Followers

Thursday, April 28, 2011

Cermin Mata



Semakin malas nampaknya menulis dalam blog. Kalau dulu, bukan main teruja post entri. Takpa, lepas ini akan jadi lebih rajin untuk post. Eh, tak sedar diri mahu exam nampaknya. Haha. Sebab nak dekat examlah, makin jarang post kat blog. Okay, berazam ! 2-3 hari, mesti ada sekurang-kurangnya satu post.

Apa pun, tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Tadi, baru sahaja buat cermin mata baru. Cermin mata ke 6 dalam tempoh masa 3 tahun. -.-'

Cermin mata yang pertama bertahan untuk temph masa lebih kurang 6 bulan.Kedua pula 2 bulan, yang ketiga 3 bulan, yang keempat setahun 3 bulan, kelima 4 bulan dan yang keenam, sekarang ini. Pfftt!

Ada badi cermin mata ke aku ni (?) Haih, asyik beli cermin mata baru je.

Haha. Mungkin sebab aku ganas sangat kot pakai cermin mata. Tu yang asyik terpatah dan retak cermin sahaja. Ish Ish.

Jadinya, harap cermin mata baru ini akan bertahan untuk berjuang bersama-sama aku. Ecewah.

Semoga cermin mata Syaufiq Effendy akan kekal tak patah-patah. Amin.

*
Exam sudah semakin hampir. 11 Mei macam dah melambai-lambai mesra sahaja. Tapi, tak tahulah mengapa, aku macam tak rasa takut sangat. Ceh ! Kau ingat kau hebat ke syaufiq oi.

Oh ya, mungkin sebab periksa practical dulu. Belum exam written lagi. -.-'

*

Mesir sekarang sedang mengalami daylight saving(Yelah kot !) . Maknanya, siang lagi panjang daripada malam. Bunyinya macam best bukan. Haih.

Subuh pukul 3 lebih sekarang ini tahu tak (?) Pergh. Memang sakit nak bangun tepat on the time. Dahlah tidur pukul 12 lebih. Ciss !

*
Kelas aku dah ada blog. Ecewah. Semangat benar ya ! Hik hik.

Blog A1 Tahun Satu Unversiti Zagazig.

Sengaja besarkan tulisan. Keh keh.

*

Ok, dah tiada idea nak tulis apa.

No comments: