Followers

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday #Pengalaman Balik ke Mesir 2011 ,

Bismillah,

" Miss flight. Satu  pengajaran"

Thursday, September 22, 2011

Spontaneous Thursday #3

Bismillah,

" Ya Allah, permudahkanlah dan bukakanlah pintu rezeki seluas-luasnya kepada diriku dan rakan-rakanku pada 23 September 2011 ini.Kami semua amat memerlukannya dalam perjuangan kami mencapai cita-cita kami semua.Ya Allah,sesungguhnya, Kau Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih."

 Amin Ya Rabbal Alamin.

p/s :Kepada mereka yang membaca entri ini, saya merayu dan memohon agar kalian semua mendoakannya. InsyaAllah.

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday #3

Bismillah





Selamat datang, junior !


Aku & Manchester United

Bismillah.

Amboi ! Tajuk entri macam tajuk novel je. Mungkin ramai yang tengok aku nerd sampai tak tahu dan tak sangka yang aku ni minat bola. Dah biasa dengan situasi camni. Yelah, aku bukannya die-hard-fan sangat sampai setiap Manchester United nak tengok. Masa sekolah dulu, tak pernah fly asrama semata-mata untuk tengok match Man Utd. Okay, sangat berdisiplin. Peraturan tetap peraturan !

Manchester United Football Club


Anyway, aku tahu ramai yang menyokong Manchester United. Kelab bolasepak yang paling berjaya di England. Ini satu fakta.19 kejuaraan liga, 11 Piala FA, 4 Piala Liga dan 19 Charity Shield. Liverpool (?) Tanya sama itu pokok. Aku bukan nak bersyarah tentang sejarah Manchester United. Mesti ramai yang tahu bukan (?) Kata die hard fan. Anyway, aku nak cerita bagaimana aku boleh minat Manchester United.

Tahun 2011 ini merupakan ulangtahun ke-10 aku minat Manchester United. Yup, aku minat dengan Man Utd sejak tahun 2001 lagi. Detik mulanya ialah perlawanan Charity Shield antara Manchester United dan musuh tradisi, Liverpool. Man Utd kalah perlawanan itu dengan keputusan 2-1. Ruud Van Nistelrooy menjaringkan gol kompetitif yang pertamanya untuk ketika itu. Itulah perlawanan pertama bolasepak yang aku lihat sepanjang hidup aku yang ketika itu baru berumur 9 tahun. Pelik bukan (?) Sepatutnya aku sokong Liverpool yang menang perlawanan itu, tetapi entah bagaimana Man Utd juga yang akhirnya menjadi pilihan. Nasib baiklah bukan Liverpool, kalau tidak mesti rasa stress angat ketika ini.

Musim 2001-2002 bukanlah musim yang baik untuk Man Utd. Red Devils hanya mampu mendapat kedudukan ke-3 liga pada musim itu di belakang Arsenal dan Liverpool.  Bayer Leverkusen pula menewaskan Red Devils di separuh akhir Champions League. Satu musim yang kosong tanpa trofi. Rio Ferdinand tiba pada musim 2002-2003 dan United kembali menjadi juara liga . Malangnya, sekali lagi United tersingkir daripada Champions League di peringkat suku akhir. Kali ini ditangan Real Madrid dengan agregat 6-5. David Beckham melangkah kaki keluar dari Old Trafford dipenghujung musim. Aku rasa sedikit kecewa melihat Beckham tidak lagi menyarung jersi Man Utd. Bukan aku sahaja, malahan jutaan penyokong Man Utd di seluruh dunia turut berasa sedemikian. Itu adalah permulaan kepada hilangnya Fergie's Fledgings.

Cristiano Ronaldo,remaja Portugal berusia 18 tahun dibawa masuk daripada Spoting Lisbon dengan harga 12.24 juta pound. Pengganti kepada David Beckham mungkin (?) Seperi dijangka, Red Devils gagal mempertahankan kejuaraan dibelakang The Invicibles, Arsenal dan Chelsea yang baru diambil oleh taikun Russian, Roman Abramovich. Seperti satu sumpahan, Man Utd gagal menjulang kejuaraan liga buat 3 musim. Jose Mourinho memacu Chelsea menjadi juara liga dua tahun berturut-turut. Sir Alex Ferguson sedang membina semula dinasti Red Devils. Wayne Rooney dibawa masuk pada musim 2004-2005. Aku akui 3 tahun dimana Man Utd gagal memenangi kejuaraan liga merupakan masa-masa sukar sebagai supporters Man Utd. Ketika itu, ramai yang menyokong Arsenal ataupun Chelsea. Lalu, aku sebagai penyokong Manchester United sering diejek. Sabar !

Akhirnya, musim 2006-2007, United kembali menjadi juara meninggalkan Chelsea ditempat kedua. Musim 2007-2008 merupakan musim yang gemilang untuk Red Devils. Aku tersenyum puas. Man Utd menjadi juara liga dan juara Eropah menewaskan Chelsea di Moscow. Terima kasih kepada John Terry yang terpijak kulit pisang semasa mengambil tendangan penalti. Nah ! Aku ejek kembali mereka yang menyokong Chelsea, Arsenal dan err, Liverpool (?) Musim 2008-2009, United kembali ke final Champions League dalam misi mempertahankan kejuaraan. Barcelona menjadi lawan di final. Satu perlawanan yang menyakitkan hati sejujurnya. Red Devils disekolahkan oleh Barcelona di Rome. 2-0 cukup membuatkan United sedar yang Barcelona terlalu handal. Ramai yang mula menyokong Barca ketika itu. Dasar lalang ! Tapi, aku tetap dengan United. Itu sudah pasti.

Akhirnya, kitaran hidup Cristiano Ronaldo berakhir jua. Ronaldo menuju ke Madrid dengan hara 80 juta pound pada musim 2009-2010. United dikalahkan oleh Chelsea dalam perebutan kejuaraan liga dengan hanya beza satu mata. Satu mata tetap menjadi pembeza yang nyata. Red Devils terpaksa menunggu setahun lagi untuk memperolehi kejuaraan liga ke-19 mereka. Seperti dijangka, pasukan seperti Red Devils akan sentiasa memenangi kejuaraan. Bukan seperti Liverpool yang hanya mampu berkata "This is our year". Dasar angan-angan Mat Jenin.

 Musim 2010-2011, Man Utd kembali menjadi juara liga dan turut layak ke perlawanan akhir Champions League. FC Barcelona menjadi lawan di final. Seperti di Rome, Barcelona menyekolahkan Red Devils di Wembley. 3-1,United tewas lagi final. Red Devils masih setakuk dibawah Barca dan si magis Lionel Messi.
.
.
.
.

Menjadi penyokong Man Utd merupakan satu kepuasan. Walaupun tidak menonton setiap match, tapi itu bukanlah dasar kesetiaan kepada kelab. Ramai yang menyokong United sekarang tetapi berapa ramai yang mungkin masih menyokong United yang mungkin satu hari nanti akan bergelut di zon penyingkaran malahan lebih teruk mungkin tersingkir ke divisyen satu. Berapa ramaikah ?

(It's not just support your team. Happy when Red Devils won, but also still standing  behind them eventhough club is relegated )


Glory, glory, Man United

Glory, glory, Man United


Glory, glory, Man United


As The Reds Go Marching On On On !

Friday, September 16, 2011

Random

Bismilah,

Hari ini, 16 September 2011. Lebih kurang 10 hari lagi, 27 September 2011.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dah nak balik Mesir weh ! -.-

Patut excited atau sedih (?)

Thursday, September 8, 2011

Spontaneous Thursday #2 and Quote

Bismilah


"Hidup ini tidak boleh berdasarkan "saya suka awak" dan "awak suka saya" and 


we live happily  ever after-aman bahagia untuk selamanya. Hidup ini ada duri dan ranjau"


Nitrosette, Ikhlas A.k !












.
Peh, sentap !


Dengar tu (?)

Wednesday, September 7, 2011

Fakta Seorang Manusia bernama Syaufiq Effendy

Bismilah.


1) Semangat dalam membuat sesuatu. 

2) Sangat degil dan keras kepala.


3) Suka habiskan duit dengan makanan dan novel berbanding habiskan duit dengan shopping.


4)Sangat pendiam dalam realiti, tapi sangat peramah bila dalam dunia maya. I don't know why.


5)Menyokong Manchester United sejak tahun 2001.


6)Tak pandai untuk mulakan perbualan, tetapi bila dah selesa, ok je.


7) Suka akan chemistry.


8) Peminat tegar novel. Jiwang, politik, semuanya layan.


9)Bukannya seorang yang alim. ok (?)


10)Lebih suka study seorang diri daripada berkumpulan. 


11) Sentiasa mahu menang.


12)Sangat tak gemar orang(lelaki atau perempuan) yang over over over gedik.


13)Suka menyapu sampah tapi tak suka membasuh.


14)Bolehlah tahan pandai memasak.


15)Mahu kahwin. Tak mahu membujang.


16)Sangat lambat menangkap sesuatu perkara. Loading~


17)Bila kena dengan moodnya, sangat sangat rajin.


18) Suka menulis.



19)Sangat sangat sangat suka akan sejarah.

20)Suka mencapub. 



21) Suka menganalisis seseorang.


22) Ada instinct yang hebat.


.

.



Ada yang lain lagi for sure.Next time. :P

Wordless Wednesday #2

Bismilah


Tuesday, September 6, 2011

Pantun Poligami

Bismilah.



si suami berkata sunnah berpoligami,
jadikan alasan nak senangkan diri,
solat lima waktu masih tercari cari,
sedarlah wahai si lelakii

Niat di hati ingin mendapat manisnya madu,
Malangnya pahit hempedu,
Kalau duit sekadar cukup mana yang perlu,
Tak usah menyimpan niat poligami di kalbu.

seorang isteri pun sudah mencukupi,
asalkan diri seorang yang mensyukuri,
jangan jadi tak sedar diri,
takut kelak nanti murka Allah yang menanti.

Buat isteri, bukalah mata hati,
poligami bukannya satu penamat diri,
Ikhlaskan hati murnikan diri,
InsyaAllah rahmat Allah yang menanti.

Poligami bukannya satu hukuman,
Ianya satu nikmat yang sangat menawan,
suami dan isteri jangan tuduh sembarangan,
baru hidup indah cantik rupawan.

jangan disalahkan poligami,
salahkanlah diri sendiri,
buka alquraan muhasabah kembali,
mohonlah petunjuk sang Illahi.
Sekian.



Monday, September 5, 2011

Contengan Jalanan

Bismillah,

(Untuk entri ini, lebih molek jika perkataan "saya" yang digunakan)

Saya memang seorang peminat karya-karya Hlovate. Karya-karyanya seakan dekat di jiwa dan meninggalkan kesan apabila dibaca. Itulah penangan Hlovate dalam diri saya.


Karya terbaru Hlovate


Contengan Jalanan.

Novel ini dikeluarkan semasa saya masih di Mesir sekitar bulan Mei. Tetapi saya hanya berpeluang mendapatkannya ketika pulang bercuti di Malaysia baru-baru ini. Beberapa buah kedai buku telah diterokai dan akhirnya berjumpa juga. Gembira.

Saya mula membaca. Tidak faham. Terlalu banyak istilah muzik yang hendak ditonjolkan hinggakan saya terasa malas untuk membaca. Novel Contengan Jalanan dibiarkan begitu sahaja tidak berbaca. Situasi yang berlarutan untuk beberapa hari lamanya. Tiba-tiba, terdetik hati untuk membaca Contengan Jalanan. Walaupun, tidak faham pada mulanya tetapi Hlovate seakan meletakkan magis yang membuatkan saya membaca daripada satu muka surat ke satu muka surat yang lain. Akhirnya, novel Contengan Jalanan berjaya saya selesaikan.

Contengan Jalanan ? Apakah yang saya dapat ? Apakah yang istimewanya karya ini pada saya?

Contengan Jalanan adalah satu kisah dua orang manusia yang dipanggil Fend dan K2 dalam novel ini. Sebuah kisah bagaimanakah perubahan diri dan erti hidup dalam diri mereka. Kisah mereka tidak sama dan melalui jalan yang berbeza. Tetapi, kedua-duanya menuju ke arah yang sama.

(Baca terlebih dahulu I-Fend sebelum II-K2)

I-Fend

"The Man decided to change on the 12th hour dies on the 11th"

Kisah perjalanan Fend berpusing di sekitar quote ini. Setiap orang pasti ada rasa ingin berubah. Berubah daripada yang buruk kepada yang baik dan yang baik kepada yang lebih baik. Itulah adalah fitrah manusia. Tetapi persoalannya, adakah kita sempat melakukan perubahan itu ? Itulah persoalan yang ditonjolkan dalam kisah Fend.  Berubah itu tidak memerlukan prosedur eksperimen yang statik tetapi terpulang kepada seseorang individu itu. Mengambil tempat di Australia, arus perubahan Fend mula terlakar.

Ramai orang yang mengatakan diri mereka mahu berubah. Tetapi berapa ramai yang melaksanankannya ?

Millions of ideas,if you don't do anything, it's just useless.

Perubahan tidak memerlukan harta yang bertimbun cuma kerelaan diri untuk melakukannya. Ramai yang berkata "Ala, tunggulah. Nanti dah tua, aku berubahlah". Satu pandangan yang skeptikal. Adakah kita mempunyai jaminan yang kita akan terus hidup sehingga ke umur 50 atau 6o tahun ? Bagaimanakah kalau kita tidak sempat untuk berubah sebelum roh berpisah daripada jasad ?

Fikirkan.

II-K2

Kisah K2 lebih kepada membawa intipati "Hanya Allah sahaja yang berhak untuk mencampakkan hidayah kepada hamba-hambaNya". Perubahan K2 digerakkan oleh Fend secara kasarnya. Fend mahu K2 merasai apa yang dia rasa. Satu perubahan diri yang bukan sekadar terletak di alat-alat muzik sahaja. Hidup lebih daripada itu tetapi disandarkan kepada tujuan yang satu iaitu Tuhan. Jika Fend menerima cahaya di Australia manakala K2 di kota Jakarta.

Komen:

Cerita yang tidak tipikal seperti novel Hlovate sebelum ini. Tiada kisah cinta yang menjadi tema novel-novel Hlovate sebelum ini. Jika melalui Versus, Hlovate cuba bercerita bagaimanakah perubahan diri berlaku tetapi Hlovate meluaskan skop perubahan diri itu.Kehadiran watak perempuan hanyalah minor sahaja dan boleh dikatakan seperti asap. :)

Apapun, novel Contengan Jalanan adalah satu novel yang berbaloi untuk dibaca. Mungkin "jenayah" bahasa telah dilakukan, tetapi apa yang paling penting, mesej yang ingin disampaikan. Buat apa novel berbahasa puitis mendayu tetapi pembaca layu tidak mendapat apa-apa. Bukankah begitu (?)

"There's no such thing wrong in arts provided that provided in Islam is a given'

Saturday, September 3, 2011

oo Hari Raya

Bismillah,



Anda lakukannya (?)

kredit: Reborn of Real Muslim Campaign, Perubatan Cawangan Zagazig