Followers

Monday, September 5, 2011

Contengan Jalanan

Bismillah,

(Untuk entri ini, lebih molek jika perkataan "saya" yang digunakan)

Saya memang seorang peminat karya-karya Hlovate. Karya-karyanya seakan dekat di jiwa dan meninggalkan kesan apabila dibaca. Itulah penangan Hlovate dalam diri saya.


Karya terbaru Hlovate


Contengan Jalanan.

Novel ini dikeluarkan semasa saya masih di Mesir sekitar bulan Mei. Tetapi saya hanya berpeluang mendapatkannya ketika pulang bercuti di Malaysia baru-baru ini. Beberapa buah kedai buku telah diterokai dan akhirnya berjumpa juga. Gembira.

Saya mula membaca. Tidak faham. Terlalu banyak istilah muzik yang hendak ditonjolkan hinggakan saya terasa malas untuk membaca. Novel Contengan Jalanan dibiarkan begitu sahaja tidak berbaca. Situasi yang berlarutan untuk beberapa hari lamanya. Tiba-tiba, terdetik hati untuk membaca Contengan Jalanan. Walaupun, tidak faham pada mulanya tetapi Hlovate seakan meletakkan magis yang membuatkan saya membaca daripada satu muka surat ke satu muka surat yang lain. Akhirnya, novel Contengan Jalanan berjaya saya selesaikan.

Contengan Jalanan ? Apakah yang saya dapat ? Apakah yang istimewanya karya ini pada saya?

Contengan Jalanan adalah satu kisah dua orang manusia yang dipanggil Fend dan K2 dalam novel ini. Sebuah kisah bagaimanakah perubahan diri dan erti hidup dalam diri mereka. Kisah mereka tidak sama dan melalui jalan yang berbeza. Tetapi, kedua-duanya menuju ke arah yang sama.

(Baca terlebih dahulu I-Fend sebelum II-K2)

I-Fend

"The Man decided to change on the 12th hour dies on the 11th"

Kisah perjalanan Fend berpusing di sekitar quote ini. Setiap orang pasti ada rasa ingin berubah. Berubah daripada yang buruk kepada yang baik dan yang baik kepada yang lebih baik. Itulah adalah fitrah manusia. Tetapi persoalannya, adakah kita sempat melakukan perubahan itu ? Itulah persoalan yang ditonjolkan dalam kisah Fend.  Berubah itu tidak memerlukan prosedur eksperimen yang statik tetapi terpulang kepada seseorang individu itu. Mengambil tempat di Australia, arus perubahan Fend mula terlakar.

Ramai orang yang mengatakan diri mereka mahu berubah. Tetapi berapa ramai yang melaksanankannya ?

Millions of ideas,if you don't do anything, it's just useless.

Perubahan tidak memerlukan harta yang bertimbun cuma kerelaan diri untuk melakukannya. Ramai yang berkata "Ala, tunggulah. Nanti dah tua, aku berubahlah". Satu pandangan yang skeptikal. Adakah kita mempunyai jaminan yang kita akan terus hidup sehingga ke umur 50 atau 6o tahun ? Bagaimanakah kalau kita tidak sempat untuk berubah sebelum roh berpisah daripada jasad ?

Fikirkan.

II-K2

Kisah K2 lebih kepada membawa intipati "Hanya Allah sahaja yang berhak untuk mencampakkan hidayah kepada hamba-hambaNya". Perubahan K2 digerakkan oleh Fend secara kasarnya. Fend mahu K2 merasai apa yang dia rasa. Satu perubahan diri yang bukan sekadar terletak di alat-alat muzik sahaja. Hidup lebih daripada itu tetapi disandarkan kepada tujuan yang satu iaitu Tuhan. Jika Fend menerima cahaya di Australia manakala K2 di kota Jakarta.

Komen:

Cerita yang tidak tipikal seperti novel Hlovate sebelum ini. Tiada kisah cinta yang menjadi tema novel-novel Hlovate sebelum ini. Jika melalui Versus, Hlovate cuba bercerita bagaimanakah perubahan diri berlaku tetapi Hlovate meluaskan skop perubahan diri itu.Kehadiran watak perempuan hanyalah minor sahaja dan boleh dikatakan seperti asap. :)

Apapun, novel Contengan Jalanan adalah satu novel yang berbaloi untuk dibaca. Mungkin "jenayah" bahasa telah dilakukan, tetapi apa yang paling penting, mesej yang ingin disampaikan. Buat apa novel berbahasa puitis mendayu tetapi pembaca layu tidak mendapat apa-apa. Bukankah begitu (?)

"There's no such thing wrong in arts provided that provided in Islam is a given'

5 comments:

Anonymous said...

fend - fendy - effendy

Dr. Syaef said...

ouh, anonymous, are u the silence reader ? or the another ?

yeah, kebetulan.

Anonymous said...

silencer .

Dr. Syaef said...

code nampak ye.

Dr. Syaef said...

code nampak ye.