku. Sudah bersedia belum. Mari jawapan chat mak aku yang jawabkan,

"Exam yang penting, bawa degree kat ibu dan ayah, nak tahu semalam pukul 5 pagi pergii Johor Bharu, sampai sini pkl 7.30mlm, lepas itu pergi kerja malam, sambung kerja pagi , pukul 10.30 pagi baru balik rumah.


Tak ada org nak tukar cuti, balik rumah  tidur kejap, pukul 12.50 bangun masak untuk noyang, kemas rumah , petang nak rewang lagi  kat surau, bayangkan penat ke tak, demi anak-anak ibu boleh buat semua tapi


 ADAKAH ANAK-ANAK AKAN BUAT BEGITU UTK IBU DAN AYAH MEREKA?


Tak payah beri duit, nak beri pun apa salahnya, tapi cukup kejayaan dan menyenangkan hati org tua'


Chat tanpa edit oleh Puan Norhamiza Hamdan kepada anak sulungnya, Syaufiq Effendy Ngaliman.

Drop the subject. Rest the case.


p/s:

1) Semakin menjadi-jadi false awakening -.-

2) Jangan tak percaya, mak aku memang baca blog ini. Hehe.

3) Belajar medic dalam arab takdalah teruk mana pun.

4) Thanks for the shirts. Awesome !

2 comments:

aLong baik said...

andaa sudah insaf?

Syaef said...

adiy : anda bila lagi ?