Followers

Sunday, April 17, 2011

Mari mumtaz.



Entri tengah malam.

Makin lama, makin sibuk . Banyak kerja perlu diselesaikan. Itu dan ini. Banyak ! Macam tak cukup tangan pula nak handle semua perkara.

1) Revision final exam.

2) Lihat jar di muzium.

3) Laporan kewangan upi.

4) Tugasan zap.

Itu adalah antara benda-benda yang perlu untuk diselesaikan. Banyak. Memang banyak ! Tapi, apa kes (?) Lagi banyak kerja, lagi bagus sebenarnya. Sebabnya, jika kita sibuk, kita akan lebih tahu mengurus diri kita. 24 jam yang Allah beri itu memang Allah dah susun molek untuk digunakan manusia. Tiada istilah tidak cukup masa, Yang salahnya ialah manusia sendiri, sama ada mereka pandai menggunakan masa atau tidak.

Al-Asyr, 1-2

Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

Mahukah kita jadi orang yang rugi (?) Tepuk dada, tanya iman.

Baca blog kawan, Rang tadi. Sangat benar yang dia cakap.

You have to aim high, to get the greatest result.

Yup, mind set kena letak hanya " MUMTAZ". Tiada jayyid dan juga jayyid jiddan. Mumtaz sahaja !

Anatomy, Biochemistry, Histology dan Physiology.

Semua ini kacang ja. Tak adalah susah mana pun. (Fikiran mesti sentiasa positif)

Baiklah, Syaufiq Effendy bin Ngaliman mumtaz final exam. InsyaAllah.

Doakan :)

2 comments:

nemesis3891 said...

takuuut....

ya Allah kurniakan kami result terbaik..

zida said...

wah wah lama tak tegur ko, lama tak singgah sini. ma'an najah wa taufiq ;)