Followers

Monday, June 6, 2011

Cerpen Kita.



Recycle cerpen lama. Haha. Tak sempat nak tulis cerpen baru. :P


Kelas 5 Ibnu Khaldun kosong. Sepi dan suram. Tiada keletah tawa yang biasa didengari. Semuanya sepi dan kelihatan mati.16/12/2009, tarikh yang pasti meninggalkan memori. Memori yang tidak dapat dilupakan(mungkin). Pada tarikh inilah, "mangsa-mangsa" SPM 2009 habis menjawab kertas periksa yang terakhir, Syariah Islamiyah.Haha. Semuanya dah tidak sabar-sabar nak menghabiskan periksa. Yelah, sebulan memerah otak tanpa henti. Silap-silap boleh putus fius otak. Siapa yang tahu? Tension sangat jawab periksa.Pabila sahaja penjaga periksa mengatakan" Baiklah, masa sudah tamat. Sila letakkan pen-pen anda", semuanya terasa nak melompat.( Tak payah tipulah!).Malahan,ada orang itu yang seperti hendak menjerit saja. Haha. Sesungguhnya, SPM ni memang banyak meninggalkan kenangan.Betulkan? Tapi, dalam kegembiraan selesai dari "neraka" SPM,sebenarnya terselit rasa sedih. Kenapa ye? Mungkin lepas ni semuanya akan berpisah pulang ke negeri masing-masing. Tiada lagi gelak tawa. Semuanya tinggal memori. Memori yang akan terus membara dalam jiwa.

5 Ibnu Khaldun akan kehilangan segalanya. Hilang penghuninya yang terdiri daripada pelbagai manusia.Hilang penghuninya yang kepoh, blur,pemalu,pendiam,panas baran dan pelbagai lagi perangai. Semuanya datang dari tempat yang berlainan. Muar, Tawau, Sungai Petani, Klang, Penang, Kuala Kangsar, Batu Pahat dan banyak lagi. Nama tempat yang tidak pernah dengar pun ada. Pelik-pelik. Tapi, di kelas inilah semuanya disatukan.Loghat tak menjadi masalah.Semua main cakap sahaja. Kejap loghat kedah, Ganu bahkan Sabah pun ada. Tak kisah lah hang dari kedah ke,Ganu ke, Perak ke, Johor ke, semuanya menjadi satu di kelas ini.( Betul ke? Entah la). Itu yang menyebabkan kelas ini jadi harmoni. Kelas ni kalau tak bising sehari memang tak sah. Kalau diam je maksudnya sakit la tu. Tapi kebisingan kelas ini masih terbatas ye.Oh ye, siapakh penghuni-penghuni kelas ini? Hantu ke?

Mana ada hantu kat kelas ni. Kalau ada pun, "hantu-hantu fly' ada la. Oops, kantoi la plak.Dah-dah . Tak payah tahu lebih-lebih.Hihi. Kelas ni terdiri daripada Syaufiq(creativer), Badri( Funny Da clown), Muzzammil(cool ice), Muhaimin( da silent) Afiq(da scheme), Tamim(da weirdo). Aidil(dedei), Adib(professor), Ali(mr smith), Farez(da shine shoes), Hizrey(mr talkative) dan Macap(Mr Midnight). Itu semua adalah perwira-perwira negara(ceh wahh). Yang perempuan pulak terdiri daripada Mer(superwoman), Aton(miz talkative), Basy(gorgeous), Timah(thinker), Iqa( miz sempoian), Mirah(chemist lover), Amy(sifu addmath), Ummi( miz loud speaker), Farah(soft hearted), Yasmin(miz silent), Nad(mysteryious), Zahra(miz caring), Eka(escaper) dan Rahmah(satelit). Tulang belakang kelas 5 ibnu Khaldun. tak boleh puji lebih-lebih. Karang kerek pulak. 12 muslimin dan 14 muslimat. ( Islamik sikit). Walaupun, masing -masing ada ego sendiri,semuanya boleh duduk bersama dalam satu kelas.Iyelah, satu pihak itu ais satu lagi pihak itu api.Ais dengan api mana boleh ngam.Tapi, kami semua boleh bertolak ansur dan turunkan ego masing-masing. Bukan senang tu. Tiada apa-apa yang mustahil kan. Semuanya ada gelaran sendiri dan perwatakan sendiri. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Oh ye. Kami semua ni dipanggil"KITA". Siapa ye yang bagi gelaran ni? 



Rasa-rasanye Mer and the Geng. Entah lah. Lupe. Tapi perkataan KITA itu memang sesuai merujuk kepada kami.Haha.Menurut sasterawan Farez,KITA ialah one for all, and all for one.You'll never be alone because we all always be together, no matter what happen. No one will be left behind in achieving our dreams.Maknanya, prinsip kelas ini ialah tiada sesiapa yang ditiggalkan di belakang. Hizrey,"radio" kami pernah berkata tiada sesiapa yang pandai sorang-sorang. Kalu nak pandai sorang-sorang pergi belajar kat hutan sana tu.

"Syaufiq, sedih woo nak blah", ujar Badri dengan nada sayu. haha. Badri ni nampak je blur tapi baik hati giler."Alamak, rileks la.Jumpa lagi kita nanti. Kalu ada rezeki, aku pergi la Sabah lawat hang. Ataupun kita jumpa kat England atau Ireland. Haha".Setelah lama bersama, tiba-tiba kena berpisah.Sesiapa pun ada perasaan sedih. Sememangnya perpisahan itu satu benda yang teruk. Tapi, dah memang lumrah dunia macam begitu bukan? Nak buat camne. Takkan lah nak jadi stayer. Tak sanggup rasanya. Muhaimin boleh la kot. Diakan star Arab. Sijil Khas Kolej dapat Jayyid Jiddan. Sikit lagi nak dapat mumtaz.Tapi, Muhaimin ni bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Mungkin pergi Mesir dan Jordan. Ameen.

Sebelum semua pulang ke kampung masing-masing, Ustazah Norizah telah menyuruh semuanya memulangkan buku teks. Semua mulalah mencari buku teks masing-masing. Iyelah, takut kena ganti. Bukannya murah harga satu buku teks tu. Lebih baik beli topap. Haha.Apalagi, kelam kabutlah kelas jadinya. Masing-masing sibuk nak hantar buku teks sebab nak balik cepat. Tapi ada satu orang dah balik awal. Siap naik flight lagi tu.Aton la tu orangnya. Memang dah tak sabar-sabar nak balik rumah lah tu.Dah lah pkt, boleh blah macam itu sahaja. Terpaksalah Zahra, Timah dan Basy yang bertungkus-lumus. Tapi mungkin Aton tu ada sebab yang kukuh kot. Entahlah.

"Wei, kita ni dah nak blah dah. Sedih pulak nak tinggalkan sekolah ni. Aku rasa rindu kat rumah nanti"ujar Basy." Memang la, dua tahun kat sini. Siapa tak sedih woo. Kalau boleh nak putarkan je balik masa"balas Mer. Memang tempoh dua tahun di sekolah seakan seperti dua hari sahaja. Tapi, setap perkara yang bermula perlu ada penamatnya. Dah memang peraturan hidup di dunia ini bukan? Berpisah di mata tak semestinya berpisah di hati bukan? Terlebih berfalsafah lah pulak. Tapi, senang ceritanya perpisahan itu adalah satu yang pasti. Itukan takdir manusia di dunia ini.



Memory


When I came for the first time,
My heart said that" All this is crazy"
When I looked around
I was blurred
"Who are them?"
They are weird(ha2)
I thought I had made the wrong decision ever
in my life
Can I survived with all of them
Let time to judge it

Seconds to minutes
Minutes to hours
Hours to days
Days to months
Months to years
Situation had changed
Deeply in my heart
said something that I never expected
"They are your best friends!!!"
I really did not understand
Why all these happened to me
I thought deeply
Tried to find the solution
At last, I knew the answer
The power of "FRIENDS"



All happy story must have an ending
After laughing together
Studied in a memorable class
All of us have to move away
Explore our own destiny
That God had gave to us
in this cruel world

I know that our heart
will really miss each other
That absolutely will be
But believe that
Our memories are flaming
In our heart
Forever...

May God bless you all

Poem kat atas ni mungkin boleh menggambarkan serba sedikit perasaan di hati. Haha.Memang pada mulanya tidak biasa dan rasa janggal. Yelah,suasana baru katakan Tapi, lama –kelamaan keadaan berubah.Manusia kan boleh berubah. Daripada, berperang tidak sudah kepada bersama-sama berganding bahu. Oh ye, poem ini dinukilkan oleh Syaufiq dengan dibantu oleh Badri. Hebat jugak diaorang ni. Boleh jadi William Shakespeare versi Melayu. Tapi, tak mungkin kot. Kedua-duanya nak jadi pakar kanser dan doktor. Poem ni kira bakat sampingan je lah.

Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk berbual buat kali terakhir sebelum semuanya blah. Yelah. Lepas ni kalau nak berbicara pun guna sms dengan ym je lah.Tak de masa dan peluang lagi untuk berbual secara direct. Macam nak mati la pulak suasananye. Tapi tak delah teruk macam itu. 3 bulan lagi jumpalah masa ambil result. InsyaAllah semua dapat 11A+.Kemudiannya dapt tawaran ke luar negara. Mungkin ada yang pergi ke University of Melbourne, Universiti Al -Azhar, Universiti of Yarmouk, Universiti Oxford, University of Cambridge,University of Germany, Royal College of Surgeon Ireland dan mecam-macam lagi universiti.Ameen.Tapi, yang pergi PLKN tu dapat result kat kem je lah kot. Haha. Jangan marah ye Hizrey, Mer, Badri, Zahra dan Amy.Korang sebenarnya sangat bertuah. Jeles kita orang tak dapat pergi.

Yang paling penting sekali, jangan lupakan memori ini. Bak kata Timah" Keep this flaming in our heart". Falsafah baru tu.Tapi,apa yang nak di beritahu di sini ialah biarkan segala kenangan dan memori itu terus terpahat dalam jiwa kita. Lebih kurang macam itulah. Tak kisahlah kalau korang ni doktor, surgeon, usahawan, pensyarah, arkitek, jurutera, pereka grafik, guru, pharmacist, dentist, geologis, shutterstock 10 tahun lagi, ingatlah yang kita semua ini pernah belajar bersama mengejar bintang.Friendship is not many of things but million of things. (Ini falsafah Muzzammil pulak) Segala kejayaan kita di masa hadapan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh persahabatan kita pada hari ini. Sayonara......Jumpa lagi 10 tahun akan datang.

" Keep this memory flaming in our heart..FOREVER" 


No comments: