Followers

Wednesday, June 29, 2011

Never Ever Give Up

Bismillah

Sukan Olimpik Musim Panas 1992, Barcelona.

Seorang lelaki kelihatan bersedia di atas garisan permulaan, Estadi Olimpic De Montjuic, Barcelona, Sepanyol.Bila-bila masa sahaja marshal perlumbaan akan memulakan perlumbaan separuh akhir Olimpik 1992 400 meter. Lelaki ini menjadi pilihan untuk memenangi perlumbaan setelah berjaya memenangi perlumbaan saringan sebelumnya dan tak lupa juga berjaya memenangi pingat emas 400m x 4 di Kejohanan Dunia Tokyo, 1991. Ya, dia menjadi pilihan untuk memenangi perlumbaannya. Semua orang yang berada di stadium berfikir sedemikian.

Akhirnya, perlumbaa bermula. Satu permulaan yang menarik daripada lelaki ini. Dia mendahului orang lain untuk 150 meter yang pertama. Tetapi menuju ke 250 meter yang terakhir, lelaki ini mengalami kesakitan hamstring dan dia terjatuh kesakitan. Terpampang riak kecewa di mukanya. Berkecai impiannya untuk memenangi pingat emas.

Pengawai perlumbaan masuk ke dalam trek bersama dengan stretcher. Lelaki ini tahu yang dia perlu memilih antara terbaring diatas strecther atau bangun meneruskan perlumbaan dalam keadaan hamstringnya sakit. Dia perlu memilih! Satu pilihan dalam jangka masa yang singkat.

Akhirnya, lelaki ini bangun berdiri dan meneruskan perlumbaan walaupun dalam keadaan yang sakit. Dia terjengket-jengket menghabiskan meter perlumbaan yang terakhir. Para penonton terpaku menyaksikan semangat kesukanan yang ditunjukkan lelaki ini. Mukanya berkerut menahana kesakitan. Ya, dia sedang menahan kesakitan yang amat.

Tiba-tiba, seorang lelaki yang agak berumur muncul daripada tempat duduk penonton. Lelaki tua ini menuju ke arah lelaki ini. Walaupun dihalang oleh pihak pengawal keselamatan, lelaki tua ni tetap menuju ke arah lelaki yang sedang menahan kesakitan untuk menghabiskan perlumbaan itu. Ya, lelaki tua ialah ayah lelaki ini.

"Kau tak perlu buat begini, nak"

"Saya perlu habiskan perlumbaan ini. Berlari di Olimpik ialah peluang sekali seumur hidup, ayah "

Si lelaki tua itu seakan terfikir. Lalu dia berkata,

" Kalau begitu, mari kita habiskan perlumbaan ini BERSAMA-SAMA !"


Lelaki tua ini meletakkan tangan anaknya ke atas bahunya dan dia membantu anaknya itu menghabiskan meter-meter terakhir dalam perlumbaan. Para penonton terharu melihat semangat yang ditunjukkan dua beranak ini. Kebanyakan daripada mereka mula bangun dari tempat duduk masing-masing.

10 meter terakhir perlumbaan, lelaki tua ini melepaskan anaknya untuk menghabiskan perlumbaan itu sendiri.

Akhirnya, lelaki itu berjaya untuk menamatkan perlumbaan walaupun dalam keadaan hamstringnya sakit. 65000 penonton memberikan tepukan gemuruh atas semangat yang telah ditunjukkan oleh lelaki ini. Semangat Olimpik !

Lelaki ini mungkin tidak menamatkan perlumbaan di tempat pertama, tapi dia berjaya untuk menamatkan perlumbaannya walaupun dalam keadaan susah payah.

*

Lelaki yang diceritakan diatas ialah Derek Redmond, atlet 400m Great Britain.



*Boleh lihat di Youtube, sangat menyentuh hati.

*

Kembali kepada realiti hidup kita, kita mungkin akan sentiasa diuji dalam hidup kita. Kita akan sentiasa menangis kesedihan apabila ditimpa masalah atau apa sekalipun, tapi percayalah yang Tuhan itu sentiasa sayang akan hamba-hambaNya.

"Apabila hamba-hamba-Nya diuji, Allah pasti datang membantu dan memberikan kemenangan diakhirnya"

Kepada semua, kita tidak keseorangan dalam menghadapi masalah. Kita ada ibubapa, rakan-rakan dan orang ramai untuk menyokong kita. Tapi yang lebih penting, kita ada ALLAH yang sentiasa berada di sisi kita.

God is like that,


When we are hurting and fighting to the finish,


He comes and helps us,


How about you (?)

How is your race (?)

Are you on the verge of quitting (?)

God wants you to finish strong !



because HE loves you !

"Innallah maana"



Monday, June 27, 2011

Tension

Bismillah.


" Please, please and please, Histology ! Please be easy to me. Let me remember you well "


Ok, sudah cukup untuk menggambarkan situasi sekarang.


Lymphoid dan Nervous.


Aku tahu kau tak benci aku bukan (?)


.
.
.
.
.
.
.
.

2 hari lagi dan proses mengingat baru sahaja 30%. -.-'

Sunday, June 26, 2011

Ask Dr. Syaef.

Bismillah.

Entri sesi soal jawab mengenai Mesir. :)

1) RM 1 bersamaan berapa genih (?)

Berdasarkan currency semasa, RM 1 bersamaan LE Pound 1.96.Jadinya, RM 100 bersamaan LE Pound 196 dan mungkin lagi sedikit. Sebabnya (?) Apabila nak tukar duit dengan money changer, orang tu akan ambil sedikit untung. Sama juga kalau keluarkan duit dari bank. Bank Mesir akan caj setiap kali pengeluaran duit.

2) Sewa rumah untuk dua bilik berapa genih (?) Apartment.

Bergantung kepada daerah/kawasan. Kalau di Cairo/Alex, sewa mungkin mahal. 2-3 bilik boleh mencecah seribu lebih sebulan. Tapi, kalau di Zagazig, biasanya sewa untuk 2-3 bilik dalam sebulan dalam lingkungan 500-700 genih. Bergantung kepada tuan rumah.

3) Kalau rumah yang dekat dengan universiti berapa genih (?)

Bergantung. Tapi, biasanya 800. Sebab, biasanya rumah yang dekat kawasan universiti ini memang menjadi pilihan orang Arab.

4) Textbook yang digunakan (?) Beli sendiri atau deparment beri (?)

Biasanya, agensi akan membayar duit buku sekali. So, tak perlu beli buku teks. Tapi, kalau mahu beli buku tambahan/rujukan, banyak sahaja dijual dalam harga yang sangat murah.

5) Math and Physics belajar tak (?)

Pelajar medik di Mesir tak perlu belajar Math dan Physics. Mereka perlu belajar :

1) Anatomy (struktur badan)
2) Physiology (mechanism/proses yang berlaku dalam badan)
3) Histology (struktur cell dalam badan)
4)Biochemsitry ( Outside substances)

6) Buku rujukan guna tak (?)

Terpulang kepada individu. Tapi, biasanya pelajar akan menggunakan buku rujukan juga sebab buku teks department tersangatlah "menarik". Lebih lebih lagi Anatomy. Btw, sangat disarankan untuk tidak membawa buku rujukan daripada Malaysia. Memberatkan timbangan je. Better beli di Mesir sebab harganya lebih murah. Ex: Gray's Anatomy- range harga 150-200 Le Pound Egypt.

7) Duit belanja sebulan (?) Seorang (?)

Terpulang kepada individu. Ada orang 500-600 genih dah cukup. Ada orang 1000 genih. Tapi biasanya dalam lingkungan 500-800 genih (RM 300-400) sebulan dah memadai. Ex:

sewa rumah (seorang) : 100-200 genih
makanan: 200 genih.
keperluan diri:100-200 genih
lain-lain: 200 genih.

8) Bagaimanakah dengan sistem pembelajaran (?)

Setiap universiti berbeza. Tapi jika di Zagazig, sistem dia konservatif. Ada mid term dan final exam.

9) Barang yang perlu dibawa (?)

Pakaian : Better bawa banyak dari Malaysia. Pakaian di Mesir kurang sikit berbanding dari Malaysia. 

Winter coat: Better beli di Mesir.

Makanan: Bawa bahan makanan yang sangat rare. Ex; Ikan masin, rendang, keropok kering, sos cili, sedikit rempah, perencah nasi goreng dan tak lupa juga santan. Yang lain, ada je di Mesir. Don't worry.

Buku rujukan : Tak perlu rasanya.

10) Barang-barang mahal tak disana (?)

Overall, murah je berbanding di Malaysia. Ada yang lagi mahal dan ada yang lagi murah. Yang pastinya, kalau nak shopping tu , memang heavenlah juga. :P

11) Susah tak belajar disana (?)

Belajar medik mana ada yang senang ye tak (?) Haha. Tapi, memang agak mencabarlah. Lebih-lebih lagi, Physiology. Serius tak tipu.

12) Persediaan untuk kesana (?)

At least, dah tahu apa yang hendak belajar pun kira ok dah. 

Anatomy, better tahu segala movement basic. Ex: superior,inferior, pronation, supination dan lain-lain. 
Physiology : Sebelum pergi dulu, ada juga tengok tentang CVS (Cardiovascular System) . Tahulah juga sedikit-sedikit.
Histology : Recheck balik Plasma Membran and basic organelles and informations in Form 4 and Form 5.
Biochemistry: Tengok pasal Carbohydrate sedikit. search kat internet maybe works.

13) Toileteries di Egypt (?)

Tak perlu risaulah. Ada je semua. :)

14) Makanan di Mesir (?) Ok tak (?)

Murah dan bolehlah tahan sedap. Jangan risaualah. Kalau kempunan masakan Melayu, ada je restoran Indon kat sini.

15) Best tak belajar di Mesir (?)

Overallnya , ok sahaja. Tapi bukanlah the perfect place. Thinking for the worst.

Contoh buku:

contoh buku









Saturday, June 25, 2011

Kenangan

Bismillah.

"Apabila menjejakkan kaki di bumi waqafan, 
kita umpama biji benih dan
 ianya akan berkembang menjadi beberapa keadaan"


Hasilnya :


1) Layu di sini, subur di luar.


2) Subur di sini, layu di luar.


3) Layu di sini, layu di luar.


4) Subur di sini, subur di luar.


"Kolej Islam Sultan Alam Shah, bumi waqafan, bumi tarbiah, ketahuilah, dirimu insan terpilih"


Alhamdulillah :)


Rindu akan 5 perkara ini:

1) Tarbiyah Islamiah



2)Biah solehah


3)Teachers


4) Friends


5) Ukhuwah.


Sejauh manapun diri ini melangkah, kolej islam sultan alam shah sentiasa subur dalam ingatan.


Maka,


Fastaqim Kama Umirta


"Istiqamahlah kamu sebagaimana diperintahkan"

Friday, June 24, 2011

Exam Syndrome

Bismillah.

Kegemaran terbaru semasa musim peperiksaan. Memasak !

Time ada gap nak exam Physiology, asyik terfikir idea mahu memasak sahaja. Hehe.

Well, I released my tension by cooked something.


Ketika memasak, secara tak langsung kreativiti dapat ditambah. Eceh. Macam-macam lagilah.

Nasi Ayam.
Housemates kata sedap .



Pengat Pisang.
Kuah dia agak cair.

Bubur Ayam.
Not bad.

Chicken Chop with Black Pepper Sauce
Terharu berjaya buat. T.T

Okay, tengah konfius. Sedang buat degree kulinari atau degree medik. Erk, jangan risau. 

Saya tetap seorang doktor dan saya memasak sebagai salah satu cara untuk melepasakan tekanan. :)

Dulu, masa kecil kecil, pernah bercita cita untuk menjadi seorang chef. LOL

Btw, thanks to my mum, sebab beri banyak peluang dirumah untuk memasak. Habis bahan masakan rumah jadi bahan eksperimen. Haha.

Ok, kembali menjadi doktor.

Histology, awak sangat senang !





Thursday, June 23, 2011

Ketika Ini

Bismillah.

Tinggal dua paper sahaja lagi dan peperiksaan akhir tahun satu perubatan Universiti Zagazig akan berakhir. Fuh, lega ! Tapi apabila memikirkan subjek yang telah dijawab, seakan rasa tertekan juga. -.-

Yes, I'm not answered too well and too perfect for each papers. Quite tension when remembered it back.


Sometimes, I feel that it's too hard to get Mumtaz with my recent performance now. :(

Say bye bye to Mumtaz (?)

No ! I'll not give up too early !



Aku masih ada Histology untuk dijawab. Sangat berharap dapat skor sebaiknya. Sangat berharap performances masa exam subchapter dapat diteruskan. InsyaAllah.

Tawakal dan konsistensi doa kepada Allah sangat perlu ketika ini. Hanya Dia yang mampu menolong ketika ini.

Tak lupa juga, tidak boleh rasa terlalu yakin sangat. Kadang-kadang, ini adalah masalah manusia yang bernama Syaufiq Effendy. Over high self esteem !

Contoh paling senang ialah semasa spm. Aku terlalu yakin selepasa menjawab exam dan aku mengaku time itu konsistensi aku untuk bertawakal agak kurang. -.-

Hasilnya Allah tunjukkan time result. Tak dapat straight A dan dapat satu B. Wuu~

Jadinya, tidak boleh mengulang kesilapan yang sama kali ini. Konsistensi dalam memohon harap kepada Allah perlu dipertingkatkan .

Aku tak mahu aku seorang sahaja dapat mumtaz, aku mahu semua dapat mumtaz . InsyaAllah.

Aku bukanlah rajin study pun. Kat rumah aku, aku lah yang paling malas tau dak (?) -.-

Tapi itulah cara study aku. I'm not comfortable when peoples criticic  my way of study. Really hate it !


Aku just harap usaha aku untuk tolong rakan rakan cari soalan spot, fotostat notes dan lain-lain dibalas dengan kemudahan menjawab exam dan mumtaz dalam final exam. Itu pun dah cukup.

"Ya Allah, tuhanku. Kau tolonglah hamba-Mu yang lemah ini "

Ok lah, habis sudah merapu.

Wednesday, June 22, 2011

Oral Physio

Bismillah.

Alhamdulillah. Selesai sudah exam Oral Physiology. :)

Setelah mengalami kepayahan ( eceh) untuk exam written, syukur Allah permudahkan untuk exam Oral.

Thanks to everybody !

Btw, tadi disoal oleh dua orang doktor. Maknanya, ada 2 sesi exam oral lah. Dr. Baha dan seorang lagi tak tahu nama dia.

Opss, Dr. Baha (?)

Sesi 1

Sebelum nak diexamine oleh doc, apabila dapat tahu akan disoal oleh Dr. Baha, memang terasa cuak gilalah. -.-'

Then, dengar cerita daripada kawan-kawan yang dah disoal, Dr. Baha memang phsycho. Soalan yang dia beri senang-senang sahaja. Tapi disebabkan dia punya physcho, terus blank nak jawab.

Akhirnya, tiba juga giliran. Masuklah dalam bilik Dr. Baha bersama partner oral, Shukriah Qaheerah.

Then, doc tengok nama kitaorang. Dr. rasa pelik. Syaufiq Effendy (?)

What's mean of Effendy , Ngaliman and Marin (?)

-.-'

Tersenyum sahajalah aku. Hehe.

Then, doc pun ceritalah yang Effendy ni merupakan nama golongan kat Turki. Lebih kurang camtulah.

Ada ketikanya, aku dan Dr. Baha lawan tenung mata. Nak physcho lah tu. :P

Anyway, Dr. Baha tanya pasal Cardiac Output.

Alhamdulillah. Lancar sahaja menjawabnya. Hehe.

Then, daripada soalan Cardiac Output tu, Dr. Baha tanya banyak soalan pasal COP dan aplikasi dia.

Aku rasa, aku dan Shukriah telah mengimpresskan doctor dengan jawapan kami. Hehe.

Then, selepas tanya pasal CVS, Dr. Baha tanya pula pasal Blood, Purpura.

Alhamdulillah, lancar sahaja menjawabnya.

And, Dr. Baha said

" Excellence ! Good "

Wah, terasa mahu terharu disitu juga.

Overall, Dr. Baha memang best ! Takdalah teruk mana pun, cuma Dr. Baha suka physcho je.

Sesi 2

Setelah menunggu lebih kurang sejam lebih jugalah, tiba pula masa untuk sesi oral yang kedua.

Alhamdulillah, dapat Dr yang baik hati juga.

Kali ini Dr. tanya pasal Orbelli Phenomenon, Excitability Changes and Chemoreceptors in Respiration.

I guess, I've give the best efforts and answers. InsyaAllah.

*

Overall, oral Physiology is quite excellence. Alhamdulillah. Harap-harap dapat banyu untuk recover balik markah written yang banyak loss.

Seperti yang aku kata dalam post kali ini, lulus Physiology, syukur. Jayyid dan Jayyid Jiddan, buat kenduri untuk rakan terdekat. Mumtaz (?) Tak terucap oleh kata-kata.

Ok, next !

Histology, here I come.

Monday, June 20, 2011

Exam Physio

Bismillah.

Sepatutnya aku update blog ini esok. Tapi apakan daya aku dah memang teringin gila nak update hari ini. Haha.

Hari ini paper Physiology (Written). Orang kata killer paper. Dan sememangnya killer paper.

Aku jawab ntah-papa-tadi. Act, takdalah ntah apa-apa. Aku tahu benda itu tapi tak dapat keluarkan semua fakta. -.-

Dan yang pastinya, satu soalan sudah tersilap. Yeah ! -.-

1)CVS- Hampeh. Banyak lupa.

2)Respiration- Not too bad.

3)Blood-Bolehlah. Tapi banyak tak tulis explanation dia.

4) Nerve&Muscle- Alhamdulillah lah.

5) ANS- Alhamdulillah. Ok la kot.

6) Biophysics- Ada tendency untuk salah soalan satu. Aku main letak semua fakta. Tercampuk aduk dah.

Ok, aku memang rasa down gila time jawab tadi. Sejam yang pertama, otak rasa blur gila. Blank.

Serius rasa nak give up time itu jugak. Idea macam tak mahu masuk. Wuu~

Tapi, gagahkan diri juga untuk jawab baki soalan.

Entahlah, usaha sudah. Masa untuk berdoa dan bertawakal.

Aku tak expect high marks/mumtaz untuk Physio. Walaweh. Dapat lulus Physio, syukur sangat sangat. Jayyid dan Jayyid Jiddan untuk Physiology memang aku buat kendurilah. -.-'

Lepas habis exam, telefon ibu macam mana soalan exam tadi.Ceritalah macam-macam. Tipikal.

And, I've got the spirit back. Thanks, mum :)


Asalamuaikum afiq, setelah afiq berusaha utk exam ini dan menempuhnya , berdoalah kepada Allah semuga kejayaan yg cemerlang menjadi milikmu.


Jangan lekas berputus asa utk mendapat sesuatu kejayaan.


Berdoalah pada ALLAH sentiasa utk kejayaan ini.


Ibu, ayah dan keluarga disini sentiasa mendoakan  kejayaan afiq.


Jalan untuk kejayaan masih pjng lg.


 INGAT CIT-CITA AFIQ UTK JADI SEORANG DOKTOR YANG BERJAYA DAN DAPAT BERBAKTI UNTUK MASAYARAKAT.


USAHA! USAHA!


TANPA JEMU BERDOA DAN MEMINTA KEPADANYA PASTI ALLAH AKAN BERI GANJARANNYA.


INGAT SESUATU KEJAYAAN ITUPASTI MANIS DAN HARUM JIKA KITA LALUI DGN KEPAYAHAN DAN AIRMATA.


NIKMATNYA KEJAYAAN ITU SETELAH KEPAYAHAN DAN LIKU-LIKU DAPAT KITA LALUI.


PERCAYALAH ANAKKU.


 IBU DOAKAN MOGA AFIQ TENANG MENJAWAB SOALAN-SOALAN UNTUK ESOK, BACALAH AYAT2 YG BOLEH MELEMBUTKAN HATI PENSYARAH ITU.


SEBUTLAH BERIBUKALI MINTA PADA ALLAH AFIQ LULUS DGN CEMERLANG


SEKIAN WASSALAM 


DARI IBUMU YG SENTIASA MENDOAKANMU DAN RAKANMU


NOR HAMIZA HAMDAN,
 20.6.2011,
 MUAR, MALAYSIA.

Mum always knows how to cool their childs right (?) :)

Oral Physiology ! Come on !
 

Sunday, June 19, 2011

Doktor

Bismillah.

Tiada orang yang dilahirkan untuk menjadi seorang doktor, engineer, businessman dan apa sekalipun secara semulajadi. Tak semestinya ayah dan mak kau seorang doktor,maka kau juga akan menjadi seorang doktor apabila sudah besar kelak. Tidak.

Orang-orang tua dulu selalu mengharapkan anak mereka mendapat kerja yang gempak-gempak ketika itu. Yelah , orang tua-tua dulu hanya bekerja sebagai penoreh getah, pesawah, dan segala jenis pekerjaan yang selayaknya dilakukan oleh seorang marhaen. Eh, ada sahaja orang dulu dulu yang berjawatan dan mempunyai kerja yang hebat tapi jumlahnya amat sedikit. Aku bercakap berdasarkan kepada majoriti dan suara yang selayaknya menwakili masyarakat ketika itu.

Jadi, orang orang tua ini mempunyai impian yang sangat tinggi untuk melihat anak-anak mereka berjaya. Menjadi seorang doktor mungkin. Si anak pula dengan diaspirasikan oleh kesusahan hidup mereka ketika itu mempunyai tekad yang sangat kuat untuk berjaya dalam pelajaran mereka dan membantu kembali ibu bapa mereka keluar daripada kepompong kemisikinan.

Ok, tutup cerita dulu-dulu. Kita buka hikayat zaman sekarang.

Tak dapat dinafikan , arus kehidupan ketika ini sudah berubah. Tidak sama seperti zaman dulu-dulu. Anak-anak zaman sekarang sudah disuapkan dengan kesenangan sejak kecil lagi. Aku tidak mengatakan aku datang daripada keluarga yang senang. Tapi, aku tahu aku tak sesusah ibu ayah aku semasa mereka kecil kecil dahulu.

Kadang-kadang, kita ini terlalu sangat dengan kesenangan. Apabila sudah susah sedikit,mulalah melatah tak tentu pasal. Sangat tak kuat dan tiada daya tahan !

Aku mengatakan semua ini dekat diri aku. Lebih spesifik lagi apabila belajar medik ini.

Ya, aku akui Physiology, Anatomy, Histology dan Biochemistry bukanlah satu perkara yang mudah. Tak semudah belajar A, B  dan C kau tahu (?)

Orang yang sudah bergelar doktor pun sudah memberitahunya kepada aku. Aku sedar. Tapi itu adalah jalan yang telah dipilih oleh aku sendiri. Bukan ibu dan ayah. Bukan sesiapa.

Act, cita cita zaman kecil aku bukanlah seorang doktor. Jauh sekali !

Apabila ditanya oleh cikgu mengenai cita-cita, aku lebih suka menjawab untuk menjadi seorang pelukis, penulis.chef dan sejarawan. Pelik bukan cita-cita aku (?) Tapi itulah hakikatnya.

Aku rasa jiwa aku lebih sesuai dengan karya karya seni. Seni adalah sesuatu yang abstrak dan tidak terikat. Aku adalah orang yang jenisnya tak mahu terikat dan sangat abstrak kelakuannya.

Tapi, apakah yang menyebabkan aku menjadi seorang doktor (?)

Aku pun tidak tahu sebenarnya. Mungkin sebab "desakan" ataupun aku lebih suka mengatakan impian ibu dan ayah aku melihat anak mereka menjadi seorang doktor.

Tak, aku tak mengatakan ibu dan ayah yang mendesak aku menjadi seorang doktor. Ini semua adalah kemahuan aku sendiri. Serius !

Minat (?) Aku hanya minat menjadi seorang doktor apabila masuk form 4. Semangat untuk menjadi seorang doktor meluap luap ketika itu. Alhamdulillah.

Aku rasa sebab utama setakat ini aku menjadi seorang doktor ialah disebabkan nenek aku. Nenek aku mati disebabkan kanser cervix masa aku darjah 4.

Yes, I want to beat the cancer ! So the only way to beat it by becoming a doctor.


And I know that, to be a doctor is not an easy task. Really hard and stressful. 


So ? Why I have to say something that can make me down to the earth ?


It's my choice. So, face it !

Aku tak pernah menyesal menjadi seorang doktor. Dan aku juga tak pernah menyesal untuk menghadap buku-buku Physiology, Anatomy dll untuk dibaca dan dipelajari.

Mengapakah ?

Sebab aku akan menjadi seorang doktor !

Wednesday, June 15, 2011

Nasi Ayam

Bismillah.

Wah, makin mahu periksa Physiology, makin galak nak update blog. Kejadahnya. -.-'

Nak buat macam mana, tension study physio, updatelah blog kejap. Err, selain daripada main games, borak-borak dan lain-lain.

Btw hari ini masak nasi ayam. Sedap kot. Eceh :)



Okay, mahu sambung balik Physiology. Chaiyok !

Monday, June 13, 2011

Dulu, Kini dan Selamanya (?)



Situasi yang mungkin kita selalu hadapi:

1)Tadika

" Ibu, susahlah nak baca. Ayat dia panjang-panjang. M-A , MA. Banyaknya suku kata nak kena eja  -.- "

Ibu pun berkata

" Belajar mana ada yang senang. Afiq boleh punya. Rajin-rajinlah baca. Nanti lama-lama pandailah "

2)Sekolah Rendah

" Ibu, susahlah Sains dengan Matematik. Jawab periksa asyik dapat B je -.- "

Ibu pun berkata

" Belajar mana ada yang senang. Selalulah buat latihan. Lama-lama nanti jadi hebatlah "

3)PMR

" Ibu, susahnya Arab ! Tak retilah Afiq  -.-' "

Ibu pun berkata

" Belajar mana ada yang senang. Selalulah belajar bahasa Arab. Alquraan kan dalam bahasa Arab "

4)SPM

" Ibu, susahnya Add Math. Asyik fail saja ! Time jawab exam, mesti rasa susah gila "

Ibu pun berkata

" Belajar mana ada yang senang. Selalulah buat latihan. Tanya cikgu selalu. Jangan duduk diam dalam kelas. Kalau tak tanya, mana nak pandai "

5)Universiti

" Ibu, susahlah Physiology ! Banyak nak kena faham dan ingat. Tiga buah buku nak kena ingat -.- '

Ibu pun berkata

" Belajar mana ada yang senang. Bacalah elok-elok. Anak-anak ibu mesti boleh punya. Nanti dah lepas jawab, mesti fikir takdalah susah mana bukan (?)"

*

Belajar mana ada yang senang bukan (?) Kalau tak susah, bukan namanya belajar tu.

Kita selalu merungut susah, tetapi bila kita dah lepas benda itu, semuanya senang bukan (?) :)

Kadang-kadang kita tidak perasan, tetapi ibu bapa kitalah yang selalu menjadi inspirasi dan menaikkan semangat kita.

Akhir kata,

" Physiology takdelah banyak dan susah mana pun ! Chaiyok ! "
.
.
.
.
.
.

=.=' (Sedang struggle dengan Physiology yang kompleks )



Saturday, June 11, 2011

Saya yang Lalu




Sedar atau tidak, kita makin besar dan terus membesar. Seiiring dengan perkembangan usia kita. Jika dahulu,seronok bermain-main setiap masa,tapi sekarang kita “seronok” bertungkus lumus dalam mengejar cita-cita.  Tentunya,ianya telah menimbulkan perubahan yang agak besar dalam kehidupan kita. Mungkin fizikalnya dapt kita sedari, tapi bagaimanakah pula jika perubahan mental? Adakah kita menyedarinya?

“ Saya rindu diri saya yang lalu”

Ya. Mungkin sesetengah daripada kita atau lebih ramai lagi, tanpa disedari menuturkan perkataan ini. Rindu menjadi diri yang sebelum ini mungkin jauh berbeza dengan diri sekarang ini. jika dahulu, kita lebih kepada bersikap polos dan gila-gila, tapi mungkin sekarang kita telah bertukar kepada seorang yang tegas dan serius. Bagaimanakah perubahan ini boleh berlaku? Bagaiman boleh berubah menjadi seorang yang lain dalam hanya sekelip mata?

Tidak dapat tidak, ianya merupakan salah satu proses dalam mencapai kematangan. Perjalanan hidup manusia seiring masa. Semakin lama masa berlalu,semakin banyak perkara yang ditempuhi seseorang. Ianya satu kenyataan. dan,dalam proses kemtangan itu, ada perkara yang perlu dikorbankan. Dan,mungkin salah satunya,adalah diri kita sendiri.

Pedih bukan? Kita kadang-kadang terpaksa mengalah kepada orang lain ? Sakit hati bukan? Kita kadang-kadang terpaksa mendengar orang mengutuk kita? Seksa bukan? Kita kadang-kadang terpaksa memendam saja kepentingan diri demi kepentingan orang lain?

Memang pedih,sakit dan seksa. Kita merasakan asyik kita sahaje yang terpaksa beralah. Bagaimanakah dengan orang lain? Terus menerus membuli kita? Kita terfikir “Saya mahu jadi diri saya yang lalu!”

Ya. Kita sebenarnya boleh sahaja menjadi diri kita yang lalu. Siapakah yang mengatakan tidak boleh? Dalam konteks ini, kita boleh menjadi diri kita yang lalu sekiranya ianya,

“Diri lalu kita lebih BAIK daripada diri kita yang sekarang”

“Diri lalu kita lebih SESUAI daripada diri kita yang sekarang”

“Diri lalu lebih BERMANFAAT daripada diri kita yang sekarang”

“Diri lalu kita lebih MATANG daripada diri kita sekarang”

“Diri lalu kita lebih SOPAN daripada diri kita sekarang”

Sekiranya semua seperti yang diatas, silalah pusing kembali menjadi diri yang lalu. Jika tidak, Mengapakah kita nak bertukar kembali? Evolusi manusia adalah untuk menjadi lebih baik dan baik. itu yang sepatutnya. Evolusi manusia bukan daripada aspek fizikal tetapi daripada aspek kematangan.

Mari fikirkan kembali dan sama-sama muhasabah kembali. Sentiasa ada ruang perubahan untuk kita kerana manusia tidak akan pernah mencapai kesempurnaan. Dan,dalam perjalanan itu,anda sendiri yang akan mempelajarinya. Kematangan adalah satu perjalanan, bukannya destinasi.

"Who am I?"

Friday, June 10, 2011

Exam Biochemistry

Bismillah.

Exam Biochemistry sudah berlalu. Biochemistry, my fav subject !

 Aku tak kata Biochemistry senang gila, tapi Alhamdulillah.

Written

Ok. Sejam yang pertama, aku memang rasa blur dan blank. Aku cuba untuk tulis jawapan sampai penuh, tapi mesti terstuck tak ingat. :( Masa itu memang rasa nak nangis pun ada.

Tapi 2 jam yang seterusnya, Alhamdulillah dapat menyusun kembali semangat dan berjaya menjawab dengan baik. ^^

First question- ada 4 soalan. Alhamdulillah ok.

Second Question- ada 3 soalan . Soalan first dia macam kurang sikit. Takpe.

Third Question-ada 3 soalan. Alhamdulillah ok.

Fourth Question-ada 3 soalan. Alhamdulillah ok. Ada lah juga lupa-lupa ingat.

Overall, insyaAllah ok.

Oral

Kena jawab oral secara berpasangan. Aku kena soal bersama dengan Adiy. Mula-mula Adiy yang ditanya. Then baru aku. Dr. Randa takdalah tanya yang susah-susah. Standard soalan written exam. Alhamdulillah, secara overallnya ok lah. Full marks insyaAllah. ^^

Konklusinya, exam Biochemistry aku berjalan dengan lancar dan ok. Sekarang masa untuk berdoa sahajalah.

*
Orang kata kalau nak tawan yang kita mahu, kita kena kuasai yang luar dia. Eceh. Korang faham tak ? xp

Jadinya, apa pun yang berlaku, kenalah melepasi yang luar dahulu. InsyaAllah, saya boleh !

Masa untuk reconstruct dan improve diri. I'm gotta be ready !

Just wait it !

Tuesday, June 7, 2011

Esok Exam

Cepat, cepat dan cepat.

Esok Final Exam Wtitten untuk subjek Biochemistry. Favourite subject.:P

Setakat ni persiapan nak jawab tu takdalah sampai 100%. Basic Molecular Biology dan Enzymes masih tak hafal sangat lagi :(

Harap-harap sempat untuk menyelesaikan semuanya sebelum pukul 11 malam ni. Hari ini kena tidur awal. Dah seminggu lebih, asyik tidur lewat sahaja. -.-'

Ok, kepada semua, mari tadah tangan kita dan memohon agar Syaufiq Effendy dan rakan-rakan diberikan kesenanangan dan diberkati semasa menjawab. InsyaAllah.

Ok, berjumpa selepas exam Biochemistry. :)

*

Tunggu ya, tunggu. :)

If I said yes,so the answer should be yes. Just wait the times to conclude it all,ok ?

We're nice right ? hehe

Monday, June 6, 2011

Cerpen Kita.



Recycle cerpen lama. Haha. Tak sempat nak tulis cerpen baru. :P


Kelas 5 Ibnu Khaldun kosong. Sepi dan suram. Tiada keletah tawa yang biasa didengari. Semuanya sepi dan kelihatan mati.16/12/2009, tarikh yang pasti meninggalkan memori. Memori yang tidak dapat dilupakan(mungkin). Pada tarikh inilah, "mangsa-mangsa" SPM 2009 habis menjawab kertas periksa yang terakhir, Syariah Islamiyah.Haha. Semuanya dah tidak sabar-sabar nak menghabiskan periksa. Yelah, sebulan memerah otak tanpa henti. Silap-silap boleh putus fius otak. Siapa yang tahu? Tension sangat jawab periksa.Pabila sahaja penjaga periksa mengatakan" Baiklah, masa sudah tamat. Sila letakkan pen-pen anda", semuanya terasa nak melompat.( Tak payah tipulah!).Malahan,ada orang itu yang seperti hendak menjerit saja. Haha. Sesungguhnya, SPM ni memang banyak meninggalkan kenangan.Betulkan? Tapi, dalam kegembiraan selesai dari "neraka" SPM,sebenarnya terselit rasa sedih. Kenapa ye? Mungkin lepas ni semuanya akan berpisah pulang ke negeri masing-masing. Tiada lagi gelak tawa. Semuanya tinggal memori. Memori yang akan terus membara dalam jiwa.

5 Ibnu Khaldun akan kehilangan segalanya. Hilang penghuninya yang terdiri daripada pelbagai manusia.Hilang penghuninya yang kepoh, blur,pemalu,pendiam,panas baran dan pelbagai lagi perangai. Semuanya datang dari tempat yang berlainan. Muar, Tawau, Sungai Petani, Klang, Penang, Kuala Kangsar, Batu Pahat dan banyak lagi. Nama tempat yang tidak pernah dengar pun ada. Pelik-pelik. Tapi, di kelas inilah semuanya disatukan.Loghat tak menjadi masalah.Semua main cakap sahaja. Kejap loghat kedah, Ganu bahkan Sabah pun ada. Tak kisah lah hang dari kedah ke,Ganu ke, Perak ke, Johor ke, semuanya menjadi satu di kelas ini.( Betul ke? Entah la). Itu yang menyebabkan kelas ini jadi harmoni. Kelas ni kalau tak bising sehari memang tak sah. Kalau diam je maksudnya sakit la tu. Tapi kebisingan kelas ini masih terbatas ye.Oh ye, siapakh penghuni-penghuni kelas ini? Hantu ke?

Mana ada hantu kat kelas ni. Kalau ada pun, "hantu-hantu fly' ada la. Oops, kantoi la plak.Dah-dah . Tak payah tahu lebih-lebih.Hihi. Kelas ni terdiri daripada Syaufiq(creativer), Badri( Funny Da clown), Muzzammil(cool ice), Muhaimin( da silent) Afiq(da scheme), Tamim(da weirdo). Aidil(dedei), Adib(professor), Ali(mr smith), Farez(da shine shoes), Hizrey(mr talkative) dan Macap(Mr Midnight). Itu semua adalah perwira-perwira negara(ceh wahh). Yang perempuan pulak terdiri daripada Mer(superwoman), Aton(miz talkative), Basy(gorgeous), Timah(thinker), Iqa( miz sempoian), Mirah(chemist lover), Amy(sifu addmath), Ummi( miz loud speaker), Farah(soft hearted), Yasmin(miz silent), Nad(mysteryious), Zahra(miz caring), Eka(escaper) dan Rahmah(satelit). Tulang belakang kelas 5 ibnu Khaldun. tak boleh puji lebih-lebih. Karang kerek pulak. 12 muslimin dan 14 muslimat. ( Islamik sikit). Walaupun, masing -masing ada ego sendiri,semuanya boleh duduk bersama dalam satu kelas.Iyelah, satu pihak itu ais satu lagi pihak itu api.Ais dengan api mana boleh ngam.Tapi, kami semua boleh bertolak ansur dan turunkan ego masing-masing. Bukan senang tu. Tiada apa-apa yang mustahil kan. Semuanya ada gelaran sendiri dan perwatakan sendiri. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Oh ye. Kami semua ni dipanggil"KITA". Siapa ye yang bagi gelaran ni? 



Rasa-rasanye Mer and the Geng. Entah lah. Lupe. Tapi perkataan KITA itu memang sesuai merujuk kepada kami.Haha.Menurut sasterawan Farez,KITA ialah one for all, and all for one.You'll never be alone because we all always be together, no matter what happen. No one will be left behind in achieving our dreams.Maknanya, prinsip kelas ini ialah tiada sesiapa yang ditiggalkan di belakang. Hizrey,"radio" kami pernah berkata tiada sesiapa yang pandai sorang-sorang. Kalu nak pandai sorang-sorang pergi belajar kat hutan sana tu.

"Syaufiq, sedih woo nak blah", ujar Badri dengan nada sayu. haha. Badri ni nampak je blur tapi baik hati giler."Alamak, rileks la.Jumpa lagi kita nanti. Kalu ada rezeki, aku pergi la Sabah lawat hang. Ataupun kita jumpa kat England atau Ireland. Haha".Setelah lama bersama, tiba-tiba kena berpisah.Sesiapa pun ada perasaan sedih. Sememangnya perpisahan itu satu benda yang teruk. Tapi, dah memang lumrah dunia macam begitu bukan? Nak buat camne. Takkan lah nak jadi stayer. Tak sanggup rasanya. Muhaimin boleh la kot. Diakan star Arab. Sijil Khas Kolej dapat Jayyid Jiddan. Sikit lagi nak dapat mumtaz.Tapi, Muhaimin ni bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Mungkin pergi Mesir dan Jordan. Ameen.

Sebelum semua pulang ke kampung masing-masing, Ustazah Norizah telah menyuruh semuanya memulangkan buku teks. Semua mulalah mencari buku teks masing-masing. Iyelah, takut kena ganti. Bukannya murah harga satu buku teks tu. Lebih baik beli topap. Haha.Apalagi, kelam kabutlah kelas jadinya. Masing-masing sibuk nak hantar buku teks sebab nak balik cepat. Tapi ada satu orang dah balik awal. Siap naik flight lagi tu.Aton la tu orangnya. Memang dah tak sabar-sabar nak balik rumah lah tu.Dah lah pkt, boleh blah macam itu sahaja. Terpaksalah Zahra, Timah dan Basy yang bertungkus-lumus. Tapi mungkin Aton tu ada sebab yang kukuh kot. Entahlah.

"Wei, kita ni dah nak blah dah. Sedih pulak nak tinggalkan sekolah ni. Aku rasa rindu kat rumah nanti"ujar Basy." Memang la, dua tahun kat sini. Siapa tak sedih woo. Kalau boleh nak putarkan je balik masa"balas Mer. Memang tempoh dua tahun di sekolah seakan seperti dua hari sahaja. Tapi, setap perkara yang bermula perlu ada penamatnya. Dah memang peraturan hidup di dunia ini bukan? Berpisah di mata tak semestinya berpisah di hati bukan? Terlebih berfalsafah lah pulak. Tapi, senang ceritanya perpisahan itu adalah satu yang pasti. Itukan takdir manusia di dunia ini.



Memory


When I came for the first time,
My heart said that" All this is crazy"
When I looked around
I was blurred
"Who are them?"
They are weird(ha2)
I thought I had made the wrong decision ever
in my life
Can I survived with all of them
Let time to judge it

Seconds to minutes
Minutes to hours
Hours to days
Days to months
Months to years
Situation had changed
Deeply in my heart
said something that I never expected
"They are your best friends!!!"
I really did not understand
Why all these happened to me
I thought deeply
Tried to find the solution
At last, I knew the answer
The power of "FRIENDS"



All happy story must have an ending
After laughing together
Studied in a memorable class
All of us have to move away
Explore our own destiny
That God had gave to us
in this cruel world

I know that our heart
will really miss each other
That absolutely will be
But believe that
Our memories are flaming
In our heart
Forever...

May God bless you all

Poem kat atas ni mungkin boleh menggambarkan serba sedikit perasaan di hati. Haha.Memang pada mulanya tidak biasa dan rasa janggal. Yelah,suasana baru katakan Tapi, lama –kelamaan keadaan berubah.Manusia kan boleh berubah. Daripada, berperang tidak sudah kepada bersama-sama berganding bahu. Oh ye, poem ini dinukilkan oleh Syaufiq dengan dibantu oleh Badri. Hebat jugak diaorang ni. Boleh jadi William Shakespeare versi Melayu. Tapi, tak mungkin kot. Kedua-duanya nak jadi pakar kanser dan doktor. Poem ni kira bakat sampingan je lah.

Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk berbual buat kali terakhir sebelum semuanya blah. Yelah. Lepas ni kalau nak berbicara pun guna sms dengan ym je lah.Tak de masa dan peluang lagi untuk berbual secara direct. Macam nak mati la pulak suasananye. Tapi tak delah teruk macam itu. 3 bulan lagi jumpalah masa ambil result. InsyaAllah semua dapat 11A+.Kemudiannya dapt tawaran ke luar negara. Mungkin ada yang pergi ke University of Melbourne, Universiti Al -Azhar, Universiti of Yarmouk, Universiti Oxford, University of Cambridge,University of Germany, Royal College of Surgeon Ireland dan mecam-macam lagi universiti.Ameen.Tapi, yang pergi PLKN tu dapat result kat kem je lah kot. Haha. Jangan marah ye Hizrey, Mer, Badri, Zahra dan Amy.Korang sebenarnya sangat bertuah. Jeles kita orang tak dapat pergi.

Yang paling penting sekali, jangan lupakan memori ini. Bak kata Timah" Keep this flaming in our heart". Falsafah baru tu.Tapi,apa yang nak di beritahu di sini ialah biarkan segala kenangan dan memori itu terus terpahat dalam jiwa kita. Lebih kurang macam itulah. Tak kisahlah kalau korang ni doktor, surgeon, usahawan, pensyarah, arkitek, jurutera, pereka grafik, guru, pharmacist, dentist, geologis, shutterstock 10 tahun lagi, ingatlah yang kita semua ini pernah belajar bersama mengejar bintang.Friendship is not many of things but million of things. (Ini falsafah Muzzammil pulak) Segala kejayaan kita di masa hadapan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh persahabatan kita pada hari ini. Sayonara......Jumpa lagi 10 tahun akan datang.

" Keep this memory flaming in our heart..FOREVER"