Followers

Sunday, November 27, 2011

Duplikasi

Salam alaik.

Sudah mula terasa rajin (sedikit) untuk menulis blog. Nak kumpulkan momentum balik setelah sekian lama terasa malas sangat untuk menaip entri.

*

Kau pernah terasa tak kau mahu jadi seperti orang lain ? Maksud aku , jadi duplicate orang itu. Mungkin orang yang kau mahu duplicate itu adalah orang yang so-called-perfect.

"Pandai dalam sains, genius matematik , orang yang terkenal , hebat bersukan , pandai bersastera "

Kadang kadang , dalam hati nurani aku, aku mahu jadi seperti orang yang aku nampak hebat pada mata pandangan aku sendiri. Siapakah yang tak mahu menjadi so-called-perfect ? (Muka innocent)

Aku berusaha ke arah itu. Cuba duplicate dan tiru. Tapi sampai satu tahap, kita mungkin akan tersedar realiti yang kita ada limit yang tak boleh kita lepasi. Aku berusaha keras untuk hebat dalam Add Math, tetapi tak pernah melepasi markah 80%.  Aku lihat kawan aku yang senang lenang, boleh saja senang senang dapat 90% ke atas.  Nampak tidak adil bukan ?

Tetapi itulah hakikatnya. Kadang kadang, kita tidak boleh kuasai semua perkara sebab kita memang tidak pernah sempurna. Mungkin aku kurang yang ini tetapi mungkin juga aku ada lebih yang lain. Sedar atau tidak sahaja yang menjadi masalahnya.

Cuba kau lihat kelebihan kau masing masing ? Tipu kalau kata tidak ada. Mesti ada punyalah. Kemudian cuba kau banding dengan orang lain. Kau akan lihat yang kelebihan kau ada itu tidak ada pada orang lain. Isitimewa kan kau ?

Itulah, setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing masing. Hakikat. Realiti. Terpulang kepada kau sahaja untuk menghargai kelebihan yang kau ada itu. Allah itu Maha Adil, beb.

"Mengapakah harus kecewa ? kita semua sama akhirnya "




Saturday, November 26, 2011

Cerita Kawan

Salam.

Salam Maal Hijrah untuk semua yang membaca blog ini secara sengaja atau tidak. Semoga tahun baru ini menjadi lebih baik untuk kita. InsyaAllah.

Well, azam mesti berganti azam. Cliche. Itulah kita. Cuma dapat laksanakan atau tidak sahaja. Azam aku masih sama seperti dulu (sebab yang dulu masih lagi tak berapa berjaya nak terlaksana).

*

Back few years ago, aku tak punya banyak kawan. Er, kawan yang betul betul kawan. Kawan yang sekadar mengikut definisi itu memang ramai. Cuma yang betul betul kawan itu susahlah nak ada. Sebab itu, aku lebih suka bersendirian apabila dah dewasa. Sebab zaman kecil aku bukanlah zaman yang penuh kawan.

Aku selalu berfikir apakah itu erti kawan yang sebenarnya. Kalau sekadar ikut definisi kamus dewan bahasa memang tak payahlah. Sebab itu aku mencari dan terus mencari. Dan sudah semestinya dalam misi mencari itu, mesti aku akan berdepan hakikat kepahitan.

Dulu dulu, cikgu suruh tulis siapakah nama kawan baik dalam sehelai kertas. Aku dengan yakin tulis nama rakan rakan sekelas aku yang boleh lah kira rapat. Mungkin nama nama yang aku tulis ini betul betul adalah rakan baik aku. Innocent sungguh. Kemudiannya, aku jelinglah rakan rakan yang duduk sebelah aku, ada tak terselit nama aku dalam senarai nama rakan baik dia.

" Nama aku tiadalah" getus hati. Agak kecewa juga.

Aku tengok kawan kawan yang lain. Mengharapkan mungkin terselit nama aku. Satu pun jadilah. Tetapi, tiada. Sedih la juga hati kecil ini. Aku senyap sahaja dan buat senyuman plastik. Sedih.

Apabila bermain dan bersama rakan-rakan, pendapat aku yang paling tak didengari. Aku macam list bawah sekali. Jadi, terpaksalah lebih mengikuti daripada mengetuai. Ini sebabnya berlaku satu phobia dalam diri aku ketika kecil dulu, senyap daripada mengeluarkan sebarang kata dan pendapat. Yelah, kata kata aku siapalah nak dengar. Hakikatnya, aku tak ramai kawan. Kawan kawan aku ialah adik adik aku yang beza umurnya agaklah jauh. Dalam 5-6 tahun gitu. Adik adik ialah rakan sepermainan aku. Main bola sama sama, main teddy bear sama sama dan lain LAIN. (Erk, aku main teddy bear ? )

Itulah realiti.

Zaman sekolah rendah dan menengah aku tiadalah seindah orang lain. Penuh dengan mimpi indah. Aku ada masalah, aku kena hadapi seorang diri. Tiada kawan yang boleh untuk bercerita sangat. Yelah, nak cerita dengan adik aku yang beza umur 6 tahun ? Sangatlah tak sesuai kan. Jadinya , aku lebih banyak menyimpan daripada melepaskan. Simpan sampai kadang kadang rasa keseorangan yang amat. Sakit. Sunyi.

Apabila orang nampak aku selalu jalan seorang diri, mereka selalu bertanya,

" Seorang je ke ? Mana yang lain ?"

Aku bukan apa. Aku cuma lagi selesa seorang diri sebab dah terbiasa daripada kecil lagi. Bukan nak bangga, cuma aku ialah seorang yang agak berdisiplin. Lebih lebih lagi tentang masa.  Masa mesti tepat dan agak "benci" menunggu. Walaupun selalu je kena menunggu. Jangan salahkan aku, sebab ibu yang ajar untuk tepati masa dan ibu selalu hantar ke sekolah awal pagi. Pukul 615 dah sampai sekolah. Orang pertama yang sampai sekolah. -.-

Ya, aku tahu. Kawan itu mestilah saling melengkapi. Tak semua orang macam kita. Itu adalah realiti berkawan. Kita kena mengalah. Tetapi sampai bilakah untuk terus mengalah dan dan menyimpan ?

Mungkin aku bersikap pesimis dalam hal ini. Cuma pesimis aku dizahirkan daripada pengalaman pengalaman aku yang lalu. Asyik disakiti dan asyik diketepikan. Jadi, aku telah belajar untuk lebih mempercayai diri sendiri. "Yourself !"

Aku tahu kadang kadang aku bersikap melampau tetapi itulah aku. Aku cuba untuk berubah dan sentiasa berubah ke arah itu.

Tetapi, aku masih mencari erti kawan yang sebenar. Mungkin aku terlepas pandang selama ini tetapi aku percaya satu hari nanti orang yang digelar kawan baik itu akan menukar persepsi aku selama ini.

...

Aku berharap.

Monday, November 14, 2011

Salam,

I'm gonna be silence for a while,

Saturday, November 12, 2011

Smart Circle

Assalamualaikum

Smart Circle.

Itu merupakan program mingguan saya dan rakan - rakan yang sangat saya nantikan sebenarnya. Ini bukannya satu perlian tetapi satu realiti. Mungkin lain orang lain pandangannya tetapi saya melihat smart circle merupakan salah satu aktiviti yang mempunyai banyak manfaatnya sama ada secara langsung atau tidak.

Selum itu, apakah itu Smart Circle (?)

Smart Circle merupakan nama lain bagi usrah . Ianya merupakan "rebranding" nama terhadap usrah disebabkan beberapa faktor teknikal dan aspek keselamatan. Tidak perlu dihuraikan dengan lebih mendalam maksud usrah dan sc kerana itu bukanlah point utama yang hendak disampaikan di sini.

Kita lebih kepada persoalan "Mengapakah Smart Circle tidak dapat sambutan seperti yang dijangkakan ?"

Ini adalah satu hakikat. SC dilihat sebagai satu benda yang bosan dan membuang masa pelajar. Tidak perlu sibuk berkata kata untuk menyalahkan siapa tetapi lebih baik kita sibuk berkata kata mencari solusi.

Perlu diingatkan, setiap orang mempunyai latar belakang dan tahap thaqafah yang berbeza. Jadi , kita tidak boleh menyamakan semua orang faham apa yang kita faham. Bagi mereka yang faham dan mempunyai thaqafah , mereka pasti tahu yang smart circle ini merupakan benda yang telah lama berlaku sejak zaman Rasulallah S.A.W lagi. Tetapi, mungkin ada juga yang tidak tahu (?) Kita kena berfikir secara all rounded dan tidak boleh berfikir daripada satu aspek sahaja. 

Tugas mereka yang faham adalah untuk memahamkan mereka yang tidak faham ini.

Seterusnya, smart circle itu sendiri merupakan satu benda yang abstrak dan boleh dihuraikan dengan pelbagai makna dan maksud bergantung kepada tafsiran masing masing. Apa yang saya hendak cuba sampaikan disini ialah smart circle itu sendiri boleh menjadi pelbagai makna dan tafsiran.

 Ada yang menganggap smart circle hanyalah sekadar duduk sekelompok dalam tempoh satu hingga dua jam dan berbincang apa yang patut. Ini sangat bosan dan statik  ! Smart circle perlu melalui evolusi dan dipelbagaikan cara penggunaannya. Naqib perlu mencari alternatif yang pelbagai dalam memastikan smart circle sentiasa kekal menarik sepanjang masa. Mungkin bagi golongam yang kurang menggemari duduk membincangkan cabang ilmu perlu difikirkan alternatif lain yang lebih sesuai bagi menarik minat mereka. Bukankah Islam itu mudah dan tidak menyusahkan (?) Mungkin aktiviti luar mampu menarik minat mereka (?)

Smart circle adalah milik semua orang dan bukan milik persatuan atau sesetengah orang sahaja. Itu adalah persepsi yang harus disematkan dalam minda semua orang. Smart circle perlu bebas daripada unsur unsur persatuan yang over dan tidak bermanfaat tetapi lebih kepada aspek persaudaraan dan ukhuwah. Jangan beranggapan mereka yang tidak mengikuti smart circle yang ditetapkan oleh satu persatuan tidak mengikuti smart circle itu secara total. Kadang kadang mereka mempunyai alternatif lain dan suasana smart circle itu lebih lancar berjalan. Jangan kekang smart circle itu sendiri dengan garis garis sempadan persatuan !

Apa yang diperbincangkan dalam smart circle juga hendaklah diselaraskan mengikut tahap pemahaman setiap orang. Jangan kita bersmart circle tapi tanpa kita sedari kita seakan-akan persidangan mufti. Persoalan cabang utama seperti akidah hendaklah diselesaikan terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam perkara perkara cabang yang lain sepeti feqah dan sebagainya. Utamakan prioti dahulu !

Itu sahaja. Habis sudah idea untuk menulis.

Sekian

Wednesday, November 2, 2011

Rancangan 5 tahun Syaufiq Effendy

Bismillah.

Ini adalah rancangan 5 tahun saya. Bermula tahun 2011 ini sehinggalah saya grad nanti insyaAllah.

1) Dapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dapatkan Mumtaz ! Paling kurang pun, Jayyid Jiddan.

2) Menulis sebuah novel dan koleksi artikel. Pada penghujung pengajian dan apabila sudah grad nanti, saya akan mempunyai sebuah novel tulisan saya.

3) Mahu menjadikan blog Evolusi Syaufiq sebagai salah satu blog yang bervariasi.

4) Tidak akan menukar handphone sekarang, Nokia E63 hinggalah habis belajar walaupun orang lain dah pakai iphone, black berry atau apa sekalipun.

5) Mempunyai simpanan dalam akaun bank sebanyak RM 30,000 paling kurang dalam tempoh 5 tahun.

6) Membayar balik duit perbelanjaan ibu ayah guna untuk menghantar ke Mesir.

7) Mengembara ke negara lain sebelum balik ke Malaysia bagi memulakan tugas disana.

Tahun 3 : Europe ( United Kingdom, France, Germany, Netherlands,)

Tahun 4: West Asia (Syria, Jordan, dll)

Tahun 5: China / Europe

8) Membuat attachment apabila pulang bercuti ke Malaysia.

9) Ingin mendalami ilmu agama seboleh dan sebanyak yang mungkin.

10) Ingin ke negeri Kelantan untuk merasai suasana disana.

Bagaimanakah saya boleh mengumpul RM 30000 dalam tempoh 5 tahun (?)

1) Dapat duit daripada JPA semasa tahun dua, RM 30 000.

2) RM 25 000 digunakan untuk bayar yuran.

3) RM 5 000 digunakan untuk modal kolam ikan.

4) Jika ada rezeki, akan dapat zakat daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor: RM 20 000.

Jadinya,

a) RM 5 000 X 4 buah kolam ikan : RM 20 000 (Modal)

b) RM 700 X 12 bulan : RM 8 400.

RM 8 400 x 5 tahun : RM 42 000 (pulangan sebuah kolam tidak termasuk modal)

RM 42 000 x 4 kolam : RM  168 000 (pulangan 4 buah kolam dalam tempoh 5 tahun )

RM 168 000 - RM 20 000 :   RM 148 000 (Untung bersih 4 buah kolam ikan)

RM 148 000 - RM 50 000 (untuk beri kepada ibu ayah dan adik adik) : RM 98 000 (sendiri)

RM 98 000 insyaAllah !

Semoga dipermudahkan. Amin ya rabbal alamin.