Followers

Tuesday, May 31, 2011

Anatomy Exam



Alhamdulillah. Exam Anatomy sudah habis. Syukur ! Mungkin tidak perfect tapi InsyaAllah ok.

Aku bukanlah seorang yang sangat sangat rajin. Biasa-biasa sahaja. Dah lah dua hari straight demam masa ada gap hari itu. Langsung tak buka  buku. Apabila dengar dan tengok orang lain study banyak-banyak, memang rasa cemburu. Selalu terfikir mengapalah aku tak rajin sangat macam diorang (?)

Tapi Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan dan peluang untuk study semua dengan baik. Allah memang Maha Pemurahkan.

Anyway, serba sedikit tentang exam Anatomy yang sudah berlalu.

Written

Pertama kali jawab periksa bertulis di negara orang. Memang agak berbeza dengan di Malaysia. Ramai-ramai sumbat dalam satu dewan. Kemudiannya, ramai je pelajar Arab yang kantoi meniru. -.-"

Soalan dia, pergh ! Memang terbaiklah. Uterus juga yang keluar. Haha. Baca camtu sahaja untuk Uterus. Nasib baik soalan Yolk Sac dibatalkan. Kalau tak, memang nak jawab Placenta lah. ;p

Act, sejam sebelum masa habis dah boleh kira habis jawablah. Then semak-semaklah. 10 minit terakhir, keluar awal dari dewan exam sebab tak tahan nak pergi tandas. Haha.

1) Deltoid Muscle: Ok

2) Brachial Artery: Ok

3) Surface Anatomy of Heart : Ok

4) Typical Intercostal Nerves: Ok. Ada facts dia yang terlupa. So, main ikut imaginasi lah. Hehe

5) Rectus Sheath: Ok

6) Liver: Half-half. Haha

7) Uterus: Ok, ini aku main bantai jugalah. Bila check balik, nasib baik yang bantai tu mengenalah juga. Alhamdulillah ;)

8) Splenic Artery: Ok.

9) Synovial Joint: Ok

Overallnya, Alhamdulillah. Maybe tak perfect dan banyak salah. Tapi tetap bersyukur. Usaha sudah, tawakal je lah. Kun fayakun bukan (?) Kalau Allah kata tang tu, yang terjadinya tang tu lah.

So, mari kawab-kawan semua, jangan lokek dan jangan rasa malas untuk menadah tangan kita memohon pertolongan daripada-Nya. Ingat, Allah itu Maha Berkuasa ya, kawan-kawan.

Oral

Memang adventure betul oral exam aku. Hehe. Ada dua section. Satu section kena 8-10 soalan. Pergh. Memang terbaiklah. Aku nak buat apa lagi ? Doctor tu menadah jawapan je. Hehe. Jawab je lah.

Ikut nasiblah bukan (?) Ada yang dapat doc yang bagi soalan sikit dan kemudiannya doc itu bantu pelajar beritahu jawapan. But, I'm not. Kena fikir jawapan sendiri. Senyum je lah.

Disinilah pentingnya ketenangan dan pertolongan daripada Allah. First sekali, kena sentiasa cool. Jangan gelabah ! Then selawat banyak-banyak. InsyaAllah, Allah permudahkan. :)

Markah ?

Untuk bahagian Abdomen dan Pelvis, aku try tanya doc tu, dia cakap secret. Eceh. Berdebar !

Untuk Upper Limb and Thorax, aku lupa nak tanya sebab rasa gembira boleh jawab dengan agak agak cemerlang. Alhamdulillah :)

Ok, Anatomy sudah berlalu. Semoga apa yang dah belajar selama ini pasal Anatomy akan terus ingat dalam kepala dan diamalkan. Ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah bukan (?)

Kita belajar memang salah satu tujuan dia adalah untuk cemerlang dalam exam. Tapi yang lebih penting sekali dan paling atas sekali, mestilah belajar untuk Allah. Apabila kita belajar untuk Allah, insyaAllah tujuan-tujuan yang lain kita dapat.

Ok, next is Biochemistry !

Please please please, kamu jangan nakal ya Encik Biochemistry !

1 comment:

nemesis3891 said...

tadehal syaufiq. ko hebat insyaAllah!