Followers

Tuesday, August 23, 2011

Saya Rindu Diri Saya Yang Lalu

Bismillah



Sedar atau tidak, kita makin besar dan terus membesar. Seiiring dengan perkembangan usia kita. Jika dahulu,seronok bermain-main setiap masa,tapi sekarang kita “seronok” bertungkus lumus dalam mengejar cita-cita.  Tentunya,ianya telah menimbulkan perubahan yang agak besar dalam kehidupan kita. Mungkin fizikalnya dapt kita sedari, tapi bagaimanakah pula jika perubahan mental? Adakah kita menyedarinya?

“ Saya rindu diri saya yang lalu”

Ya. Mungkin sesetengah daripada kita atau lebih ramai lagi, tanpa disedari menuturkan perkataan ini. Rindu menjadi diri yang sebelum ini mungkin jauh berbeza dengan diri sekarang ini. jika dahulu, kita lebih kepada bersikap polos dan gila-gila, tapi mungkin sekarang kita telah bertukar kepada seorang yang tegas dan serius. Bagaimanakah perubahan ini boleh berlaku? Bagaiman boleh berubah menjadi seorang yang lain dalam hanya sekelip mata?

Tidak dapat tidak, ianya merupakan salah satu proses dalam mencapai kematangan. Perjalanan hidup manusia seiring masa. Semakin lama masa berlalu,semakin banyak perkara yang ditempuhi seseorang. Ianya satu kenyataan. dan,dalam proses kemtangan itu, ada perkara yang perlu dikorbankan. Dan,mungkin salah satunya,adalah diri kita sendiri.

Pedih bukan? Kita kadang-kadang terpaksa mengalah kepada orang lain ? Sakit hati bukan? Kita kadang-kadang terpaksa mendengar orang mengutuk kita? Seksa bukan? Kita kadang-kadang terpaksa memendam saja kepentingan diri demi kepentingan orang lain?

Memang pedih,sakit dan seksa. Kita merasakan asyik kita sahaje yang terpaksa beralah. Bagaimanakah dengan orang lain? Terus menerus membuli kita? Kita terfikir “Saya mahu jadi diri saya yang lalu!”

Ya. Kita sebenarnya boleh sahaja menjadi diri kita yang lalu. Siapakah yang mengatakan tidak boleh? Dalam konteks ini, kita boleh menjadi diri kita yang lalu sekiranya ianya,

“Diri lalu kita lebih BAIK daripada diri kita yang sekarang”

“Diri lalu kita lebih SESUAI daripada diri kita yang sekarang”

“Diri lalu lebih BERMANFAAT daripada diri kita yang sekarang”

“Diri lalu kita lebih MATANG daripada diri kita sekarang”

“Diri lalu kita lebih SOPAN daripada diri kita sekarang”

Sekiranya semua seperti yang diatas, silalah pusing kembali menjadi diri yang lalu. Jika tidak, Mengapakah kita nak bertukar kembali? Evolusi manusia adalah untuk menjadi lebih baik dan baik. itu yang sepatutnya. Evolusi manusia bukan daripada aspek fizikal tetapi daripada aspek kematangan.

Mari fikirkan kembali dan sama-sama muhasabah kembali. Sentiasa ada ruang perubahan untuk kita kerana manusia tidak akan pernah mencapai kesempurnaan. Dan,dalam perjalanan itu,anda sendiri yang akan mempelajarinya. Kematangan adalah satu perjalanan, bukannya destinasi.

"Who am I?"

No comments: