Followers

Sunday, June 26, 2011

Ask Dr. Syaef.

Bismillah.

Entri sesi soal jawab mengenai Mesir. :)

1) RM 1 bersamaan berapa genih (?)

Berdasarkan currency semasa, RM 1 bersamaan LE Pound 1.96.Jadinya, RM 100 bersamaan LE Pound 196 dan mungkin lagi sedikit. Sebabnya (?) Apabila nak tukar duit dengan money changer, orang tu akan ambil sedikit untung. Sama juga kalau keluarkan duit dari bank. Bank Mesir akan caj setiap kali pengeluaran duit.

2) Sewa rumah untuk dua bilik berapa genih (?) Apartment.

Bergantung kepada daerah/kawasan. Kalau di Cairo/Alex, sewa mungkin mahal. 2-3 bilik boleh mencecah seribu lebih sebulan. Tapi, kalau di Zagazig, biasanya sewa untuk 2-3 bilik dalam sebulan dalam lingkungan 500-700 genih. Bergantung kepada tuan rumah.

3) Kalau rumah yang dekat dengan universiti berapa genih (?)

Bergantung. Tapi, biasanya 800. Sebab, biasanya rumah yang dekat kawasan universiti ini memang menjadi pilihan orang Arab.

4) Textbook yang digunakan (?) Beli sendiri atau deparment beri (?)

Biasanya, agensi akan membayar duit buku sekali. So, tak perlu beli buku teks. Tapi, kalau mahu beli buku tambahan/rujukan, banyak sahaja dijual dalam harga yang sangat murah.

5) Math and Physics belajar tak (?)

Pelajar medik di Mesir tak perlu belajar Math dan Physics. Mereka perlu belajar :

1) Anatomy (struktur badan)
2) Physiology (mechanism/proses yang berlaku dalam badan)
3) Histology (struktur cell dalam badan)
4)Biochemsitry ( Outside substances)

6) Buku rujukan guna tak (?)

Terpulang kepada individu. Tapi, biasanya pelajar akan menggunakan buku rujukan juga sebab buku teks department tersangatlah "menarik". Lebih lebih lagi Anatomy. Btw, sangat disarankan untuk tidak membawa buku rujukan daripada Malaysia. Memberatkan timbangan je. Better beli di Mesir sebab harganya lebih murah. Ex: Gray's Anatomy- range harga 150-200 Le Pound Egypt.

7) Duit belanja sebulan (?) Seorang (?)

Terpulang kepada individu. Ada orang 500-600 genih dah cukup. Ada orang 1000 genih. Tapi biasanya dalam lingkungan 500-800 genih (RM 300-400) sebulan dah memadai. Ex:

sewa rumah (seorang) : 100-200 genih
makanan: 200 genih.
keperluan diri:100-200 genih
lain-lain: 200 genih.

8) Bagaimanakah dengan sistem pembelajaran (?)

Setiap universiti berbeza. Tapi jika di Zagazig, sistem dia konservatif. Ada mid term dan final exam.

9) Barang yang perlu dibawa (?)

Pakaian : Better bawa banyak dari Malaysia. Pakaian di Mesir kurang sikit berbanding dari Malaysia. 

Winter coat: Better beli di Mesir.

Makanan: Bawa bahan makanan yang sangat rare. Ex; Ikan masin, rendang, keropok kering, sos cili, sedikit rempah, perencah nasi goreng dan tak lupa juga santan. Yang lain, ada je di Mesir. Don't worry.

Buku rujukan : Tak perlu rasanya.

10) Barang-barang mahal tak disana (?)

Overall, murah je berbanding di Malaysia. Ada yang lagi mahal dan ada yang lagi murah. Yang pastinya, kalau nak shopping tu , memang heavenlah juga. :P

11) Susah tak belajar disana (?)

Belajar medik mana ada yang senang ye tak (?) Haha. Tapi, memang agak mencabarlah. Lebih-lebih lagi, Physiology. Serius tak tipu.

12) Persediaan untuk kesana (?)

At least, dah tahu apa yang hendak belajar pun kira ok dah. 

Anatomy, better tahu segala movement basic. Ex: superior,inferior, pronation, supination dan lain-lain. 
Physiology : Sebelum pergi dulu, ada juga tengok tentang CVS (Cardiovascular System) . Tahulah juga sedikit-sedikit.
Histology : Recheck balik Plasma Membran and basic organelles and informations in Form 4 and Form 5.
Biochemistry: Tengok pasal Carbohydrate sedikit. search kat internet maybe works.

13) Toileteries di Egypt (?)

Tak perlu risaulah. Ada je semua. :)

14) Makanan di Mesir (?) Ok tak (?)

Murah dan bolehlah tahan sedap. Jangan risaualah. Kalau kempunan masakan Melayu, ada je restoran Indon kat sini.

15) Best tak belajar di Mesir (?)

Overallnya , ok sahaja. Tapi bukanlah the perfect place. Thinking for the worst.

Contoh buku:

contoh buku









3 comments:

Qila Syakila said...

TerimaKasih DaunKeladi :DDD

Anonymous said...

kat zagazig kan ade 3 kelas untuk budak malaysia, a1,b1,c1. macamane die bahagikan budak? ikut uni tu ke, ikut result spm ke atau ape?

Anonymous said...

kat zagazig kan ade 3 kelas untuk budak malaysia, a1,b1,c1. macamane die bahagikan budak? ikut uni tu ke, ikut result spm ke atau ape?