Followers

Thursday, January 26, 2012

Fast Update

Bismillah.

Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Meja pula berselerak dengan segala jenis kertas dan buku. 

Akhirnya, sampai ke hari terakhir Mid Term exam ! Anatomy, paper last. Seminggu yang penuh dengan tekanan dan sleep cycle yang tak teratur. Kalau hari biasa, jangan haraplah nak pulun study sampai tak tidur malam. -.-'

Anyway, Physiology, Biochemistry dan Histology sudah berlalu. Apa yang boleh diberitahu ialah Alhamdulillah dah lepas. Tetapi yang pastinya bukanlah yang terbaik. Biochemistry dan Histology, banyak buat careless mistakes. Tapi, bersyukurlah jua sebab diberikan peringatan awal-awal untuk final.

I've tendency to collapse when I'm in high self esteem

Hoho. Aku dah banyak kali merasai perasaan sebegini. Kes yang paling aku ingat ketika semasa spm dulu. Aku sangat sangatlah yakin yang akan dapat A dalam Biology. Tetapi, apabila result keluar, hanya mampu dapat B+. Terkedu.

So, bersederhana itu baik dan bagus.

Jangan terlalu patah semangat dan jangan terlalu yakin. Cool je.

Jika kau gagal , tak semestinya kau akan gagal selama-lamanya. Dan tidak bermakna jika kau berjaya sekali, kau akan berjaya selama-lamanya. Simple concept.

Sebab itu kau harus terus menerus berusaha dan bersyukur kerana Allah jua yang menentukan sama ada usaha kita berbaloi atau tidak. Jangan bila dah berjaya, kita lupa diri. Kita anggap kita genius. Sekelip mata sahaja Allah boleh tarik nikmat kita tu. :)

*

Anatomy, please be nice with me !


No comments: