Followers

Sunday, May 8, 2011

Saya dan Ibu.

Bismillah.

Setiap orang ada ibu,
Siapakah yang lahir tanpa ibu (?)
Tiada,
Tanpa seorang manusia bernama ibu,
Tiadalah saya, anda dan kamu semua.

Seperti orang lain,
Saya juga ada seorang ibu,
Seorang ibu yang telah banyak berkorban,
masa, tenaga dan harta,
demi kebahagiaan saya,
dan adik-beradik yang lain.

Masa kecil-kecil dulu,
Saya ingat lagi,
Detik ketika dimana,
Ibu saya mengurung saya di dalam bilik,
kerana masih merangkak-rangkak membaca,
ketika berumur 5 tahun.
Ketika itu hati kecil saya berkata.
"Apasal ibu buat saya begini, Ibu tak sayang Afiq !"
Biasalah, naluri kebudak-budakan,
Asyik nak memberontak sahaja.
Tapi, siapa sangka (?)
Saya kini pandai membaca,
dan belajar ilmu perubatan,
Sememangnya, si ibu mempunyai visi masa hadapan.

Pengorbanan ibu saya tak usah dikira,
tidak terkata banyaknya,
Mahu senaraikan semuanya,
memang tak tersenaraikanlah jawabnya,
Apabila saya meminta sesuatu,
seboleh-boleh ibu saya akan mengusahakannya,
walaupun ketika itu, ibu saya tiada duit,
dia tidak kisah terpaksa berkorban,
asalkan anak-anaknya gembira sahaja,
Itu sudah cukup katanya,
Tidak perlukan harta segala-galanya,
asalkan senyuman dan kelakuan kami adik beradik,
menjadi pengubat lara hatinya.

Ibu saya seorang superwoman,
bekerja tak kira masa,
pagi, petang, siang mahupun malam,
menjaga pesakit di hospital,
Ditambah lagi dengan karenah anak-anak dirumah,
Kadang-kadang saya terfikir,
Adakah ibu saya  tak penat ?
Tapi senang sahaja ibu saya menjawab,
"Itu memang dah tanggungjawab ibu"
Ibu saya menambahkan lagi kata-katanya,
"Kalau Afiq dan adik-adik kasihan dengan ibu,
hadiahkan ibu dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang"
Saya dan adik-adik senyap sahaja,
Ibu tak meminta apa-apa,
Cuma kejayaan kami didalam kehidupan.

Pengorbanan ibu tidak terkira banyaknya,
Itulah ibu saya,
Ibu yang sangat hebat,
Segala pengorbananannya,
tak mampu saya balas sehinggalah saya tua nanti,
Terima kasih ibu !
Saya sayang ibu saya !

No comments: