Followers

Saturday, November 26, 2011

Cerita Kawan

Salam.

Salam Maal Hijrah untuk semua yang membaca blog ini secara sengaja atau tidak. Semoga tahun baru ini menjadi lebih baik untuk kita. InsyaAllah.

Well, azam mesti berganti azam. Cliche. Itulah kita. Cuma dapat laksanakan atau tidak sahaja. Azam aku masih sama seperti dulu (sebab yang dulu masih lagi tak berapa berjaya nak terlaksana).

*

Back few years ago, aku tak punya banyak kawan. Er, kawan yang betul betul kawan. Kawan yang sekadar mengikut definisi itu memang ramai. Cuma yang betul betul kawan itu susahlah nak ada. Sebab itu, aku lebih suka bersendirian apabila dah dewasa. Sebab zaman kecil aku bukanlah zaman yang penuh kawan.

Aku selalu berfikir apakah itu erti kawan yang sebenarnya. Kalau sekadar ikut definisi kamus dewan bahasa memang tak payahlah. Sebab itu aku mencari dan terus mencari. Dan sudah semestinya dalam misi mencari itu, mesti aku akan berdepan hakikat kepahitan.

Dulu dulu, cikgu suruh tulis siapakah nama kawan baik dalam sehelai kertas. Aku dengan yakin tulis nama rakan rakan sekelas aku yang boleh lah kira rapat. Mungkin nama nama yang aku tulis ini betul betul adalah rakan baik aku. Innocent sungguh. Kemudiannya, aku jelinglah rakan rakan yang duduk sebelah aku, ada tak terselit nama aku dalam senarai nama rakan baik dia.

" Nama aku tiadalah" getus hati. Agak kecewa juga.

Aku tengok kawan kawan yang lain. Mengharapkan mungkin terselit nama aku. Satu pun jadilah. Tetapi, tiada. Sedih la juga hati kecil ini. Aku senyap sahaja dan buat senyuman plastik. Sedih.

Apabila bermain dan bersama rakan-rakan, pendapat aku yang paling tak didengari. Aku macam list bawah sekali. Jadi, terpaksalah lebih mengikuti daripada mengetuai. Ini sebabnya berlaku satu phobia dalam diri aku ketika kecil dulu, senyap daripada mengeluarkan sebarang kata dan pendapat. Yelah, kata kata aku siapalah nak dengar. Hakikatnya, aku tak ramai kawan. Kawan kawan aku ialah adik adik aku yang beza umurnya agaklah jauh. Dalam 5-6 tahun gitu. Adik adik ialah rakan sepermainan aku. Main bola sama sama, main teddy bear sama sama dan lain LAIN. (Erk, aku main teddy bear ? )

Itulah realiti.

Zaman sekolah rendah dan menengah aku tiadalah seindah orang lain. Penuh dengan mimpi indah. Aku ada masalah, aku kena hadapi seorang diri. Tiada kawan yang boleh untuk bercerita sangat. Yelah, nak cerita dengan adik aku yang beza umur 6 tahun ? Sangatlah tak sesuai kan. Jadinya , aku lebih banyak menyimpan daripada melepaskan. Simpan sampai kadang kadang rasa keseorangan yang amat. Sakit. Sunyi.

Apabila orang nampak aku selalu jalan seorang diri, mereka selalu bertanya,

" Seorang je ke ? Mana yang lain ?"

Aku bukan apa. Aku cuma lagi selesa seorang diri sebab dah terbiasa daripada kecil lagi. Bukan nak bangga, cuma aku ialah seorang yang agak berdisiplin. Lebih lebih lagi tentang masa.  Masa mesti tepat dan agak "benci" menunggu. Walaupun selalu je kena menunggu. Jangan salahkan aku, sebab ibu yang ajar untuk tepati masa dan ibu selalu hantar ke sekolah awal pagi. Pukul 615 dah sampai sekolah. Orang pertama yang sampai sekolah. -.-

Ya, aku tahu. Kawan itu mestilah saling melengkapi. Tak semua orang macam kita. Itu adalah realiti berkawan. Kita kena mengalah. Tetapi sampai bilakah untuk terus mengalah dan dan menyimpan ?

Mungkin aku bersikap pesimis dalam hal ini. Cuma pesimis aku dizahirkan daripada pengalaman pengalaman aku yang lalu. Asyik disakiti dan asyik diketepikan. Jadi, aku telah belajar untuk lebih mempercayai diri sendiri. "Yourself !"

Aku tahu kadang kadang aku bersikap melampau tetapi itulah aku. Aku cuba untuk berubah dan sentiasa berubah ke arah itu.

Tetapi, aku masih mencari erti kawan yang sebenar. Mungkin aku terlepas pandang selama ini tetapi aku percaya satu hari nanti orang yang digelar kawan baik itu akan menukar persepsi aku selama ini.

...

Aku berharap.

1 comment:

yui92 said...

my opinionlah... kawan is someone we like and trust, and in return he likes and trusts us too.... xpayah baik2 sangat pun xpa.. janji dia jaga kita dan kita jaga dia balik... that's more than enough actually =p