Followers

Sunday, June 19, 2011

Doktor

Bismillah.

Tiada orang yang dilahirkan untuk menjadi seorang doktor, engineer, businessman dan apa sekalipun secara semulajadi. Tak semestinya ayah dan mak kau seorang doktor,maka kau juga akan menjadi seorang doktor apabila sudah besar kelak. Tidak.

Orang-orang tua dulu selalu mengharapkan anak mereka mendapat kerja yang gempak-gempak ketika itu. Yelah , orang tua-tua dulu hanya bekerja sebagai penoreh getah, pesawah, dan segala jenis pekerjaan yang selayaknya dilakukan oleh seorang marhaen. Eh, ada sahaja orang dulu dulu yang berjawatan dan mempunyai kerja yang hebat tapi jumlahnya amat sedikit. Aku bercakap berdasarkan kepada majoriti dan suara yang selayaknya menwakili masyarakat ketika itu.

Jadi, orang orang tua ini mempunyai impian yang sangat tinggi untuk melihat anak-anak mereka berjaya. Menjadi seorang doktor mungkin. Si anak pula dengan diaspirasikan oleh kesusahan hidup mereka ketika itu mempunyai tekad yang sangat kuat untuk berjaya dalam pelajaran mereka dan membantu kembali ibu bapa mereka keluar daripada kepompong kemisikinan.

Ok, tutup cerita dulu-dulu. Kita buka hikayat zaman sekarang.

Tak dapat dinafikan , arus kehidupan ketika ini sudah berubah. Tidak sama seperti zaman dulu-dulu. Anak-anak zaman sekarang sudah disuapkan dengan kesenangan sejak kecil lagi. Aku tidak mengatakan aku datang daripada keluarga yang senang. Tapi, aku tahu aku tak sesusah ibu ayah aku semasa mereka kecil kecil dahulu.

Kadang-kadang, kita ini terlalu sangat dengan kesenangan. Apabila sudah susah sedikit,mulalah melatah tak tentu pasal. Sangat tak kuat dan tiada daya tahan !

Aku mengatakan semua ini dekat diri aku. Lebih spesifik lagi apabila belajar medik ini.

Ya, aku akui Physiology, Anatomy, Histology dan Biochemistry bukanlah satu perkara yang mudah. Tak semudah belajar A, B  dan C kau tahu (?)

Orang yang sudah bergelar doktor pun sudah memberitahunya kepada aku. Aku sedar. Tapi itu adalah jalan yang telah dipilih oleh aku sendiri. Bukan ibu dan ayah. Bukan sesiapa.

Act, cita cita zaman kecil aku bukanlah seorang doktor. Jauh sekali !

Apabila ditanya oleh cikgu mengenai cita-cita, aku lebih suka menjawab untuk menjadi seorang pelukis, penulis.chef dan sejarawan. Pelik bukan cita-cita aku (?) Tapi itulah hakikatnya.

Aku rasa jiwa aku lebih sesuai dengan karya karya seni. Seni adalah sesuatu yang abstrak dan tidak terikat. Aku adalah orang yang jenisnya tak mahu terikat dan sangat abstrak kelakuannya.

Tapi, apakah yang menyebabkan aku menjadi seorang doktor (?)

Aku pun tidak tahu sebenarnya. Mungkin sebab "desakan" ataupun aku lebih suka mengatakan impian ibu dan ayah aku melihat anak mereka menjadi seorang doktor.

Tak, aku tak mengatakan ibu dan ayah yang mendesak aku menjadi seorang doktor. Ini semua adalah kemahuan aku sendiri. Serius !

Minat (?) Aku hanya minat menjadi seorang doktor apabila masuk form 4. Semangat untuk menjadi seorang doktor meluap luap ketika itu. Alhamdulillah.

Aku rasa sebab utama setakat ini aku menjadi seorang doktor ialah disebabkan nenek aku. Nenek aku mati disebabkan kanser cervix masa aku darjah 4.

Yes, I want to beat the cancer ! So the only way to beat it by becoming a doctor.


And I know that, to be a doctor is not an easy task. Really hard and stressful. 


So ? Why I have to say something that can make me down to the earth ?


It's my choice. So, face it !

Aku tak pernah menyesal menjadi seorang doktor. Dan aku juga tak pernah menyesal untuk menghadap buku-buku Physiology, Anatomy dll untuk dibaca dan dipelajari.

Mengapakah ?

Sebab aku akan menjadi seorang doktor !

2 comments:

zida said...

semangat doh aku baca. haha

all the best :)

Dr. Syaef said...

thanks zida :)