Followers

Sunday, July 31, 2011

Tahun Pertama Aku

Bismillah.

Mood: Pasca selepas result.

Sudah setahun aku belajar ilmu medik di bumi zagazig. Fuh! Alhamdulillah. Ada 5 tahun lagi insyaAllah untuk mendapatkan ijazah yang pertama.

Jadinya, bagaimanakah dengan tahun pertama (?)

September : Baru datang ke Zagazig.

Oktober: Kuliah bermula secara rasminya. Menghadapi masalah untuk catch up study pada mulanya. Masuk pertandingan debat dan berjaya masuk ke peringkat separuh akhir. Not so bad la kan (?)

November: Raya haji pertama di luar negara. Meriah lah juga.

Disember : Bulan bersedih. Macam-macam jadi bulan ni. Oh ya, aku deactivate facebook pada bulan ni.

Januari : Rusuhan di Mesir. Winter break yang tak disangka-sangka.

Februari : Malaysia ! Rezeki untuk duduk dua minggu di Malaysia. Alhamdulillah.

Mac : Kembali memulakan kuliah setelah beberapa bulan tertangguh.

April : Pra exam. Mula terasa cuak nak final.

Mei : Akhirnya, final exam yang menyeksakan selama dua bulan bermula.

Jun : Satu bulan yang penuh stress dan tekanan jiwa.

Julai: Exam habis. Cuti. Result.

Okay, itu summary hidup aku secara ringkasnya.

Jayyid Jiddan.

 Itu keputusan yang diperolehi.Aku rasa ok lah dengan keadaan aku yang tak study sangat dekat rumah.( Fyi, aku serius study masa dekat muzium Anatomy sahaja. Dekat rumah, laptop yang jadi pengacau. Haih). Aku takdalah rajin macam housemates aku yang lain. Time diorang semua rajin study, aku dok pergi masak macam-macam jenis masakan. Dok sibuk kerja lain. Aiseh.

Apa pun, aku tahu yang tahun depan keadaan aku akan jadi lagi sibuk daripada sekarang. Masa untuk study memang terhad sangat nanti. So, kena mulakan daripada awal study. Jadinya, ini sebahagian daripada rancangan aku untuk study semasa di Malaysia nanti.


1) Buat analisis past year questions setiap subjek.

2) Baca and cuba untuk study Head and Neck.

3)Buat nota siap-siap untuk Physiology (Important Topics).

4) Baca Physchology (Baik mula baca sekarang. Boleh save banyak masa nanti xD)

5) Mencari muqoror pelajar second year tahun ini untuk dijadikan sebagai arkib.

InsyaAllah boleh punya ! Tahun depan Mumtaz ! Oh yeah !

Okay, aku rindu sangat suasana nak pergi kuliah pagi-pagi, dengar lecturer mengajar dan banyak lagi.


Selamat tinggal First Year, Selamat Datang Second Year ~

2 comments:

ellis nabila on facebook said...

assalamualaikum..
saya nabila. taun ni (2012) saya baru ja dpt tawaran ke university zagaziq melalui aqm. nak tanya ckit ni.mcm mn nak dptkan bantuan kewangan tahun pertama? saya ni bukanlah dr keluarga yg senang. jadi saya hrp abg ( bolekan pnggil abg cbb jarak umur) boleh bg pandangan secepatnya.
terima kasih.

Dr. Syaef said...

Wasalam.

Cuba apply zakat negeri. Atapun, pinjaman mana-mana. Bank rakyat contohnya,

Semoga dipermudahkan.