Followers

Wednesday, September 21, 2011

Aku & Manchester United

Bismillah.

Amboi ! Tajuk entri macam tajuk novel je. Mungkin ramai yang tengok aku nerd sampai tak tahu dan tak sangka yang aku ni minat bola. Dah biasa dengan situasi camni. Yelah, aku bukannya die-hard-fan sangat sampai setiap Manchester United nak tengok. Masa sekolah dulu, tak pernah fly asrama semata-mata untuk tengok match Man Utd. Okay, sangat berdisiplin. Peraturan tetap peraturan !

Manchester United Football Club


Anyway, aku tahu ramai yang menyokong Manchester United. Kelab bolasepak yang paling berjaya di England. Ini satu fakta.19 kejuaraan liga, 11 Piala FA, 4 Piala Liga dan 19 Charity Shield. Liverpool (?) Tanya sama itu pokok. Aku bukan nak bersyarah tentang sejarah Manchester United. Mesti ramai yang tahu bukan (?) Kata die hard fan. Anyway, aku nak cerita bagaimana aku boleh minat Manchester United.

Tahun 2011 ini merupakan ulangtahun ke-10 aku minat Manchester United. Yup, aku minat dengan Man Utd sejak tahun 2001 lagi. Detik mulanya ialah perlawanan Charity Shield antara Manchester United dan musuh tradisi, Liverpool. Man Utd kalah perlawanan itu dengan keputusan 2-1. Ruud Van Nistelrooy menjaringkan gol kompetitif yang pertamanya untuk ketika itu. Itulah perlawanan pertama bolasepak yang aku lihat sepanjang hidup aku yang ketika itu baru berumur 9 tahun. Pelik bukan (?) Sepatutnya aku sokong Liverpool yang menang perlawanan itu, tetapi entah bagaimana Man Utd juga yang akhirnya menjadi pilihan. Nasib baiklah bukan Liverpool, kalau tidak mesti rasa stress angat ketika ini.

Musim 2001-2002 bukanlah musim yang baik untuk Man Utd. Red Devils hanya mampu mendapat kedudukan ke-3 liga pada musim itu di belakang Arsenal dan Liverpool.  Bayer Leverkusen pula menewaskan Red Devils di separuh akhir Champions League. Satu musim yang kosong tanpa trofi. Rio Ferdinand tiba pada musim 2002-2003 dan United kembali menjadi juara liga . Malangnya, sekali lagi United tersingkir daripada Champions League di peringkat suku akhir. Kali ini ditangan Real Madrid dengan agregat 6-5. David Beckham melangkah kaki keluar dari Old Trafford dipenghujung musim. Aku rasa sedikit kecewa melihat Beckham tidak lagi menyarung jersi Man Utd. Bukan aku sahaja, malahan jutaan penyokong Man Utd di seluruh dunia turut berasa sedemikian. Itu adalah permulaan kepada hilangnya Fergie's Fledgings.

Cristiano Ronaldo,remaja Portugal berusia 18 tahun dibawa masuk daripada Spoting Lisbon dengan harga 12.24 juta pound. Pengganti kepada David Beckham mungkin (?) Seperi dijangka, Red Devils gagal mempertahankan kejuaraan dibelakang The Invicibles, Arsenal dan Chelsea yang baru diambil oleh taikun Russian, Roman Abramovich. Seperti satu sumpahan, Man Utd gagal menjulang kejuaraan liga buat 3 musim. Jose Mourinho memacu Chelsea menjadi juara liga dua tahun berturut-turut. Sir Alex Ferguson sedang membina semula dinasti Red Devils. Wayne Rooney dibawa masuk pada musim 2004-2005. Aku akui 3 tahun dimana Man Utd gagal memenangi kejuaraan liga merupakan masa-masa sukar sebagai supporters Man Utd. Ketika itu, ramai yang menyokong Arsenal ataupun Chelsea. Lalu, aku sebagai penyokong Manchester United sering diejek. Sabar !

Akhirnya, musim 2006-2007, United kembali menjadi juara meninggalkan Chelsea ditempat kedua. Musim 2007-2008 merupakan musim yang gemilang untuk Red Devils. Aku tersenyum puas. Man Utd menjadi juara liga dan juara Eropah menewaskan Chelsea di Moscow. Terima kasih kepada John Terry yang terpijak kulit pisang semasa mengambil tendangan penalti. Nah ! Aku ejek kembali mereka yang menyokong Chelsea, Arsenal dan err, Liverpool (?) Musim 2008-2009, United kembali ke final Champions League dalam misi mempertahankan kejuaraan. Barcelona menjadi lawan di final. Satu perlawanan yang menyakitkan hati sejujurnya. Red Devils disekolahkan oleh Barcelona di Rome. 2-0 cukup membuatkan United sedar yang Barcelona terlalu handal. Ramai yang mula menyokong Barca ketika itu. Dasar lalang ! Tapi, aku tetap dengan United. Itu sudah pasti.

Akhirnya, kitaran hidup Cristiano Ronaldo berakhir jua. Ronaldo menuju ke Madrid dengan hara 80 juta pound pada musim 2009-2010. United dikalahkan oleh Chelsea dalam perebutan kejuaraan liga dengan hanya beza satu mata. Satu mata tetap menjadi pembeza yang nyata. Red Devils terpaksa menunggu setahun lagi untuk memperolehi kejuaraan liga ke-19 mereka. Seperti dijangka, pasukan seperti Red Devils akan sentiasa memenangi kejuaraan. Bukan seperti Liverpool yang hanya mampu berkata "This is our year". Dasar angan-angan Mat Jenin.

 Musim 2010-2011, Man Utd kembali menjadi juara liga dan turut layak ke perlawanan akhir Champions League. FC Barcelona menjadi lawan di final. Seperti di Rome, Barcelona menyekolahkan Red Devils di Wembley. 3-1,United tewas lagi final. Red Devils masih setakuk dibawah Barca dan si magis Lionel Messi.
.
.
.
.

Menjadi penyokong Man Utd merupakan satu kepuasan. Walaupun tidak menonton setiap match, tapi itu bukanlah dasar kesetiaan kepada kelab. Ramai yang menyokong United sekarang tetapi berapa ramai yang mungkin masih menyokong United yang mungkin satu hari nanti akan bergelut di zon penyingkaran malahan lebih teruk mungkin tersingkir ke divisyen satu. Berapa ramaikah ?

(It's not just support your team. Happy when Red Devils won, but also still standing  behind them eventhough club is relegated )


Glory, glory, Man United

Glory, glory, Man United


Glory, glory, Man United


As The Reds Go Marching On On On !

No comments: