Followers

Sunday, August 28, 2011

Apakah selepas Ramadhan (?)

Bismillah.

Ramadhan semakin menghampiri ke penghujungnya, Kini Ramadhan hanya bersisa beberapa hari saja lagi. Syawal pula yang datang menghampiri. Bagaimana dengan Ramadhan kalian (?)

University of Ramadhan. Itulah yang selalu yang digembar gemburkan. Medan pendidikan rohani. Tetapi, berapa ramai graduan kelas A yang berjaya selepas menghabiskan sebulan di Universiti Ramadhan (?)Sedikit. Itulah realitinya. Konsistensi yang diharapkan usai sahaja melepasi garis masa Ramadhan hanya sekadar impian. Bukan satu pembohongan, tapi ianya satu realiti yang tak disembunyikan.

Menjelang hujungnya Ramadhan, berapa kerat sahaja yang bersolat terawih berjemaah di masjid ataupun surau (?)  Angin kus kus mungkin. Semangat di permulaan Ramadhan, tetapi layu di penghujungnya. Pusat beli belah dengan jualan harga diskaun yang dikejar berbanding mengejar bonus pahala yang Allah s.w.t kurniakan kepada hamba-Nya. Belum lagi dikira pembaziran dalam membuat persiapan menyambut hari lebaran. Mungkin ada yang terpaksa berhutang sekeliling pinggang bagi memastikan semuanya baru.

"Ala, setahun sekali sahaja Raya ni. Jadi, kenalah sambut betul-betul"

Kedengaran suara-suara skeptikal berkata sedemikian.

Memang setahun sekali, tetapi yang mana lagi penting antara keberkatan Ramadhan dan keseronokan Hari Lebaran (?) Rasanya, tidak ada pun ayat Al-Quraan dan Hadis yang mengatakan Hari Raya Aidilfitri hendaklah disambut semeriah dan semewah yang mungkin. Hanya sekadar yang termampu, itu pun sudah mencukupi.

Bukan hendak menidakkan keseronokan Hari Lebaran, tetapi apabila ianya disambut dengan cara yang keterlaluan dan pembaziran, ada yan tidak kena disitu. Cukuplah sekadar bersederhana. Jangan selepas Syawal nanti, mulalah sakit kepala hendak membayar hutang yang keliling pinggang banyaknya. Tanpa disedari , kita telah menjadikan Hari Raya Aidilfitri itu sebagai salah satu punca kesusahan kita.

"Ramadhan yang pergi, Syawal yang menanti, murnikan hasrat diri, carilah keberkatan Illahi'


Salam Ramadhan ~


No comments: