Followers

Wednesday, October 24, 2012

Clarify

Salam alaik.

Sibuk & Sibuk. Sibuk pasal apapun tak tahulah. Sampai asyik terlupa dan tiada masa untuk menulis entri blog. Tetapi, baguslah kalau kita sibuk sebenarnya, sebab ia menyebabkan kita kurang fikir mengenai masalah hati kita. Hati? Rasanya dah berkali kali jua dalam blog ini ditulis mengenai Hati. Dalam tempoh remaja dan setahun jagung ini, mahu atau tak mahu perasaan untuk berpasangan & berkahwin? itu sangat kuat. Sampaikan asyik topik itu sahaja yang menjadi bualan. Hai, memang topik yang panas. Kalau nak cerita 7 hari 6 malam pun, insyaAllah tidak akan habis punya. 

Belakangan ini, ramai dalam kawan satu batch yang telah berkahwin ataupun bertunang. Tahniah diucapkan! Jadi side effectnya kepada mereka yang belum bertunang & berkahwin, mestilah ada rasa tercabar dan cemburu juga kan? Manusia normal la katakan. Takpa, itu adalah hakikat normal. Apabila sampai diperingkat umur begini, memang akan ada satu perasaan untuk "menyukai" dan "disukai".

"Menyukai & disukai"

Dua perkataan yang hampir sama tetapi sangat berbeza maknanya. Dan sudah semestinya berbeza juga kesannya kepada seseorang. Secara ringkasnya, menyukai ialah kita suka akan seseorang itu dan kesannya, mungkin juga dia menyukai kita atau sebaliknya. Manakala, disukai ialah seseorang suka akan kita dengan kemungkinan kita juga suka akan dia ataupun sebaliknya. Nampak bukan bezanya? Haha

Ibu pernah berkata

"Biar orang lain menyukai kita lebih, jangan kita lebih lebih dalam menyukai orang"

Ayat yang simple. Tetapi maksud dia dalam. Sedalam perasaan apabila kita tahu orang yang kita suka sudah berpunya. Eceh. Tetapi itulah panduannya. Jangan lebih lebih dalam menyukai orang. Takutnya, sedih je nanti akhirnya. Haha.

Begitulah, tak reti nak tulis ayat secara proper. Lama dah tak menulis. luls

Jadi, bagaimanakah untuk menghadapi sindrom "menyukai dan disukai" ini? (Sindrom ke eh? :P)

Bukannya satu penyakit pun, cuma lebih kepada kawalan diri terhadap diri sendiri. Jangan biarkan benda ini menganggu sangat sampaikan terlupa prioti yang sepatutnya. Itu sebabnya, sibuk, sibuk dan sibuk sangat bagus dalam mengawal sindrom ini. Apabila sibuk, kita akan dok fikir masalah yang mebuatkan kita sibuk sampai terlupa perkara yang sindrom ni. Haha.

Relaks sudah, sampai masanya ada lah nanti. Bergantung kepada setiap orang la bukan. Ada yang cepat dan ada juga yang lambat. Ikutlah kepada jodoh masing masing. Jangan dipaksa. Just glow with flow. Kita baru je jumpa beberapa orang dalam hidup kita. Nanti, kita akan jumpa ramai lagi orang. Mungkin masa tu lah kita baru jumpa teman sehati kita. Eceh.

*
#Off topic

Ramai yang dok fikir mungkin apabila terbaca entri ni, "Kejadahnya Syaufiq ni. Angau ke apa?" Haha.

Well, bukan & bukan! Just benda ni dah lama nak tulis cuma takde masa nak tulis. And benda ni jadi clarify jugalah jadinya. Syaufiq Effendy ni nampak je Huha Huha ke apa, tapi apabila part ni "I'm back off". Masih mahu rasa nak rasai suasana stress belajar medik dan masih mencari. Hehe.

Umur 23 atau 24 tahun mungkin? Mungkinlah. Tetapi orangnya takde lagi. luls. Anyway, apa apa pun kena pastikan timeline matlamat hidup diri berjaya dulu baru boleh memikirkan benda ni dengan serius.

Sekali lagi, luls!





Wednesday, October 10, 2012

Masih wujud

Salam alaik.

Hampir sebulan tak menulis entri. Haha. Tiada masa sangat nak menulis. Masa nak menulis je mesti ada benda lain nak buat. Apapun, Alhamdulillah sekarang hampir 3 minggu berada di bumi Mesir. Patutnya balik 15/10/2012. Tetapi disebabkan kelas bermula awal, dengan rela hatinya mengorbankan RM 900-1000 untuk menukar tiket balik. Well.

Apapun, alhamdulillah cuti kali ini best dan terisi sedikit. 2 bulan di Malaysia sempatlah juga join join program. Pertama sekali, program sukarelawan muda MRA. Kemudian, orientasi pelajar baru AQ dan yang akhir sekali, attachment di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Semua ada cerita tersendiri.

Okay, cerita cuti di Malaysia sampai disitu sahaja. Tamat. Haha

*

Dan, sekarang di bumi Mesir. Yang best(?) 

Alhamdulillah, setelah 2 tahun mencari cari. Akhirnya berjumpa juga dengan rumah idaman hati. Sekarang dah dapat rumah baru. 5 bilik. Jadinya, seorang dapat satu bilik. Ada privacy lah juga kan. Dan boleh nak decorate dan susun atur ikut suka hati sendiri segala bagai. Hehe. Dapur besar, ruang tamu besar, bilik air biasa biasa je. Bilik sendiri pula, walaupun agak kecil berbanding lain tetapi sangat puas hati. Sebabnya, memang nak bilik yang sederhana je. Tak mahu besar besar! Kalau besar besar, kena fikir banyak untuk susun atur perabot. Haha.

Dan, selamat datang ke Tahun 3 Perubatan Universiti Zagazig!

Tahun ni agak mencabar. Tahun kritikal dalam teori. So tak mahu main main tahun ni. InsyaAllah, akan cuba perbaiki secara drastik prestasi exam tahun lepas. Jadi...


Europe's Trip ( NO)

Tiada Euro Trip tahun ni. InsyaAllah, tahun 4 atau tahun 5. Sebabnya, nak concentrate betul betul Tahun 3 ni. Kemudian, nak prepare untuk mega trip next year. InsyaAllah :)

Okay, tadaa.

Tuesday, September 11, 2012

Ambil medik, apakah yang anda cari?

Salam alaik. 

"Ambil Medik, apakah yang anda cari?"

Tiruan ayat yang diolahkan sedikit daripada karya A. Fuadi dalam novel 5 Menara ini sememangnya satu persoalan besar bagi mereka yang mahu mengambil medik sebagai pilihan mereka. Sememangnya, kadang kala agak sukar untuk menjelaskan apakah matlamat kita dalam mengambil medik. Setiap orang pastinya berbeza pendapat.

Jadi, berbalik kepada persoalan "Ambil Medik, apakah yang anda cari?"

*
Apabila ditanya kepada golongan ibu bapa, mengapakah mereka mahukan anak-anak mereka jadi seorang doktor, kebanyakkannya berkata

"doktor senang dapat kerja",

 "gaji doktor tinggi", 

"Nanti boleh rawat ibu bapa sendiri" dan berbagai jawapan lagi

Tekanan dan harapan yang tinggi oleh ibu bapa kadang-kadang boleh memberi tekanan kepada sang anak. Mungkin, sang anak tidak berminat untuk menjadi seorang doktor, tetapi demi tidak menghampakan harapan si ibu bapa, maka digagahkan jua. Lihat, sudah hilangnya satu keseronokan dalam belajar medik.

"Medik ialah perkara yang tidak boleh dipaksa, dan perlu lahirnya minat untuk mendalaminya"

Namun begitu, minat boleh dipupuk. Keterpaksaan boleh ditukarkan menjadi kesukaan. Hanya diri yang menjadi penentu sama ada suka atau tidak.

Akan tetapi, minat sahaja tidak mencukupi. Minat hanyalah beberapa peratus sahaja dalam menentukan kelangsungan kejayaan dalam medik. Perkara paling penting ialah Usaha, Usaha & Usaha!  Mengapakah usaha sangat penting jika dibandingkan dengan kepandaian dan minat?

Medik ialah satu bidang yang memerlukan usaha berterusan. Sesiapa yang rajin dan bersungguh-sungguh, dia akan dapat. Maka, yang malas malas walaupun genius, hanya mampu jadi seorang yang biasa dalam medik. Medik bukanlah Math atau Fizik yang memerlukan kekuatan otak kiri tetapi medik adalah ingat dan mengingat yang menggunakan otak kanan!

Adalah perkara biasa untuk mendengar seseorang yang biasa biasa sahaja spm nya, tetapi keputusan exam medik dia hebat dan meletup setiap tahun! Terlalu biasa dan bukannya satu perkara yang aneh. Jadi, apa kata kuncinya? Usaha!

*
Berpatah kembali kepada persoalan asal "Ambil medik, apa yang anda cari?", itu adalah satu persoalan umum yang mungkin berbeza bagi setiap orang. Bergantung kepada niat masing-masing.

"Aku ambil medik sebab nak jadi doktor. Bolehlah aku jaga ibu bapa aku nanti"

"Aku ambil medik sebab ikutkan pilihan hati ibu bapa"

"Aku ambil medik sebab memang betul betul minat"

"Aku ambil medik sebab lepas dah grad nanti, nak buka klinik. Kaya~"

Dan berbagai-bagai lagi jawapan. Sekali lagi, bergantung kepada diri-diri masing. Ada yang dengan rela, ada juga yang dalam keadaan terpaksa. Situasi setiap orang tidak sama bukan? :)

Tiada jawapan yang khusus dapat diberikan kerana jawapan soalan tersebut adalah bergantung kepada apa yang anda lalui semasa belajar medik nanti! Maka, masa belajar itu sendiri adalah proses mencari jawapan.

"Jawapan itu datangnya daripada diri sendiri dan ianya diperolehi daripada proses belajar itu sendiri"

*
Jika tanpa rela kita mengambil medik dan tidak suka, mari tukarkan perasaan tidak suka itu kepada perasaan suka! InsyaAllah.

"Ambil medik, apakah yang anda cari?"

"Medik sama seperti sebuah jalan yang panjang dan dipenuhi orang. Dan setiap orang mempunyai tujuan yang berbeza"


Sunday, September 9, 2012

Kem Bina Syakhsyiyah 2012: Ceritera hingga ke Syurga

Salam alaik.

(Kem Bina Syakhsiyyah AQM 2012)

Alhamdulillah, baru sahaja selesai program Kem Bina Shaksiyyah AQM 2012 di Morib, Selangor. Bukan sebagai seorang peserta tetapi sebagai seorang fasilitator. Orientasi tahun ni merupakan kali kedua jadi fasi selepas tahun lepas.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!

Dapat merasakan yang tahun ini lebih enjoy programnya berbanding tahun tahun lepas. Tetapi, biasalah manusia mana sempurna, mesti ada lakukakan kesalahan dan kesilapan juga ye dak? Begitu juga kami sebagai fasi. Adatlah tu kan.

Apapun, orientasi ini sekadarlah satu pembuka kepada pelbagai cabaran cabaran yang akan ditempuhi di Mesir nanti. Setakat orientasi seminggu, takde apa sangat jika dibandingkan dengan kehidupan 5/6 tahun yang bakal dilalui di sana. InsyaAllah.

Tahun ni kena buat extra double work!

*

Pesanan khas untuk ahli group 12, Sudan sebab tak sempat nak cakap masa nak balik hari itu. hehe :)

Mengapakah kami, fasi-fasi asyik menggambarkan yang buruk-buruk sahaja tentang Mesir kepada bakal bakal pelajar?

Kami bukan sahaja buat buat begitu tetapi dengan bersebab sudah semestinya. Segala gambaran buruk itu dengan sampah sampah yang merata-rata, orang Arab yang kasar hanyalah untuk memastikan kita sebagai bakal pelajar sentiasa bersedia dengan "worst things". Mesir bukanlah tempat yang seperti kita impikan. Seperti impian tulus kita untuk belajar di oversea. Tetapi dalam "buruknya" Mesir itu, terselit banyak sekali kebaikan-kebaikan yang tanpa kita sedari kewujudannya. Yelah, benda baik haruslah dicari dan diterokai, bukan hanya sekadar menunggu sahaja kan kan?

Dalam debu debu pasir Mesir, tersimpan kilauan permata-permata yang tak ternilai harganya. :)

Mengapakah kami, selalu menekankan ukhuwah? Ukhuwah itu jangan dibiarkan hangus!

Ukhuwan, friends bonding atau apa sekalipun namanya ialah aspek terpenting dalam nak survive kat Mesir nanti. Ketepikan perbezaan pendapat, ideologi politik atau segala apa-apa perbezaan sekalipun. Jangan disebabkan berbalah mengenai persatuan contohnya, terus bermasam muka dan tak bertegur sapa.Walaupun, anda berbeza pendirian, tetapi hormatilah orang lain dengan sebaiknya. Bukankah setiap Muslim itu bersaudara?

Video Ukhuwah Tak Hangus adalah contoh terbaik. Setiap orang ada lebih dan kurang masing masing. Jadikan kelebihan kita dan kelemahan kita itu sebagai salah satu cara untuk kita berkomunikasi dengan orang lain dan memperbaiki diri.

"Dua orang biasa yang berkerjasama adalah lebih baik daripada seorang yang genius"


Dalam hidup kita, akan ada sentiasa naik dan turun. Naik dan turun itu ialah perkara norma dalam hidup. Naik dan turun itu juga ialah salah satu bentuk ujian yang Allah kurniakan kepada kita. Jika kita menjadi orang yang yang bijak, sudah pasti kita berjaya memanipulasikan apa yang berlaku terhadap diri kita kan?

"Jika ada masanya kita naik, itu maknanya Allah mahukan kita untuk belajar erti bersyukur!"

"Jika ada masanya kita turun, itu maknanya Allah mahukan kita untuk belajar erti bersabar!"




Group 12, Sudan.

Walaupun berpisah kita jua,
Tetapi biar memori indah kita cipta,
Menjadi peneman kita tika lara.
Ada masa lain ketika,
Kita akan berjumpa :)

"syaufiq effendy ngaliman"

*
Seterusnya, gambar-gambar secara random. Enjoy it!

agak berisi sekarang ni. T.T
Photoshoot dekat atas jambatan kayu yang macam dah nak roboh. Aigoo

Another photo shoot.

Bersama sama dengan wanita-wanita group 12.

Last but not least!

Awesome teammates! I've learned a lot from them!
*

Kepada rakan-rakan sepasukan dalam menjayakan program, terima kasih sangat sangat sebab memberikan salah satu pengalaman tak bernilai dalam hidup ini. I'll remember this memory forever!

Kepada ahli-ahli group 12, selamat berjaya dan teruskan mengejar cita-cita di Mesir sana! Ade rezeki kita berjumpa lagi nanti insyaAllah!

:)

"Kita mungkin tidak berjumpa, tetapi hati kita sentiasa dekat bersama"


Saturday, August 25, 2012

Erti

Erti

Siapakah yang mampu memahami jiwa ini?
Sentiasa  diserangi mehnah dan tribulasi,
terus menerus datang tanpa henti,
hinggakan diri ini tidak berdaya lagi,
Ku berjalan dan mencari,
di atas jalan yag berliku ini,
sekelumit erti diri,
yang terus diam dan tersembunyi,
dalam kotak kehidupan yang misteri.

Kawan ataupun musuh datang tanpa henti, 
memberi cabaran yang menguji diri,
terus berdiri atau menangis tanpa henti,
hanya masa yang menjadi kunci.

Oh kawan atau musuh yang dihormati,
Ku menganggap semuanya sama sekali,
jangan salahkan ku kalau berhati-hati,
kerana hidup ini singkat sekali,
untuk diratapi

diri sendiri menjadi kunci!

oleh: syaufiq effendy ngaliman


Tuesday, August 14, 2012

Let bygone be bygone

Salam alaik.

I'm at home and just doing nothing. Obviously, just online and searching from the net about anything that made me interesting. What a dull life I guess. Oh yeah, I'm writing this post in English since I hardly to write something in English during my times at Egypt. Cool yeah! There's only one simple minor exam for English subject for the whole 6 years at there  and guess what? You can prepare the answers before you entering the exam hall.

"Let the bygone be bygone"

Easy to say but really hard to do! Until now, I'm still slightly disappointing with my  final's result. Yeay, I managed to pass through to 3rd year and Alhamdulillah for it. But, you know that's feeling? The feeling you can't achieve your target. Haha. I admitted that second year was just like a honeymoon. So, that's my fault anyway. It's okay. I'm just the one who will be much stronger when got the failure. 

Maybe, you can call me Fendy after this? A New nick name for a new spirit? Fendy just so like Malay's actor whom is a super casanova. :p

Anyway, yes! The next final exam I'll coming back. Just wait it :)

p/s:

To have the motivation is easy but the ways you maintain it are the key :)


Sunday, August 12, 2012

A poem for friends


Friend


I have a friend

A friend that really
essential for me
A friend that told me
to be patience in my life
Because all the obstacles
I had to face
made me to become
a better person

I have a friend
A friend that helped me
when I was in trouble
while the others didn't care
to help me
escaped from problems
they just ignored me
seemed that I wasn't exist
in the world

I have a friend
A friend that will sacrifice
just to help me
out from the dark
that had made me lost
in my valuable journey of life

I have a friend
A friend that will always
Be besides me
in whatever conditions
not only when I was rich
but when I faced hardship
in my adventurous life

I have a friend
A friend that really loved
me as a friend
Although sometimes I scared
to the friend

Thanks to God
I really have
a true friend
in this world
that can help me
to explore my destiny..


poem by: Syaufiq

Thursday, August 9, 2012

Iklan Hari Raya Bernas :)

Salam alaik.

Iklan Hari Raya daripada Bernas



"Two special children build a beautiful relationship based on genuine care and understanding. On the eve of Hari Raya, these orphans, Ahmad and Fizi embark on a journey and encounter many challenges along the way. Through their perseverance and determination, they overcome all odds to fulfill their obligation of unconditional love."

*

T.T

Hold Together

Salam alaik.

 Since the moment I met you
with the moon shine brigthly
in the sky
I can feel something different
Happened to myself
Everytime I met you
I can't talk
My tongue seemed to be tied
It's looked silly
But it was reality
Who can't expect
that will be

All the day I passed
Like in the heaven
Full with memorable story
I loved it
I didn't want it to be lost
from my life
Forever and wherever
I will go
That absolutely will be.

But,the happy story was end
all the dreams broke
like a glass
God separated us
to different destiny
My heart strongly said that
"I want to be with you friend'
But, nothing I can do
As God had decided the
best for us
In this world

Although, we went to different way
I trusted that you
will never forget me
As long this heart can breath
for the air
I believed that
As the truth came
to shine my heart
from the dark
the truth still the truth
It will be last until
the end of the day..

Together forever
"poem by: Syaufiq 
picture by: Arham"

Wednesday, August 8, 2012

Anak Kampung

Salam alaik.

Anak Kampung

Memang aku ini anak orang miskin
tiada apa-apa yg dapatku berikan
engkau memang cantik memang tidak padan 
dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran 
kuli kuli sahaja memang tidak padan
cantik bha kau itu banyak yg tergoda 
lagi orang kaya

Chorus
tiada keretaku bawa ko jalan-jalan
rumahku pun teda ada pun bapa punya
apalagi belanja mahu bayar berian
kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup ko kan sengsara
kerana aku cinta
aku lepaskan ko sama
orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
janganlah ko cari lelaki macam saya
engkau memang cantik
nanti ko menyesal tiadalah guna

Lagu/Lirik: Jimmy Palikat

*

Sebenarnya baru tahu lagu ini semasa pergi ke program orang asli hari itu. Anak-anak orang asli menyanyi lagu ini dan apabila terdengar terus terpikat. Woa!Lagu ini memang mempunyai maksud yang mendalam dan bolehlah katakan mengenai perbezaan darjat antara 2 kelompok manusia, kampung dan bandar.

Jadi?

Ya, itulah realitinya. Zaman sekarang ini bukannya zaman 70-an dan 60-an. Ini zaman moden katanya. Jadi, duit dan kedudukan memainkan peranan yang penting. Kadang-kadang, setakat budi pekerti yang tinggi juga tidak mencukupi. Yup, itulah hakikat hidup ketika ini. Ada duit, semua boleh!

Kejamkan dunia sekarang?


Tetapi, bak drama-drama mahupun cerita dongeng, sesiapa yang baik hati dalam hidupnya, insyaAllah Tuhan akan membalas jua. ;)


Tuesday, August 7, 2012

Dakwah Itu Fleksibel

Salam alaik dan selamat sejahtera.

Apakah yang kita fikirkan apabila kita berbicara mengenai orang Asli?

Mungkin yang akan terlintas dalam fikiran kita ialah sekumpulan manusia yang duduk di dalam hutan, memakai cawat, duduk di rumah bulu dan pelbagai persepsi lain. Dalam fikiran kita, seakan sudah diletakkan satu "mind set" yang orang asli ialah golongan yang tidak bertamadun. Mesti kita pernah terfikir begitu bukan?

Ya, itulah persepi kita kebanyakannya. Tak kata semua tetapi kebanyakan daripada kita. Tetapi, pada hakikatnya mereka tidaklah seperti apa yang kita sangkakan. Malahan, mungkin boleh dikatakan yang mereka itu lebih berbudi bahasa dan beradab berbanding segelintir dalam kalangan masyarakat kita.

Kebanyakan orang asli di pos bersih 3 adalah Atheis. Ada juga mereka yang Kristian dan juga Islam. Tetapi apa yang dapat disimpulkan ialah walaupun mereka beragama Kristian mahupun Kristian, daya sensitiviti untuk mengamalkan penghayatan beragama itu kurang ataupun tiada. Mereka hanyalah beragama sekadar pada nama sahaja.

Jadinya, itulah cabaran kepada para pendakwah. Perlu diingat, mereka bukan golongan yang boleh didakwah dengan cara biasa seperti di bandar-bandar tetapi mereka ialah satu golongan yang naif. Jadi, tidak hairanlah jika ramai daripada mereka yag beragama Kristian kerana para mubaligh Kristian lebih komited dalam 'berdakwah" berbanding para pendakwah Islam. Apabila ditanya kepada penduduk, mereka mengatakan pendakwah Islam tidak selalu datang ke tempat mereka dan cara mereka berdakwah itu kurang sesuai kepada mereka berbanding para mubaligh Kristian.

Nah! Ini cabarannya!

Kita tidak boleh mengajar seaorang bayi untuk terus bersolat sdangkan mereka masih tidak mengetahui apa-apa lagi. Begitu juga untuk disamakan dengan masyarakat orang asli ini. Tak kan kita mahu menyuruh mereka terus berpuasa sedangkan asas yang kukuh belum kita bina dalam diri mereka?

Jadi, bagaimanakah cara yang berkesan ntuk berdakwah kepada mereka?

Mudah sahaja. Tunjukkan sahaja qudwah hasanah dan ikutlah resmi mereka. Sasaran dakwah kita yang sebenarnya ialah golongan anak-anak yang bakal memebsar. Mereka itulah yang seharusnya dibajai rapi kerana pada umur mereka, mereka berada dalam peringkat memerhati dan mengikuti. Bukankah begitu jua yang dilakukan Rasulullah S.A.W terhadap penduduk Thaif?

Dalam menghayai\ti kehidupan seharian orang asli, mereka gemar akan hiburan. Jangan terkejut jika mereka mampu menyanyi dengan baik lagu lagu penyanyi terkenal. Itulah kelebihan mereka yang seharusnya dijadikan modal untuk kita mendekati mereka. Mungkin cara pembelajaran  biasa tidak sesuai untuk mereka, maka tukarlah kepada cara pembelajaran yang berorirentasikan hiburan.

Kita sebagai orang yang berilmu, seharusnya mempunyai kemampuan untuk bersikap fleksibel dalam berdakwah,. Jika tidak boleh cara A, maka tukarlah kepada cara B. Jangan anggap maduu' kita mempunyai asas yang sama seeprti kita. Lain orang lain ragamnya.

Jangan salahkan pihak Kristian, jika proses kristianisasi berjalan lancar. Tetapi salahkan diri kita sendiri kerana kurang mejalankan proses Islami.

Jangan jadi seperti marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar!

*


Tuesday, July 24, 2012

Cuti Summer


Salam alaik.

Akhirnya, sudah selamat menjejakkan kaki di Tanah Melayu pada hari Ahad yang lepas. Maka, bermulalah secara rasminya cuti musim panas. Balik Malaysia, tak banyak sangat perubahan yang dapat dilihat cumanya di rumah sudah ada tv plasma lah. Hoho.

InsyaAllah, akan bercuti di Malaysia dari 21 Julai hingga 15 Oktober. Lama bukan? Mesti ramai yang cakap, kuliah sudah mulalah time tu. Bukan saja-saja balik lambat, tetapi sebab nak menunggu adik pmr dulu. Ala, macam bagi semangatlah juga kat dia. Jadi, itulah alkisahnya balik 15 Oktober.



Berbanding tahun lepas, cuti tahun ini lagi bermanfaat la sikit aktivitinya. 

2 0gos- 6 Ogos (Program Tunas Muda MRA)

31 Ogos- 6 September (Fasilitiator Kem Bina Sahsiah Pelajar Baru AQM)

15 September- ... (Attachment di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar)

Sepatutnya, join juga Yahoo! @ Beijing tetapi disebabkan bertembung dengan Program Tunas Muda MRA, maka terpaksalah memilih antara dua. Sedih T.T

Jadinya, semoga cuti kali ini lebih bermanfaat hendaknya. InsyaAllah.
*
Okay, entri yang lain pula. XD









Sunday, July 22, 2012

Entri terakhir sebelum pulang bercuti


Salam alaik.

InsyaAllah, akan pulang ke Malaysia dengan Egypt Air dalam beberapa jam sahaja lagi. XD

*

Setelah lebih kurang 10 bulan, duduk bertapa di bumi Mesir, akhirnya pulang ke tanah Melayu juga akhirnya. Alhamdulillah apa pun.Urusan syahadah, translate result, pindah rumah insyaAllah settle sudah. Rezeki tuhan ye dak? Hehe. Walaupun tahun ini result agak merudum sedikit tetapi Allah balas kembali dengan kurniaan perkara-perkara lain. Adil bukan Allah?

Jika dinilai kembali 10 bulan di Mesir ini, macam-macam perkara yang terjadi. Yang banyak mengubah diri. Yang banyak memberi pengalaman. Manis, masin, masam, tawar dan kelat! Haa, semua ada.

Tahun ini tak dapat dinafikan agak terslip up sedikit. Sindrom second exam. Maksudnya? Aku ada masalah mental. Kalau first exam okay, the next exam mesti tak ok. Contohnya, upsr aku 4A, kemudiannya pmr 9A dan spm, 10A 1B. Tengok! Susah nak konsisten!

Apapun, tahun depan insyaAllah akan bangkit kembali. Dan, ianya merupakan satu janji dan tekad! haha. InsyaAllah.

See, dah takde idea nak tulis apa.

So, secara rasminya saya menulis entri terakhir saya di bumi Mesir sebelum pulang bercuti di Malaysia!

See you in Malaysia!


Sunday, July 15, 2012

Sepintas Lalu Result

Salam alaik.

Akhirnya, result pun keluar jua. Alhamdulillah apa pun walaupun apa pun. Tahun ini hanya termampu dapat Jayyid sahaja. Jauh larinya daripada target. 

Jadi, apa puncanya boleh tergelincir ke Jayyid?

1) Format soalan bertukar. Jadinya, mengalami question's shock.

2) Gap masa yang pendek.

3) Tiada muqoror tahun ini

Dan, banyak banyak lagi faktornya...

Tetapi, sebenarnya, aku dan mungkin kita semua juga sering terlupa yang faktor paling utama iaitu DIRI SENDIRI.

Yup, kita selalu mencari alasan atas kegagalan dan kesilapan kita. Tetapi susah sekali kita menyalahkan diri kita sendiri. Yup, memang itu akui la berlakunya terhadap diri aku.

Jika diimbas kembali setahun yang dah berlalu ini tahap kerajinan dan nerd aku tak seperti first year. So, formulanya mudah sahaja lah, kalau kurang usahanya, kurang bestlah resultnya.

Apapun, majoritinya silap sendiri lah kan? 

Takpelah, anyway benda dah lepas. So kena step forward.

InsyaAllah, tahun depan kena mula lepaskan apa yang perlu, dan kena letak tepi  jauh jauh apa yang tak perlu.

Syaufiq Nerd.

Friday, July 6, 2012

Aku & Egypt

Salam alaik.

Alhamdulillah, sekarang sudah bulan Julai dan sudah lebih separuh Syaaban dilalui. Panjang umur dan murah rezeki, insyaAllah akan berjumpa lagi. InsyaAllah. :)

*
Rasanya, sudah lama tidak menulis entri-entri yang serius. Banyak entri belakangan ini yang sekadar update ringkas mengenai kehidupan semasa. Eceh. Rasanya, mengalami  writter mental's block

Apapun, pejam celik, sudah hampir 2 tahun berada di bumi Mesir. Alhamdulillah, masih mampu bertahan dan bernafas. Kadang-kadang, pernah terfikir juga mengapakah ditakdirkan Allah untuk belajar di Mesir ini?

"Mengapakah Mesir? Apa yang best sangatnya?"

Jawapan yang rasanya sentiasa berubah-ubah mengikut kematangan diri.

Imbas kembali 2 tahun yang lepas, selepas result spm diumumkan. Aku dapat 10 A's dan 1B. Ya, yang B itu ialah subjek Biology. Jadi, tidak hairanlah jika tak dapat course medicine untuk JPA's scholar kan?

Jika dilihatkan kepada result aku itu, boleh sahaja kalau mahu apply scholar jpa atau mara untuk engineering, architecture, laws dan lain-lain. Tetapi, masa itu memang dah bertekad habis nak buat medik! Walaupun, result spm macam kurang sikit nak ke mediknya.

Masih ingat lagi, masa itu konflik sangat. Mula-mula, dapat tawaran medik mesir untuk ke Alexandria. Sudah semestinya, pakai duit sendiri la kan bukan sponsor. Tetapi, mungkin Allah tak tetapkan lagi masa itu, jadinya reject tawaran medik masir sekitar bulan April.

Menunggu dengan penuh harap untuk permohonan upu. Sangat berharap dapat tamhidi medik usim. Kadang-kadang, apabila kita terlalu berharap, kita mudah untuk dikecewakan. Yes! Tak dapat tamhidi medik usim instead dapat asasi engineering uitm. -.-

Masa itu macam dalam persimpangan. "Betulkah aku ni ditakdirkan untuk medik? Macam banyak halangan saja nak buat medik ni !"

Akhirnya, masuk matrik melaka. Berharap untuk skor 4 flat dan berjaya membuat medik untuk degree. Semangat!

Sekali lagi, berada di persimpangan. Tawaran daripada AQM datang. Serius tertekan masa itu. Sama ada mahu teruskan dengan matrik atau pergi ke Mesir.

Selepas lebih kurang 3 hari cuba mencari alasan dan jawapan terhadap pertanyaan ibu dan ayah mengenai keputusan yang mahu dibuat, akhirnya memilih untuk ke Mesir! Seriously, a risky gamble.

"Do or die.

Win or lost."

Pergi ke Mesir dengan hanya ada satu pilihan sahaja, berjaya & teruskan pengajian dalam medik atau gagal & cari course lain. Seriously, really a risky gamble.

Yes, I'm not born with silver spoon in my mouth.

Bulan 9 2010, akhirnya menjejakkan kaki ke bumi Mesir dengan satu matlamat sahaja, berjaya dalam exam dan dapatkan scholar. Target yang jelas. Kalau tak, mungkin kena fikir dua kali untuk teruskan mengaji dalam medik ni.

Dan, Alhamdulillah berjaya juga untuk dapat Jayyid Jiddan dalam final exam first year dan dapat jpa. Sangat bersyukur! Terasa Allah itu Maha Bijaksana kerana Dia merancang semua yang terbaik untuk hamba-Nya dengan penuh teliti dan sempurna. Tidak dapat yang itu, kita akan dapat yang lain sebagai gantinya.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216 dan merupakan ayat favourite dalam menaikkan semangat:

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenagkan bagimu. Tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak bai bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"

Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah jua sebaik-baik perancang.

Kosong. Sunyi. Sepi.

Yup, itulah rasanya aku kadang-kadang.

Pernah terfikir dalam hati dan diri ni "Apakah lagi yang aku mahu capai di bumi Mesir ini?"

Teringat soalan yang pernah diajukan oleh ustaz zai semasa sesi sc, 

"Apa yang mahu dicapai di bumi Mesir ini?

Terdiam. Aku tak tahu nak jawab apa. Dalam fikiran, hanya mahu buat medik dan jadi doktor apabila pulang ke Malaysia. Jujurlah cakapnya..

Masa berlalu pergi, masa awal-awal dulu, aku macam gila jawatan. Semua jawatan nak sapu. Eceh xp

Tetapi makin lama, terasa kosong sahaja. "Mengapakah aku memegang jawatan ini?" 

"Demi populariti? Atau betul-betul nak buat kerja?"

Yep, aku dulu macam tak ikhlas kalau pegang jawatan ni. Sekadar nak nama sahaja. Kiranya, sangap jawatanlah. Tetapi, lama kelamaan tersedar dan mula rasa tahu makna sebenar memegang jawatan ini. Alhamdulillah, mungkin Allah tahu yang aku tak mampu, Dia sedikit demi sedikit anjakkan aku daripada memegang jawatan ini. Mungkin Allah mahu aku koreksikan kembali niat dan prasangka aku terhadap orang lain.

Rasanya, itu adalah salah satunya antara keajaiban Mesir. Dan aku merasakan itu.

"Menukarkan peribadi seseorang"

Aku tak katalah yang sekarang aku dah baik gila, cuma mungkin dah sedikit demi sedikit ke arah proses kematangan.

Haha xp

Okay, sambung next time!




Tuesday, July 3, 2012

Summer

Salam alaik.

Terasa sangat lama tidak menulis di blog sehinggakan terlupa untuk menulis mengenai exam Anatomy, Histology dan Psychology yang telah lama berlalu. Alhamdulillah. 

Komen?

Hanya menyerahkannya kepada Allah sahaja. Sudah sedaya upaya untuk menjawab dengan baik walaupun wujud keraguan apa keputusan yang bakal diterima nanti.
Jujurnya, mumtaz itu sudah terasa akan jauh daripada genggaman. Dapat Jayyid Jiddan pun alhamdulillah sangat-sangat.

Target?

Physiology-Jayyid Jiddan/jayyid

Biochemistry-Jayyid Jiddan/jayyid

Anatomy-Mumtaz/Jayyid Jiddan

Histology-Jayyid Jiddan/Jayyid

Psychology-Mumtaz

Sekadar personal target. Tahun ni banyak main-main dan study pun "very last minutes". So, no wonder akan jatuh sedikit. Hopefully, tak jatuhlah. Naik insyaAllah. Amin. :)

*

"It's summer !"

Dengan purata kepanasan mencecah 40 darjah celcius, Mesir sudah memasuki musim panas. Dan, sememangnya panas.

Apabila bercakap mengenai musim panas, automatik akan terfikir mengenai Malaysia.

Ramai kawan-kawan yang sudah mula berbondong-bondong balik ke Malaysia. Alahai syahdunya rasa melihat satu persatu rakan pulang ke Malaysia.

Aku?

Masih dalam keadaan was-was. Sebabnya, mengenai result exam lah! Hoho

Nauzubillahlah kalau kena repeat ke apa. Serius minta dijauhkan daripada kena reseat paper.

Dugaan balik awal semakin kuat menjelma dalam sanubari hati.Rasa nak balik awal je tetapi masih ada rasa takut-takut. Yelah, balik sebelum result la katakan, semestinya rasa cuak yang teramat.

Ibu sudah beri green light nak balik. Tetapi, itulah. Kebimbangan menguasai diri.

*

So, patut balik bila?

Ouh, I'm just hate to decide.

Sunday, June 17, 2012

Puisi Untuk Ayah

Salam.

Puisi Untuk Ayah.

Aku pernah mendengar kawanku berkata,
"Ayah aku baik! Dia selalu berikan aku apa-apa sahaja"
Terus, aku berfikir dan cuba berkata
"Ayahku.."
Putus, Aku kehilangan kata
Tidak tahu bagaimana caranya
Untuk membalas dabikan dada
kawanku tentang ayah dia.

Ayah aku seorang yang biasa sahaja,
Tidak seperti emak yang mudah mesra,
Ayah lebih gemar untuk menjadi juara,
Apabila berbicara dengan anak-anaknya,
Apabila ayah berkata Ya
Maka Ya adalah jawapannya
Kata-kata Ayah satu pemutus bicara,
Kami, anak-anak mengikut sahaja.


Ibu pernah berbicara,
"Ayah sayang sangat kamu semua"
"Walaupun dia tegas, itu demi kebaikan kamu semua"
Aku cuba berfikir sewajarnya
Namun, jiwa kecil aku masih biasa,
Tidak mampu merungkai persoalan yang ditanya.

Masa berganti masa,
Aku kini sudah menjadi dewasa,
Ayah juga sudah tua,
Uban-uban putih mula terpamer nyata,
Namun hanya senyuman di riak muka,
Apabila anaknya berjaya,
Menggapai apa-apa yang dicita.

Ayah tidak pernah meminta apa-apa,
sekadar anaknya mendoakan sahaja,
Itu sudah menjadi erti besar bagi dia

Itulah jasa seorang manusia,
bernama Ayah.

Syaef
1.22 petang
17/6/2012

Wednesday, June 13, 2012

Dia & DIA

Salam alaik.

Tangan terasa gatal nak menulis sesuatu diblog. Mungkin terabur jadinya nanti tapi takpelah selagi maksud sampai ye tak? Hehe.

*

Topik cinta merupakan antara salah satu topik kegemaran para remaja(aku lah tu). Biasalah, darah muda. Perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu mula menonjol. Maka bermulalah pencarian sang jejaka mencari si gadis impian (kononnya). 

Jujurnya, aku yang menulis ini pernahlah merasai perasaan "sangap" nak berkahwin dan bercinta itu. Hoho.

Masa muda-muda dululah. Tetapi sekarang dah tua dah. :(

Pernah mengecewakan...

Pernah dikecewakan...

Ya, aku pernah lalui dan merasai 2 situasi itu. Mengecewakan dan dikecewakan. Hoho.

Dikecewakan bukan sekali tetapi dua kali (kot).

Perasaan ?

Mestilah rasa sakit. Lebih-lebih dengan sebuah ciptaan bernama Hati.

Ekspresi muka mungkin menunjukkan senyuman indah rupawan, tetapi dalam hati hancur berkecamuk.

Hilang semangat.

Hilang punca.

Bukannya sekejap, tetapi lama. Agak lama.

Tetapi..

Kadang-kadang, kita dikecewakan untuk mengajar sebuah pengalaman kehidupan yang sangat berharga.

Dalam hidup ini, jika tidak ada cabaran dan ujian yang datang, maka itu bukanlah makna sebenar kehidupan.

Kadang-kadang, ada yang diuji dengan dugaan kehilangan orang tersayang.

Mungkin juga ada yang diuji dengan perasaan ditinggalkan.

Mungkinlah.

Sebab Tuhan itu yang tahu yang terbaik untuk hamba-Nya.

Mungkin, apabila dikecewakan, kita akan berjumpa dengan yang lebih sesuai kita. Mungkin.

Tuhan itu Maha Perancang, kita mengikut perancangan Dia.

Maka, apabila melalui situasi dimana "dikecewakan", jangan rasa putus semangat.

Kerana, mungkin ada seseorang yang lebih melengkapi atau perkara yang lebih baik muncul tiba.

Jangan nangis-nangis sebab dia, tetapi nangislah sebab DIA.

Letakkan DIA ditempat yang sepatutnya, insyaAllah dia akan menyusul kemudian.

Jika hendak seseorang yang baik, maka langkah paling awal ialah menjadi baik terlebih dahulu.

Diri sendiri menjadi persoalan. Dan diri sendiri juga yang menjadi persoalan.

Jadinya?

Tuhan itu sayangkan kau, maka mari sayangkan DIA kembali.

Sayang si dia mungkin tidak berbalas, tetapi sayang si DIA tiada penghujung.

Seluas lautan, sehijau pemandangan.
^^

Tuesday, June 12, 2012

Random #1


Salam alaik.

Bosan..

Ngantuk..

Itulah dugaan semasa exam. Masa tak exam, cergas sentiasa. Tetapi time exam ini lah, mata ni asyik kuyu memanjang je. Lalu, sang nafsu pun mengikut kehendak mata. Maka, tidurlah seorang manusia bernama Syaufiq Effendy.

Apapun, approximately ada lebih kurang 5-6 hari lagi sebelum exam Anatomy.

Persediaan?

No comment. Err.

Apapun, sentiasa bersikap positif! Boleh je nak cover semua. I'm genius enough! (muka yakin :D)

Haa, tengok. Dah tatau nak tulis apa dah. 

Seriously, sekarang skil menulis macam dah menurun. Ayat-ayat simple sekalipun dah terfikir-fikir nak susun bagaimana. Ish. 

Macam mana nak tulis novel atau cerpen? luls.

Takpa-takpa, berazam untuk menajamkan lagi skil menulis.

Sekarang ni, macam jadi Dr cinta lah pula. 

Macam-macam kisah cinta yang didengari. Jadinya, dengar je lah. Kalau boleh beri nasihat, terbuka diri ni nak beri.

Kadang-kadang rasa lawak je, dok nasihat-nasihat orang pasal cinta ni tetapi kadang-kadang diri ni fail pun juga. Haih.

Tetapi, insyaAllah sekarang dah tough sikitlah. Dah tak fikir sangat pasal love thingy ni. Hehe.

Satu hari nanti, apabila masa yang sesuai tiba, akan datang jua nikmat cinta itu. Sudah pasti secara halal. Haha. Doakan.

Merapu pasal cinta pulak. Sindrom exam lah ni. Hehe.

Okay, macam dah habis idea.

Lain ceritalah.

;)

Wednesday, June 6, 2012

Biochemistry 2


Salam alaik.

Biochemistry sudah pun berjaya dilepasi. Okay ke tak? Macam nak menangis pun ada sebenarnya. Haha. Tahun ini soalan-soalan exam dia unexpected. Bukan sama seperti tahun yang sebelumnya.


Written.

Soalan berbentuk kbkk dan tersangatlah pening kepala nak menjawabnya. Like a hell seriously. Susahnya sampai pemeriksa "membenarkan" untuk berbincang dengan orang sebelah dalam exam. Tapi aku tak buat la camtu. Banyak sangat hilang markahnya. 

Oral

Dapat dr yang unexpected sekali lagi. Dr tak tanya soalan written tetapi tanya secara general dan spesifik. Tergagap dan terkedu nak menjawabnya. Ouh, agak sedih sebenarnya dengan prestasi oral Biochemsitry. Hilang banyak markah lagi.

Jadi?

Rasa sangat-sangat kecewa jugalah mengenangkan Biochemistry. Lagi menambahkan duka apabila melihat timeline di twitter, ada orang yang dapat soalan-soalan yang keluar daripada soalan written dan kena tanya sedikit sahaja. Serius rasa macam sakit hati jugalah.

Tetapi...

Life must go on and on!

You must look forward whatever had happened in the past!

Benda dah lepas. Bukan boleh diputarkan kembali. So, kena concentrate dengan exam yang berbaki. Anatomy, Histology dan Psychology. Tiga sahaja lagi. Tiga yang bakal menentukan hala tuju exam kali ini.

Serius, prestasi kurang menyeronokkan. Jadi kena betul betul skor exam yang berbaki ini. 

Perfect written marks!

The only way and the most hard way to do. Seems impossible. But it's just impossible before you make it possible.

InsyaAllah, Ya Allah permudahkanlah untuk menghabiskan exam second year ini dengan cemerlangnya. 

Amin.

Friday, June 1, 2012

Random

Salam alaik.

Dah lama kan tak tulis panjang-panjang di blog? Apatah lagi, dengan adanya Akta baru ini, memang makin malas lah aku nak tulis dekat blog.

Hmm.

Takpe, reverse psychology tu. Lepas ni tengoklah aku tulis banyak-banyak sampai bosan.

Tunggu!

Monday, May 28, 2012

Physiology

Salam alaik.

Entri yang tak berapa panjang dan tiada nilai-nilai esotika dalamnya.Ala-ala Tun Dr Mahathir gamaknya.

1) Alhamdulillah, peperiksaan Physiology sudah pun selesai dengan selamatnya. Bagaimanakah?

2)Exam written jujurnya tak susah mana cuma cuai dan terkejut. Jadi mengakibatkan banyaknya salah yang tidak sepatutnya.

3)Target markah untuk written? Hmm. Adalah targetnya.

4) Exam oral pula, Alhamdulillah. Bersyukur sangat.

5) Dapat Dr. Dahlia dan Dr. Abeer. Kombinasi yang menarik.

6) Soalan Dr. Dahlia, Stages of Ovarian Cycle, LH and FSH Surge, Counter Current Mechanism, Phases of Gastric Intestinal Secretion dan Factor Affecting of Gastric Intestinal Secretion dan UMNL/LMNL Alhamdulillah. Semua boleh jawab.

7)Soalan Dr. Abeer, Factor Affecting PTH, Diabetes and Visual Pathway. Alhamdulillah okay juga.

8) Yang penting Lulus. Tapi Jayyid dan Jayyid Jiddan tak mustahahil. Sila doakan saya banyak-banyak. Amin.

9)Peperiksaan seterusnya ialah subjek Biochemistry. Subjek yang tak disukai sejak awal tahun.

10) Tetapi, rasa seronok pula belajar Biochemistry ni. Serius cakap. Alhamdulillah.

11) Saat entri ini ditulis, sudah dua buku habis dibaca, Hormone and Protein Metabolism. Lagi 2 buku, tak bergerak-gerak dan tersusun rapi disebelah laptop ini.

12)Targetnya, esok hari Selasa dah habis baca semua buku. Maka hari Rabu mula fasa kamikaze menghafal dan Jumaat pula selak-selak mcq.

13) Hebatkan perancangannya? Tetapi, sesungguhnya manusia bernama Syaufiq Effendy ialah seorang yang hanya pandai merancang sahaja tetapi buatnya liat.

14) Tetapi, Yakin Boleh ! Tidak boleh bersikap negatif.

15) Oh ye, saya bukan tidak mengikut perkembangan isu semasa. Cumanya saya lebih suka bersikap memerhati dan membuat analisis sebelum membuat kenyataan seperti dahulu.

16)Matang? Diri sendiri masih rasa tak matang lagi. Cuma semakin baik dalam berfikir mana baik dan buruknya. Mungkinlah.

17)Satu lagi, banyak benar kontroversi dan gosip Syaufiq Effendy ye? Macam artis pun ada.

18) Sesungguhnya, Syaufiq Effendy tidak terikat dengan siapa-siapa. Dia bukannya alim sangat, cuma tahu ada batasnya.

19)Eh, rasanya pun sekarang ni dah macam mengasingkan diri sedikit.

20) Ok, dah sampai point ke-20. Selamat maju jaya untuk ahli batch saya.

;)

Monday, May 14, 2012

Exam Practical 2.0

Salam alaik.

Alhamdulillah, Exam Practical Tahun 2 Perubatan Universiti Zagazig telah pun berakhir. InsyaAllah telah buat yang terbaik dan termampu. Moga Allah permudahkan.

Histology

2 section. Satu drawing dan satu lagi tengok slide. Drawing kena lukis Thoracic Level of Spinal Cord dan Suprarenal Gland. InsyaAllah, okay sahaja. Kemudiannya, kena tengok sebanyak 20 slide. Adalah dalam 1-2 slide yang terconfuse. Overall, okay je. ;)

InsyaAllah, 28/30 ke atas.

Physiology

Exam praktikal yang paling ditakuti sebab kurang meluangkan masa untuk mengulangkaji practical Physio. Ish. Teruk perangai! 2 hari sebelum exam, duduk pulun-sepulunnya menghafal. Alhamdulillah, dipermudahkan semasa menjawab. Soalan MCQ insyaAllah okay je. Ada satu careless mistake. Tak surelah. Haha. Untuk part practical, alhamdulillah dapat menjawabnya dengan cemerlang. Yakin dan semangat!

InsyaAllah, 24/25 ke atas.

Biochemistry.

Relaks dan enjoy je preparation dia. Kena buat dua experiment. Urine report dan estimation of serum. Diagnosis urine is Proteinuria dan estimation of serum is 2.75. Hehe.

InsyaAllah, 15/15.

Anatomy

Paling semangat nak jawab. Hehe. Tetapi, sedikit kecewalah sebab gelabah untuk 3 specimen pertama dan ianya mengakibatkan kepada jawapan. Masuk-masuk je dapat Hip Bone. Selepas itu, Tibia, Femur, Fibula, dan Mandible. peergh, Straight tulang! Mana tak gelabahnya.

InsyaAllah, 48/50 ke atas.

Okay, itu sahaja laporan ringkas exam praktikal. Kita kembali kedepan buku Physio yang terbuka luas dihadapan mata ini.


Tuesday, May 8, 2012

Telenovela 24 jam sebelum exam.

24 jam lagi.

*

 Jantung berdengup laju. Makan tak kenyang. Tidur tak lena. Tanpa disedari, masa seakan-akan mengalir laju, selaju air sungai yang mengalir.

Buku berulang kali diselak. Mata turun naik dari atas ke bawah, cuba untuk memasukkan kedalam kotak memori setiap dakwat tulisan yang ada. Lagaknya, seakan seorang profesor yang sedang menelaah formula-formula Sains Sir Isaac Newton ataupun Albert Einstein.

Nafas yang panjang dilepaskan.


"Mengapalah susah sangat nak masuk dalam kepala otak ni!"

"Daripada tadi tak masuk-masuk lagi. Ish"



Suara separa kuat memecahkan kesunyian bilik itu secara tiba-tiba. Barangkali, tertekan agaknya. Mimik muka jelas kelihatan agak serabut. Tidak dapat disembunyikan lagi.


"Allahu akbar, allahu akbar"


Suara azan berkumandang. Syahdu jika dihayati bait-bait maknanya.


"Hayya Allal Fallah, Hayya Allal Fallah"
(Mari menuju kejayaan, mari menuju kejayaan)

"Nantilah, aku solat. Banyak lagi masanya nak solat" monolog dalaman bersuara.

Buku kembali dicapai. Highlighter berpusing-pusing ditangan seperti kipas helikopter. Kerusi ditarik kembali kehadapan meja. Ulangkaji diteruskan.


Tanpa sedar, ada seseorang yang tidak kelihatan sedang tersenyum gembira.

Misi telahpun berjaya.

*

"Ya Allah, mengapalah susah sangat aku nak mengingat ini"

Satu nafas yang panjang dilepaskan. Cuba untuk mencari ketenangan disebalik keserabutan yang melanda.

Al-Quraan yang terletak dihujung meja diambil dengan penuh adab. Jari jemari mula menyelak halaman kitab suci itu.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"

Muhammad, ayat 7

Hati seakan-akan tersentap. Minda seakan-akan tersedar daripada khayalan yang panjang.
.
.
.
"Allahu akbar, allahu akbar"

Laungan azan berkumandang menandakan masuknya solat Isya'. 

"Dah masuk Isya' sudah. Nak solat dulu ke? Ataupun, habiskan study dulu? Isya' lambat habis waktunya."

Hati berbolak-balik untuk solat dulu ataupun meneruskan ulangkaji. Cukup mudah. Perkara yang mudah bisa menjadi satu persoalan besar yang akhirnya ramai tersilap dalam membuat pilihan yang sewajarnya.

"Ala, kalau aku ulangkaji habiskan sikit ni je lagi, sempat je nak solatnya nanti"

Tanda-tanda kekalahan mula terpamer. Belum masuk dewan peperiksaan, diri sudahpun dikalahkan. Pernahkah terfikir?

"Hayya Alla fallah, hayya alla fallah"

Tangan seakan-akan berhenti daripada menulis. Otak cuba untuk mencerna kembali apa yang didengari. 

Senyap.

Kaku.

"Patutnya aku utamakan solat dahulu. Patutlah susah nak masuk dalam kepala, perkara yang paling utama aku buat tatk berapa kisah"

Badan dipaksa bangun daripada kerusi-kerusi empuk dan kaki mula dilangkahkan untuk mengambil wudhu'.

Akhirnya, bersujudlah seorang hamba di hadapan Sang Pencipta.

Kemenangan awal mujahadah melawan nafsu sendiri.

Dalam diam, ada gerangan yang tidak nyata sedang menyumpah seranah mengenangkan dia gagal dalam menggoda seorang Anak Adam.

*

"Solat itu utama, study itu bukan perkara kedua"

"Maka, berusahalah, berikhtiarlah, berdoalah barulah bertawakal akhirnya"






Tuesday, May 1, 2012

Pendirian.

Salam alaik.

Seperti biasa, lama sudah tidak update blog. Final exam semakin dekat. Kurang daripada seminggu lagi, insyaAllah saya, Syaufiq Effendy bin Ngaliman akan mengambil peperiksaan akhir Tahun 2 Perubatan Universiti Zagazig. Doakan semoga dipermudahkan segala-galanya. InsyaAllah.

Banyak cerita yang berlaku belakangan ini. Bersih 3.0 contohnya. Disebabkan tidak mendapat gambaran yang sebenarnya dan tidak berada di tempat kejadian, lebih baik tutup mulut. Play safe. Bukan apa, kita tidak boleh bergantung hanya kepada sumber video dan blog sahaja, banyak benda yang boleh diputar belitkan.

"So, adakah kau tidak menyokong Bersih 3.0?. Tidak mengambil berat hal-hal rakyat?"

Menyokong tidak semestinya dengan tindakan sahaja dan menzahirkannya di khalayak umum. Ada pelbagai jenis bentuk sokongan. Buat masa sekarang, saya  lagi memilih untuk see dan observe. Melihat apa yang berlaku dan membuat pemerhatian dengan apa yang berlaku. Tidak boleh mengikut secara membabi buta kerana mengikut secara membabi buta tidak lebih daripada seperti lembu dicucuk hidungnya. Setiap benda perlukan kefahaman dan bukannya sekadar ikutan yang tidak jelas.

Jadi untuk menjawab persoalan itu, maka suka untuk saya katakan

"Saya sokong tuntutan Bersih 3.0. Tapi, masih dalam keadaan pemerhati dan penganalisis."


" Jadi, adakah tidak mahu wala' kepada pemimpin dengan hanya menjadi pemerhati?"

Saya percaya jika arahan seorang pemimpin itu berlandaskan Islam, maka wajiblah untuk diikuti. Cumanya, seperti dalam apa yang saya nyatakan diatas, saya masih dalam keadaan pemerhati dan penganalisis. Mengapakah saya berkata sedemikian? Mungkin ada yang berkata yang saya pengecut tetapi hakikatnya saya masih terikat dengan kerajaan. Saya belajar dengan duit kerajaan berikan. Maka, perlulah saya menghabiskan tempoh belajar saya dahulu sebelum jelas menerjunkan diri dalam kancah politik .

"Tetapi, duit kerajaan itu duit rakyat kan ? Jadi, apa salahnya !"

Ya, memang duit itu duit rakyat. Jadi, saya menjadi harta yang boleh digunakan rakyat. Rakyat melalui kerajaan telah mengamanahkan kepada saya untuk menjadi seorang doktor. Maka, perlu dan wajib untuk saya melaksanakan tugas utama terlebih dahulu iaitu menjadi seorang doktor yang bakal membantu rakyat.


"Kita kenalah jadi doktor yang bukan hanya menjadi seorang doktor sahaja."

Betul, kita perlu menjadi seorang doktor versatil. Versatil. Banyak benda yang boleh dilakukan untuk menjadi seorang yang versatil dalam membantu masyarakat. Bukan sekadar terlibat dalam politik yang kita nampak, tetapi setiap aspek kehidupan bermasyarkat. Saya juga percaya kita harus meluaskan skop makna politik itu sendiri kerana apa yang kita fikirkan dengan politik, hanyalah pergaduhan antara parti sahaja. Tidak lebih daripada itu. Padahal, ianya silap. Doktor menjadi imam solat di masjid contohnya. Itu adalah contoh konsep politik. Adanya imam dan makmum.

" Jadi,apakah pendirian kau sekarang ini? Mana yang disokongnya ?"


Jika ditanya pendirian saya sekarang ini, saya akan mengambil langkah neutral dalam menilai yang mana baik dan buruknya. Setiap perkara dan benda ada pro dan kontranya. Tiada yang sempurna. Oleh itu, saya mengambil langkah untuk mememerhati dan menilai terlebih dahulu. Apabila sudah cukup matang, masanya akan tiba jua.

Bersih 3.0, tuntutan yang rasional.

Ke arah Malaysia yang lebih berkualiti.