Followers

Sunday, May 1, 2011

Baik

Bismillah.

Baik.

Apakah definisi baik (?) Tik tok tik tok.

Kadang-kadang, kita pun tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan "baik" itu. Mungkin setiap orang ada definisi mereka yang tersendiri. Yelah, rambut sama hitam, hati lain-lain bukan (?)

Dahulu, masa Form 3, aku merasakan diri ini cukup baik dah. Solat tahajud, dan segala amalan lain. Mungkin sebab mahu PMR (?) Entahlah. Tetapi, terasa aura baik itu berada dalam diri ini. Ecewah.

Ya, mungkin aku merasakan masa itu, aku berada tahap paling "baik".

"Aku rasa aku ni cukup baik sudah"

Kadang-kadang, benda ini terlintas dalam fikiran ketika itu. Selalu rasanya.

Kemudian, aku berpindah sekolah. Terkejut ! Ya, hakikatnya aku memang agak terkejut pada mula-mulanya. Suasana yang baru bukan (?)

Ketika ini, definisi "baik" berubah lagi. Aku pun tak tahu nak mendefinisikan benda "baik" itu bagaimana.
Sebab sampai sekarang aku mencari definisi baik itu bagaimanakah (?) Haha.

Definisi baik mungkin berubah mengikut masa, tempat ataupun situasi.

Apabila menjejakkan di tanah Mesir, "baik" itu menjadi persoalan lagi. Persoalan yang tak pernah habis bukan (?)

Secara jujurnya, di Mesir lah erti kematangan dan baik itu mula difahami.Ye la kot. Yelah, disini kena berdikari sendiri. Masalah belajar ditambah dengan masalah peribadi sendiri. Kadang-kadang, rasa tertekan yang amat. -.-

"Baik. Adakah diri aku ni baik ketika ini (?)"

Tertanya lagi persoalan ini ketika berasa tertekan. Haha

Sebab itu, definisi baik itu tiada makna yang khusus. Menjadi baik tiada hadnya.

Baik itu adalah mengikut suruhan Allah dan Rasulullah dan meninggalkan apa yang Allah larang. Cukup.

Ringkas, tepat dan padat.

Aku,kau dan kamu baik sudah (?)

p/s:

1) tak teratur -.-'

2) kejar mengejar. haha

2 comments:

hassansalleh said...

haha.
syaef, jangan tension2 la.
baik (?)
hang selalu tolong aku.
itu baru baik.

pendapat sendiri:
baik dimata Allah, semestinya WAJIB keatas setiap insan
"ikut skema Allah dan Rasul-melalukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang"

baik dimata manusia,
selalu tolong orang
macam kamu (?)
hehe..

syaidatina amirah said...

ramai suka tanya aku sama ada mereka baik atau tidak.

aku selalu tanya baik itu kau definisi sebagai apa.