Followers

Wednesday, June 29, 2011

Never Ever Give Up

Bismillah

Sukan Olimpik Musim Panas 1992, Barcelona.

Seorang lelaki kelihatan bersedia di atas garisan permulaan, Estadi Olimpic De Montjuic, Barcelona, Sepanyol.Bila-bila masa sahaja marshal perlumbaan akan memulakan perlumbaan separuh akhir Olimpik 1992 400 meter. Lelaki ini menjadi pilihan untuk memenangi perlumbaan setelah berjaya memenangi perlumbaan saringan sebelumnya dan tak lupa juga berjaya memenangi pingat emas 400m x 4 di Kejohanan Dunia Tokyo, 1991. Ya, dia menjadi pilihan untuk memenangi perlumbaannya. Semua orang yang berada di stadium berfikir sedemikian.

Akhirnya, perlumbaa bermula. Satu permulaan yang menarik daripada lelaki ini. Dia mendahului orang lain untuk 150 meter yang pertama. Tetapi menuju ke 250 meter yang terakhir, lelaki ini mengalami kesakitan hamstring dan dia terjatuh kesakitan. Terpampang riak kecewa di mukanya. Berkecai impiannya untuk memenangi pingat emas.

Pengawai perlumbaan masuk ke dalam trek bersama dengan stretcher. Lelaki ini tahu yang dia perlu memilih antara terbaring diatas strecther atau bangun meneruskan perlumbaan dalam keadaan hamstringnya sakit. Dia perlu memilih! Satu pilihan dalam jangka masa yang singkat.

Akhirnya, lelaki ini bangun berdiri dan meneruskan perlumbaan walaupun dalam keadaan yang sakit. Dia terjengket-jengket menghabiskan meter perlumbaan yang terakhir. Para penonton terpaku menyaksikan semangat kesukanan yang ditunjukkan lelaki ini. Mukanya berkerut menahana kesakitan. Ya, dia sedang menahan kesakitan yang amat.

Tiba-tiba, seorang lelaki yang agak berumur muncul daripada tempat duduk penonton. Lelaki tua ini menuju ke arah lelaki ini. Walaupun dihalang oleh pihak pengawal keselamatan, lelaki tua ni tetap menuju ke arah lelaki yang sedang menahan kesakitan untuk menghabiskan perlumbaan itu. Ya, lelaki tua ialah ayah lelaki ini.

"Kau tak perlu buat begini, nak"

"Saya perlu habiskan perlumbaan ini. Berlari di Olimpik ialah peluang sekali seumur hidup, ayah "

Si lelaki tua itu seakan terfikir. Lalu dia berkata,

" Kalau begitu, mari kita habiskan perlumbaan ini BERSAMA-SAMA !"


Lelaki tua ini meletakkan tangan anaknya ke atas bahunya dan dia membantu anaknya itu menghabiskan meter-meter terakhir dalam perlumbaan. Para penonton terharu melihat semangat yang ditunjukkan dua beranak ini. Kebanyakan daripada mereka mula bangun dari tempat duduk masing-masing.

10 meter terakhir perlumbaan, lelaki tua ini melepaskan anaknya untuk menghabiskan perlumbaan itu sendiri.

Akhirnya, lelaki itu berjaya untuk menamatkan perlumbaan walaupun dalam keadaan hamstringnya sakit. 65000 penonton memberikan tepukan gemuruh atas semangat yang telah ditunjukkan oleh lelaki ini. Semangat Olimpik !

Lelaki ini mungkin tidak menamatkan perlumbaan di tempat pertama, tapi dia berjaya untuk menamatkan perlumbaannya walaupun dalam keadaan susah payah.

*

Lelaki yang diceritakan diatas ialah Derek Redmond, atlet 400m Great Britain.



*Boleh lihat di Youtube, sangat menyentuh hati.

*

Kembali kepada realiti hidup kita, kita mungkin akan sentiasa diuji dalam hidup kita. Kita akan sentiasa menangis kesedihan apabila ditimpa masalah atau apa sekalipun, tapi percayalah yang Tuhan itu sentiasa sayang akan hamba-hambaNya.

"Apabila hamba-hamba-Nya diuji, Allah pasti datang membantu dan memberikan kemenangan diakhirnya"

Kepada semua, kita tidak keseorangan dalam menghadapi masalah. Kita ada ibubapa, rakan-rakan dan orang ramai untuk menyokong kita. Tapi yang lebih penting, kita ada ALLAH yang sentiasa berada di sisi kita.

God is like that,


When we are hurting and fighting to the finish,


He comes and helps us,


How about you (?)

How is your race (?)

Are you on the verge of quitting (?)

God wants you to finish strong !



because HE loves you !

"Innallah maana"



No comments: