Followers

Monday, April 11, 2011

Konservatif



Konservatif.

Hari ini aku mahu cerita sikit mengenai konservatif. Apakah yang konservatifnya (?)

Setiap ibu bapa mempunyai cara yang tersendiri dalam mendidik anak-anak mereka. Ada yang konservatif dan ada yang moden juga. Bagi aku dan adik-beradik yang lain, ibu dan ayah membesarkan anak mereka ini dengan cara yang agak konservatif. Memang gaya kampung-kampung dulu. Terutamanya aku. Hehe.

Dulu-dulu, aku selalu takut dengan ibu aku. Sebab apa (?) Sebab, kalau tak dapat markah yang baik dalam exam, maka akan dimarah. Nombor 5 dan dan nombor 6 adalah satu nombor yang malapetaka. Yang bagus hanyalah nombor 1,2 dan 3. Dulu aku selalu fikir adakah segala usaha aku tak dipandang oleh ibu aku sendiri. Sampai pernah menangis tahu ! Tapi, bila dah makin jadi matang dan besar, aku sangat berterima kasih. Mentaliti mahu sentiasa menjadi terbaik. Itu adalah hasil kepada pengajaran gaya konservatif ibu aku. :)

Kemudiannya, kami adik beradik tak pernah merasai nikmat Astro dirumah. Jiran-jiran sebelah asyik duduk pasang Astro. Kadang-kadang rasa cemburu juga. Kawan asyik dok cerita tentang cerita itu, cerita inilah. Tapi, kami duduk terlopong je lah kan. Rasanya dah jemu kami adik beradik minta dengan ibu dan ayah untuk pasang Astro kat rumah. Tapi, tetap tak pasang juga. Hehe. Konservatif lah jugakan (?) Ibu dan ayah tahu akan segala yang terbaik untuk anaknya. Hasilnya, kami semua tak dok leka dengan tv sampai tak belajar. Hehe.

Apa yang konservatifnya lagi (?)

Ya, aku masih ingat lagi. Masa sekolah rendah dulu, ibu dan ayah menghantar aku ke kelas tambahan straight 7 kali seminggu. Wah, macam robot. Yup, dulu aku memang berfikir begitu. Macam robot. Tapi, lama kelamaan, akhirnya kesedaran itu datang. Aku menjadi manusia yang suka pergi kelas tak kiralah kelas rasmi atauppun sekadar kelas tambahan sahaja. Pembentukan sikap suka kelas ini adalah hasil daripada gaya konservatif ibu dan ayah terhadap anak mereka. Ibu bapa kita memang tahu apa yang terbaik untuk diri kita bukan (?)

Pagi-pagi, pukul 5 kami adik beradik sudah dikejutkan. Awalnya ! Kemudian pukul 6, kami semua sudah berada dalam kereta untuk ke sekolah. Awal gila ! Ibu biasanya kerja sebelah pagi, jadi alang-alang ibu dah masuk kerja pagi, kami adik beradik pun kena pergi awal pagi. Semangat bukan (?) Sikap datang awal ke sekolah itu telah menjadi dalam kebiasaan hidup. Jadi tak hairanlah jika aku memang jenis yang suka datang awal dan semangat ke sekelas. Bukan nak perasan tetapi kredit untuk ibu dan ayah . :)

Banyak lagi. Dah tak larat nak tulis. Apa yang hendak disampaikan disini ialah ibu bapa lah yang membentuk yang keperibadian diri kita. Tak dapat disangkal lagi fakta itu.

Tribute to my mom and dad :)

P/s :

1) Final makin dekat. Hooray !

2) Cuak itu semestinya. -.-

1 comment:

syaidatina amirah said...

kenapa kau suka tulis tanda soal macam ni (?)