Followers

Saturday, November 12, 2011

Smart Circle

Assalamualaikum

Smart Circle.

Itu merupakan program mingguan saya dan rakan - rakan yang sangat saya nantikan sebenarnya. Ini bukannya satu perlian tetapi satu realiti. Mungkin lain orang lain pandangannya tetapi saya melihat smart circle merupakan salah satu aktiviti yang mempunyai banyak manfaatnya sama ada secara langsung atau tidak.

Selum itu, apakah itu Smart Circle (?)

Smart Circle merupakan nama lain bagi usrah . Ianya merupakan "rebranding" nama terhadap usrah disebabkan beberapa faktor teknikal dan aspek keselamatan. Tidak perlu dihuraikan dengan lebih mendalam maksud usrah dan sc kerana itu bukanlah point utama yang hendak disampaikan di sini.

Kita lebih kepada persoalan "Mengapakah Smart Circle tidak dapat sambutan seperti yang dijangkakan ?"

Ini adalah satu hakikat. SC dilihat sebagai satu benda yang bosan dan membuang masa pelajar. Tidak perlu sibuk berkata kata untuk menyalahkan siapa tetapi lebih baik kita sibuk berkata kata mencari solusi.

Perlu diingatkan, setiap orang mempunyai latar belakang dan tahap thaqafah yang berbeza. Jadi , kita tidak boleh menyamakan semua orang faham apa yang kita faham. Bagi mereka yang faham dan mempunyai thaqafah , mereka pasti tahu yang smart circle ini merupakan benda yang telah lama berlaku sejak zaman Rasulallah S.A.W lagi. Tetapi, mungkin ada juga yang tidak tahu (?) Kita kena berfikir secara all rounded dan tidak boleh berfikir daripada satu aspek sahaja. 

Tugas mereka yang faham adalah untuk memahamkan mereka yang tidak faham ini.

Seterusnya, smart circle itu sendiri merupakan satu benda yang abstrak dan boleh dihuraikan dengan pelbagai makna dan maksud bergantung kepada tafsiran masing masing. Apa yang saya hendak cuba sampaikan disini ialah smart circle itu sendiri boleh menjadi pelbagai makna dan tafsiran.

 Ada yang menganggap smart circle hanyalah sekadar duduk sekelompok dalam tempoh satu hingga dua jam dan berbincang apa yang patut. Ini sangat bosan dan statik  ! Smart circle perlu melalui evolusi dan dipelbagaikan cara penggunaannya. Naqib perlu mencari alternatif yang pelbagai dalam memastikan smart circle sentiasa kekal menarik sepanjang masa. Mungkin bagi golongam yang kurang menggemari duduk membincangkan cabang ilmu perlu difikirkan alternatif lain yang lebih sesuai bagi menarik minat mereka. Bukankah Islam itu mudah dan tidak menyusahkan (?) Mungkin aktiviti luar mampu menarik minat mereka (?)

Smart circle adalah milik semua orang dan bukan milik persatuan atau sesetengah orang sahaja. Itu adalah persepsi yang harus disematkan dalam minda semua orang. Smart circle perlu bebas daripada unsur unsur persatuan yang over dan tidak bermanfaat tetapi lebih kepada aspek persaudaraan dan ukhuwah. Jangan beranggapan mereka yang tidak mengikuti smart circle yang ditetapkan oleh satu persatuan tidak mengikuti smart circle itu secara total. Kadang kadang mereka mempunyai alternatif lain dan suasana smart circle itu lebih lancar berjalan. Jangan kekang smart circle itu sendiri dengan garis garis sempadan persatuan !

Apa yang diperbincangkan dalam smart circle juga hendaklah diselaraskan mengikut tahap pemahaman setiap orang. Jangan kita bersmart circle tapi tanpa kita sedari kita seakan-akan persidangan mufti. Persoalan cabang utama seperti akidah hendaklah diselesaikan terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam perkara perkara cabang yang lain sepeti feqah dan sebagainya. Utamakan prioti dahulu !

Itu sahaja. Habis sudah idea untuk menulis.

Sekian

No comments: