Followers

Thursday, April 28, 2011

Cermin Mata



Semakin malas nampaknya menulis dalam blog. Kalau dulu, bukan main teruja post entri. Takpa, lepas ini akan jadi lebih rajin untuk post. Eh, tak sedar diri mahu exam nampaknya. Haha. Sebab nak dekat examlah, makin jarang post kat blog. Okay, berazam ! 2-3 hari, mesti ada sekurang-kurangnya satu post.

Apa pun, tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Tadi, baru sahaja buat cermin mata baru. Cermin mata ke 6 dalam tempoh masa 3 tahun. -.-'

Cermin mata yang pertama bertahan untuk temph masa lebih kurang 6 bulan.Kedua pula 2 bulan, yang ketiga 3 bulan, yang keempat setahun 3 bulan, kelima 4 bulan dan yang keenam, sekarang ini. Pfftt!

Ada badi cermin mata ke aku ni (?) Haih, asyik beli cermin mata baru je.

Haha. Mungkin sebab aku ganas sangat kot pakai cermin mata. Tu yang asyik terpatah dan retak cermin sahaja. Ish Ish.

Jadinya, harap cermin mata baru ini akan bertahan untuk berjuang bersama-sama aku. Ecewah.

Semoga cermin mata Syaufiq Effendy akan kekal tak patah-patah. Amin.

*
Exam sudah semakin hampir. 11 Mei macam dah melambai-lambai mesra sahaja. Tapi, tak tahulah mengapa, aku macam tak rasa takut sangat. Ceh ! Kau ingat kau hebat ke syaufiq oi.

Oh ya, mungkin sebab periksa practical dulu. Belum exam written lagi. -.-'

*

Mesir sekarang sedang mengalami daylight saving(Yelah kot !) . Maknanya, siang lagi panjang daripada malam. Bunyinya macam best bukan. Haih.

Subuh pukul 3 lebih sekarang ini tahu tak (?) Pergh. Memang sakit nak bangun tepat on the time. Dahlah tidur pukul 12 lebih. Ciss !

*
Kelas aku dah ada blog. Ecewah. Semangat benar ya ! Hik hik.

Blog A1 Tahun Satu Unversiti Zagazig.

Sengaja besarkan tulisan. Keh keh.

*

Ok, dah tiada idea nak tulis apa.

Sunday, April 17, 2011

Mari mumtaz.



Entri tengah malam.

Makin lama, makin sibuk . Banyak kerja perlu diselesaikan. Itu dan ini. Banyak ! Macam tak cukup tangan pula nak handle semua perkara.

1) Revision final exam.

2) Lihat jar di muzium.

3) Laporan kewangan upi.

4) Tugasan zap.

Itu adalah antara benda-benda yang perlu untuk diselesaikan. Banyak. Memang banyak ! Tapi, apa kes (?) Lagi banyak kerja, lagi bagus sebenarnya. Sebabnya, jika kita sibuk, kita akan lebih tahu mengurus diri kita. 24 jam yang Allah beri itu memang Allah dah susun molek untuk digunakan manusia. Tiada istilah tidak cukup masa, Yang salahnya ialah manusia sendiri, sama ada mereka pandai menggunakan masa atau tidak.

Al-Asyr, 1-2

Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

Mahukah kita jadi orang yang rugi (?) Tepuk dada, tanya iman.

Baca blog kawan, Rang tadi. Sangat benar yang dia cakap.

You have to aim high, to get the greatest result.

Yup, mind set kena letak hanya " MUMTAZ". Tiada jayyid dan juga jayyid jiddan. Mumtaz sahaja !

Anatomy, Biochemistry, Histology dan Physiology.

Semua ini kacang ja. Tak adalah susah mana pun. (Fikiran mesti sentiasa positif)

Baiklah, Syaufiq Effendy bin Ngaliman mumtaz final exam. InsyaAllah.

Doakan :)

Saturday, April 16, 2011

AWARD





Dah lama tak buat awards dan tags. Tanpa disangka , hari ini dapat award daripada Kak Ecah . Cool Blogger Award . Coolio.

Jadinya, tribute kepada kak Siti Aishah binti Md Radzi kerana memberikan award. Ecewah. Jika mahu mengenali lebih lanjut puan pemberi awards, bolehlah klik sini .

Penjelasan ringkas mungkin,

* Sedang belajar di Universiti Zagazig. Kuliah perubatan.

* Pelajar tahun dua. Jadinya, dia adalah senior satu tahun. Hello, senior !

* Merupakan bendahari Zagazig Academic Panelist (I'm physiology panelist by the way. Hehe )

* Kami pernah berdebat bahasa Melayu sempena pertandingan debat pcz. Ketika itu, dia adalah Ketua Pembangkan dan aku merupakan Menteri Kedua pihak kerajaan. Dan, dia mendapat pendebat terbaik walaupun pihak kerajaan yang menang. -.-'

*Senang diminta pertolongan. Hehe. Nak banyak-banyak nota lagi. (Amboih. Mengada-ngada )

LINK BACK TO THE PERSON THAT GIVE YOU AWARD

Siti Aishah binti Md Radzi

SHARE 7 RANDOM ABOUT YOURSELF

1. Boleh panggil Syaufiq, Afiq, Fiq, Syaef, Copik dan Copek. Tapi, tak payahlah panggil Effendy atau yang sewaktu dengannya. Tak gemar.I don't know why (?) Nama glamour sangat mungkin. Low profile sudah.

2. Sangat sangat sangat suka baca novel. Peminat tegar Hlovate.

3. Sangat suka akan sejarah. Tak kisahlah sejarah Malaysia, dunia, eropah mahupun India. We learn from the past right (?)

4. Tak suka minum susu. Err, kali terakhir minum susu masa umur 7 tahun kot. Itu pun, rasa nak termuntah. Tak tahu kenapa tak suka susu. -.-

5. Selalu bersemangat. Memang sikap daripada kecil lagi kot. Selalu excited bila buat sesuatu kerja walaupun orang lain kureng. -.-

6. Sangat pendiam bila dalam realiti. Tapi, sangat peramah bila dalam dunia maya. I don't know why. Maybe, multiple characters disorder.

7. Mempunyai impian untuk jadi seorang penulis novel dan juga ahli politik. Pergh. Tinggi betul cita-cita !

AWARDS 5 RECENTLY DISCOVERED THE BLOG

1) Meiji

2) Nedd

3) Aini

4) Muja

5) Farez Syinon

DROP THEM A NOTE AND TELL THEM ABOUT IT

Ok, seriously said, " Diaorang sibuk kot". Tapi, kalau kalian semua bisa meluangkan masa seketika menjawab award ni , apa salahnya ye dak (?) Haha.

Habis. Terima kasih ~

Monday, April 11, 2011

Konservatif



Konservatif.

Hari ini aku mahu cerita sikit mengenai konservatif. Apakah yang konservatifnya (?)

Setiap ibu bapa mempunyai cara yang tersendiri dalam mendidik anak-anak mereka. Ada yang konservatif dan ada yang moden juga. Bagi aku dan adik-beradik yang lain, ibu dan ayah membesarkan anak mereka ini dengan cara yang agak konservatif. Memang gaya kampung-kampung dulu. Terutamanya aku. Hehe.

Dulu-dulu, aku selalu takut dengan ibu aku. Sebab apa (?) Sebab, kalau tak dapat markah yang baik dalam exam, maka akan dimarah. Nombor 5 dan dan nombor 6 adalah satu nombor yang malapetaka. Yang bagus hanyalah nombor 1,2 dan 3. Dulu aku selalu fikir adakah segala usaha aku tak dipandang oleh ibu aku sendiri. Sampai pernah menangis tahu ! Tapi, bila dah makin jadi matang dan besar, aku sangat berterima kasih. Mentaliti mahu sentiasa menjadi terbaik. Itu adalah hasil kepada pengajaran gaya konservatif ibu aku. :)

Kemudiannya, kami adik beradik tak pernah merasai nikmat Astro dirumah. Jiran-jiran sebelah asyik duduk pasang Astro. Kadang-kadang rasa cemburu juga. Kawan asyik dok cerita tentang cerita itu, cerita inilah. Tapi, kami duduk terlopong je lah kan. Rasanya dah jemu kami adik beradik minta dengan ibu dan ayah untuk pasang Astro kat rumah. Tapi, tetap tak pasang juga. Hehe. Konservatif lah jugakan (?) Ibu dan ayah tahu akan segala yang terbaik untuk anaknya. Hasilnya, kami semua tak dok leka dengan tv sampai tak belajar. Hehe.

Apa yang konservatifnya lagi (?)

Ya, aku masih ingat lagi. Masa sekolah rendah dulu, ibu dan ayah menghantar aku ke kelas tambahan straight 7 kali seminggu. Wah, macam robot. Yup, dulu aku memang berfikir begitu. Macam robot. Tapi, lama kelamaan, akhirnya kesedaran itu datang. Aku menjadi manusia yang suka pergi kelas tak kiralah kelas rasmi atauppun sekadar kelas tambahan sahaja. Pembentukan sikap suka kelas ini adalah hasil daripada gaya konservatif ibu dan ayah terhadap anak mereka. Ibu bapa kita memang tahu apa yang terbaik untuk diri kita bukan (?)

Pagi-pagi, pukul 5 kami adik beradik sudah dikejutkan. Awalnya ! Kemudian pukul 6, kami semua sudah berada dalam kereta untuk ke sekolah. Awal gila ! Ibu biasanya kerja sebelah pagi, jadi alang-alang ibu dah masuk kerja pagi, kami adik beradik pun kena pergi awal pagi. Semangat bukan (?) Sikap datang awal ke sekolah itu telah menjadi dalam kebiasaan hidup. Jadi tak hairanlah jika aku memang jenis yang suka datang awal dan semangat ke sekelas. Bukan nak perasan tetapi kredit untuk ibu dan ayah . :)

Banyak lagi. Dah tak larat nak tulis. Apa yang hendak disampaikan disini ialah ibu bapa lah yang membentuk yang keperibadian diri kita. Tak dapat disangkal lagi fakta itu.

Tribute to my mom and dad :)

P/s :

1) Final makin dekat. Hooray !

2) Cuak itu semestinya. -.-

Wednesday, April 6, 2011

Emo



Sensitif. Touching.

Biasanya, hal touching dan sensitif ini dikaitkan dengan kaum perempuan. Tapi, hakikatnya aku memang mudah sensitif dan cepat touching. Pergh. Tak cool langsung kan (?)

Aku rasa mungkin disebabkan genetik. Ibu selalu cerita yang monyang ini jenis orang yang cepat terasa. Mudah merajuk.  Jadi, aku fikir aku telah mendapat sedikit sebanyak chromosomes "touching". :)

Dan, minggu ni memang banyak yang membuatkan aku terasa. Tiba-tiba je jadi mudah sensitif. Ish. Mungkin disebabkan final exam yang semakin dekat. Hormone regulation dah jadi tak stabil.

Jadi, nak minta maaf awal-awal kepada semua. Kalau ada apa-apa yang diri ni buat jadi emo tak tentu pasal. Haraf maaf sangat-sangat.  Dan , kalau boleh jangan bergurau overload. Nanti, tak pasal kena jerit dengan aku. Haha.

ouh. Entri yang kureng. Dah lama tak tulis luahan hati. Hehe.