Followers

Tuesday, May 31, 2011

Anatomy Exam



Alhamdulillah. Exam Anatomy sudah habis. Syukur ! Mungkin tidak perfect tapi InsyaAllah ok.

Aku bukanlah seorang yang sangat sangat rajin. Biasa-biasa sahaja. Dah lah dua hari straight demam masa ada gap hari itu. Langsung tak buka  buku. Apabila dengar dan tengok orang lain study banyak-banyak, memang rasa cemburu. Selalu terfikir mengapalah aku tak rajin sangat macam diorang (?)

Tapi Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan dan peluang untuk study semua dengan baik. Allah memang Maha Pemurahkan.

Anyway, serba sedikit tentang exam Anatomy yang sudah berlalu.

Written

Pertama kali jawab periksa bertulis di negara orang. Memang agak berbeza dengan di Malaysia. Ramai-ramai sumbat dalam satu dewan. Kemudiannya, ramai je pelajar Arab yang kantoi meniru. -.-"

Soalan dia, pergh ! Memang terbaiklah. Uterus juga yang keluar. Haha. Baca camtu sahaja untuk Uterus. Nasib baik soalan Yolk Sac dibatalkan. Kalau tak, memang nak jawab Placenta lah. ;p

Act, sejam sebelum masa habis dah boleh kira habis jawablah. Then semak-semaklah. 10 minit terakhir, keluar awal dari dewan exam sebab tak tahan nak pergi tandas. Haha.

1) Deltoid Muscle: Ok

2) Brachial Artery: Ok

3) Surface Anatomy of Heart : Ok

4) Typical Intercostal Nerves: Ok. Ada facts dia yang terlupa. So, main ikut imaginasi lah. Hehe

5) Rectus Sheath: Ok

6) Liver: Half-half. Haha

7) Uterus: Ok, ini aku main bantai jugalah. Bila check balik, nasib baik yang bantai tu mengenalah juga. Alhamdulillah ;)

8) Splenic Artery: Ok.

9) Synovial Joint: Ok

Overallnya, Alhamdulillah. Maybe tak perfect dan banyak salah. Tapi tetap bersyukur. Usaha sudah, tawakal je lah. Kun fayakun bukan (?) Kalau Allah kata tang tu, yang terjadinya tang tu lah.

So, mari kawab-kawan semua, jangan lokek dan jangan rasa malas untuk menadah tangan kita memohon pertolongan daripada-Nya. Ingat, Allah itu Maha Berkuasa ya, kawan-kawan.

Oral

Memang adventure betul oral exam aku. Hehe. Ada dua section. Satu section kena 8-10 soalan. Pergh. Memang terbaiklah. Aku nak buat apa lagi ? Doctor tu menadah jawapan je. Hehe. Jawab je lah.

Ikut nasiblah bukan (?) Ada yang dapat doc yang bagi soalan sikit dan kemudiannya doc itu bantu pelajar beritahu jawapan. But, I'm not. Kena fikir jawapan sendiri. Senyum je lah.

Disinilah pentingnya ketenangan dan pertolongan daripada Allah. First sekali, kena sentiasa cool. Jangan gelabah ! Then selawat banyak-banyak. InsyaAllah, Allah permudahkan. :)

Markah ?

Untuk bahagian Abdomen dan Pelvis, aku try tanya doc tu, dia cakap secret. Eceh. Berdebar !

Untuk Upper Limb and Thorax, aku lupa nak tanya sebab rasa gembira boleh jawab dengan agak agak cemerlang. Alhamdulillah :)

Ok, Anatomy sudah berlalu. Semoga apa yang dah belajar selama ini pasal Anatomy akan terus ingat dalam kepala dan diamalkan. Ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah bukan (?)

Kita belajar memang salah satu tujuan dia adalah untuk cemerlang dalam exam. Tapi yang lebih penting sekali dan paling atas sekali, mestilah belajar untuk Allah. Apabila kita belajar untuk Allah, insyaAllah tujuan-tujuan yang lain kita dapat.

Ok, next is Biochemistry !

Please please please, kamu jangan nakal ya Encik Biochemistry !

Friday, May 27, 2011

Sejenak



Susahnya belajar kalau bukan kerana Allah. :(

Apa-apa yang dipelajari semuanya hanya bertahan sementara sahaja.

Kejap-kejap ingat, kejap-kejap lupa . :(

Memang susah hendak belajar kerana Allah.

Tapi kena cuba dan sentiasa cubakan ?

InsyaAllah.

Ya Allah, ikhlaskanlah aku belajar kerana-Mu.

Monday, May 23, 2011

Expectation



Tension, pressure !

Anatomy masih banyak lagi yang perlu diingat dan dihafal. Rasa nak termuntah pun ada.

Haha. Tapi apabila dah musim exam begini, mulalah rasa touching lebih-lebih. :P

"Syaufiq rajin dan pandai"

Peoples always said that eventhough I've denied it. 

Kadang-kadang, ianya membawa pressure yang banyak kepada diri.

Pressure untuk memenuhi expectation.

Yup, I'm a person with a high target and expectation.

Tak hairanlah sebab daripada kecil dah ditanamkan mind set untuk jadi yang terbaik.

Then, apabila gagal atau kurang berjaya, ianya menyebabkan tekanan yang agak besar juga.

I'll will not loss to the others, but I'll loss because of myself.

Act, aku tahu yang diri aku ni pandai tapi negatif thinking yang menyebabkan kepandaian kita hilang camtu ja.

That's why when peoples said that I so-called "Rajin dan Pandai", honestly I felt quite proud too,. Sikit ja ok?

Sebabnya, orang lain mengakui kebolehan diri ini. Thanks.

Siapakah kata aku tak pernah gagal dan asyik berjaya ja ?

Well, gagal Add Math time Form 4. Then , yang paling sakit ialah masa spm.

10 A's takdelah teruk mana. Tapi disebabkan aku daripada sekolah yang hebat dan dikelilingi pula orang-orang yang hebat, kadang-kadang rasa rendah diri juga dengan result yang camtu.

Sebab itulah, result final exam first year ini mestilah Mumtaz !

Why ? To live the people's expectation towards me.
















Monday, May 16, 2011

Practical

Alhamdulillah. Selesai sudah peperiksan praktikal untuk Anatomy, Biochemistry, Histology dan Physiology. Tak sempurna tapi rasa bersyukur.

4 kertas sudah lepas, tinggal lagi 8 sahaja. Oh, mengapakah orang selalu melupakan exam English (?) Ada 9 lagi kertas untuk ditempuhi. :)

Practical Biochemistry

Alhamdulillah. InsyaAllah tiada apa-apa masalah sangat dengan practical Biochemistry. Siap boleh bawa masuk scheme lagi. Hehe :)

Practical Histology

Alhamdulillah. Mungkin ada sedikit silapa. Entahlah. InsyaAllah, high marks lah tu .. ~

Practical Physiology

Alhamdulillah. Dapat doctor yang baik dan sangat supportive. InsyaAllah full marks. Amin ..~

Practical Anatomy

Alhamdulillah. Ada je 2-3 yang silap. Careless mistakes. :(

Sebelum itu, sudah dapat tahu markah Test Histo sebelum sebelum ini. Alhamdulillah. Ada sebab untuk berasa sedikit gembira.

1st Test : 10/10

2nd Test : 9.5/10

3rd Test: 8.5/10

Overall: 28/30

InsyaAllah, lagi bersemangat mahu kejar yang lagi baik !

Sekian.

(Terasa nada kemalasan yang amat sangat untuk update blog !)

Sunday, May 8, 2011

Saya dan Ibu.

Bismillah.

Setiap orang ada ibu,
Siapakah yang lahir tanpa ibu (?)
Tiada,
Tanpa seorang manusia bernama ibu,
Tiadalah saya, anda dan kamu semua.

Seperti orang lain,
Saya juga ada seorang ibu,
Seorang ibu yang telah banyak berkorban,
masa, tenaga dan harta,
demi kebahagiaan saya,
dan adik-beradik yang lain.

Masa kecil-kecil dulu,
Saya ingat lagi,
Detik ketika dimana,
Ibu saya mengurung saya di dalam bilik,
kerana masih merangkak-rangkak membaca,
ketika berumur 5 tahun.
Ketika itu hati kecil saya berkata.
"Apasal ibu buat saya begini, Ibu tak sayang Afiq !"
Biasalah, naluri kebudak-budakan,
Asyik nak memberontak sahaja.
Tapi, siapa sangka (?)
Saya kini pandai membaca,
dan belajar ilmu perubatan,
Sememangnya, si ibu mempunyai visi masa hadapan.

Pengorbanan ibu saya tak usah dikira,
tidak terkata banyaknya,
Mahu senaraikan semuanya,
memang tak tersenaraikanlah jawabnya,
Apabila saya meminta sesuatu,
seboleh-boleh ibu saya akan mengusahakannya,
walaupun ketika itu, ibu saya tiada duit,
dia tidak kisah terpaksa berkorban,
asalkan anak-anaknya gembira sahaja,
Itu sudah cukup katanya,
Tidak perlukan harta segala-galanya,
asalkan senyuman dan kelakuan kami adik beradik,
menjadi pengubat lara hatinya.

Ibu saya seorang superwoman,
bekerja tak kira masa,
pagi, petang, siang mahupun malam,
menjaga pesakit di hospital,
Ditambah lagi dengan karenah anak-anak dirumah,
Kadang-kadang saya terfikir,
Adakah ibu saya  tak penat ?
Tapi senang sahaja ibu saya menjawab,
"Itu memang dah tanggungjawab ibu"
Ibu saya menambahkan lagi kata-katanya,
"Kalau Afiq dan adik-adik kasihan dengan ibu,
hadiahkan ibu dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang"
Saya dan adik-adik senyap sahaja,
Ibu tak meminta apa-apa,
Cuma kejayaan kami didalam kehidupan.

Pengorbanan ibu tidak terkira banyaknya,
Itulah ibu saya,
Ibu yang sangat hebat,
Segala pengorbananannya,
tak mampu saya balas sehinggalah saya tua nanti,
Terima kasih ibu !
Saya sayang ibu saya !

Saturday, May 7, 2011

Rindu

Bismillah.

Pagi-pagi, pukul 730 pagi seorang manusia bernama Syaufiq Effendy sudah pergi ke universiti.

 Hamboi. Rajin sungguh ! Jalan dengan perlahannya ke Kuliah Perubatan yang terletak jauh didalam universiti.

Tak hairanlah jika sentiasa slim sentiasa. :P

Kalau ada Anugerah Pelajar Paling Awal datang ke Universiti, aku rasa aku boleh menang.

Err, mungkin ada saingan sengit daripada Meiji dan gangs.

Anugerah Pelajar Paling Awal (?)

Minggu KP di KKJ, manusia yang suka capub ini (aku lah tu) dapat Anugerah Pelajar Datang Awal ke Sekolah dan Prep.

Cis, sebenarnya aku rindu akan KKJ. Forever and ever.

Amboi, kemain !

Sunday, May 1, 2011

Baik

Bismillah.

Baik.

Apakah definisi baik (?) Tik tok tik tok.

Kadang-kadang, kita pun tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan "baik" itu. Mungkin setiap orang ada definisi mereka yang tersendiri. Yelah, rambut sama hitam, hati lain-lain bukan (?)

Dahulu, masa Form 3, aku merasakan diri ini cukup baik dah. Solat tahajud, dan segala amalan lain. Mungkin sebab mahu PMR (?) Entahlah. Tetapi, terasa aura baik itu berada dalam diri ini. Ecewah.

Ya, mungkin aku merasakan masa itu, aku berada tahap paling "baik".

"Aku rasa aku ni cukup baik sudah"

Kadang-kadang, benda ini terlintas dalam fikiran ketika itu. Selalu rasanya.

Kemudian, aku berpindah sekolah. Terkejut ! Ya, hakikatnya aku memang agak terkejut pada mula-mulanya. Suasana yang baru bukan (?)

Ketika ini, definisi "baik" berubah lagi. Aku pun tak tahu nak mendefinisikan benda "baik" itu bagaimana.
Sebab sampai sekarang aku mencari definisi baik itu bagaimanakah (?) Haha.

Definisi baik mungkin berubah mengikut masa, tempat ataupun situasi.

Apabila menjejakkan di tanah Mesir, "baik" itu menjadi persoalan lagi. Persoalan yang tak pernah habis bukan (?)

Secara jujurnya, di Mesir lah erti kematangan dan baik itu mula difahami.Ye la kot. Yelah, disini kena berdikari sendiri. Masalah belajar ditambah dengan masalah peribadi sendiri. Kadang-kadang, rasa tertekan yang amat. -.-

"Baik. Adakah diri aku ni baik ketika ini (?)"

Tertanya lagi persoalan ini ketika berasa tertekan. Haha

Sebab itu, definisi baik itu tiada makna yang khusus. Menjadi baik tiada hadnya.

Baik itu adalah mengikut suruhan Allah dan Rasulullah dan meninggalkan apa yang Allah larang. Cukup.

Ringkas, tepat dan padat.

Aku,kau dan kamu baik sudah (?)

p/s:

1) tak teratur -.-'

2) kejar mengejar. haha