Followers

Monday, June 13, 2011

Dulu, Kini dan Selamanya (?)



Situasi yang mungkin kita selalu hadapi:

1)Tadika

" Ibu, susahlah nak baca. Ayat dia panjang-panjang. M-A , MA. Banyaknya suku kata nak kena eja  -.- "

Ibu pun berkata

" Belajar mana ada yang senang. Afiq boleh punya. Rajin-rajinlah baca. Nanti lama-lama pandailah "

2)Sekolah Rendah

" Ibu, susahlah Sains dengan Matematik. Jawab periksa asyik dapat B je -.- "

Ibu pun berkata

" Belajar mana ada yang senang. Selalulah buat latihan. Lama-lama nanti jadi hebatlah "

3)PMR

" Ibu, susahnya Arab ! Tak retilah Afiq  -.-' "

Ibu pun berkata

" Belajar mana ada yang senang. Selalulah belajar bahasa Arab. Alquraan kan dalam bahasa Arab "

4)SPM

" Ibu, susahnya Add Math. Asyik fail saja ! Time jawab exam, mesti rasa susah gila "

Ibu pun berkata

" Belajar mana ada yang senang. Selalulah buat latihan. Tanya cikgu selalu. Jangan duduk diam dalam kelas. Kalau tak tanya, mana nak pandai "

5)Universiti

" Ibu, susahlah Physiology ! Banyak nak kena faham dan ingat. Tiga buah buku nak kena ingat -.- '

Ibu pun berkata

" Belajar mana ada yang senang. Bacalah elok-elok. Anak-anak ibu mesti boleh punya. Nanti dah lepas jawab, mesti fikir takdalah susah mana bukan (?)"

*

Belajar mana ada yang senang bukan (?) Kalau tak susah, bukan namanya belajar tu.

Kita selalu merungut susah, tetapi bila kita dah lepas benda itu, semuanya senang bukan (?) :)

Kadang-kadang kita tidak perasan, tetapi ibu bapa kitalah yang selalu menjadi inspirasi dan menaikkan semangat kita.

Akhir kata,

" Physiology takdelah banyak dan susah mana pun ! Chaiyok ! "
.
.
.
.
.
.

=.=' (Sedang struggle dengan Physiology yang kompleks )



No comments: