Followers

Friday, January 20, 2012

Kahwin

Bismillah.

Terasa sangat sangat lama untuk tidak update blog. Hampir sebulan. Rekod baru.Sekarang tengah klimaks musim sejuk. Tengah exam Mid Term juga. Memang menguji kesabaran dan nafsu diri betul. Asyik terasa mahu tidur sahaja, sampai kepala jadi sakit dan pening. Anyway, insyaAllah winter break ini akan mengembara ke luar Mesir. Tiket dah beli dah (Hurghada -> Geneva -> London -> Geneva -> Athens -> Cairo ). Berhabis dalam RM 1000 lebih jugalah. Padahal boleh dapat lagi murah cuma jad mahal sebab beli lambat sangat. Itu yang naik sampai 2 kali ganda.

*
Kahwin.

Lately, banyak post dan status di facebook mengenai bab kahwin. Mungkin sindrom exam juga. Apabila tibanya waktu exam, akan mulalah isu kahwin ini menjadi perbincangan. 

It's something like a trend , you know ?

Okay, direct to the point

Kahwin is simple. Semudah A, B & C dan tidaklah sesukar untuk memahami Physiology. Cuma yang menyebabkan ia menjadi sukar ialah pelaksanaan tanggungjawab selepas kahwin itu. Itu yang membezakan kemanisan perkahwinan setiap orang. 

"Kadang -kadang perkahwinan beratus ribu ringgit mahalnya tidak menjamin kebahagiaan perkahwinan itu "

Come on. Cuba kita lihat perkahwinan artis artis melayu. Gempak, meriah dan mewah ! Tapi beberapa bulan lepas itu, bercerai berai. Apakah ? Mungkin,  kos perkahwinan itu menjadi penghalang kepada kebahagiaan perkahwinan mereka. Who's know ? I don't have the right to judge it.

Dulu-dulu, fikiran aku kahwin itu susah sangat. Kena sediakan hantaran berpuluh ribu, kos persandingan, dan segala macam perkara lain. Tapi, sebenarnya tidaklah semahal itu dan sesusah itu. Dalam Islam sendiri pun, sebaik-baik perkahwinan ialah dengan mahar yang berpatutan. Apa gunanya hantaran beribu-ribu, tetapi berhutang ? Seksa kot nak bayar. Haha.

"Jadi, apa yang penting dalam seseorang nak berkahwin ini ? "

Bagi aku, apa yang paling penting ialah persiapan mental dan rohani seseorang itu. Baik lelaki mahu pun perempuan. Maksudnya disini ialah nilai-nilai agama. Jangan berangan untuk kahwin jika baca Al-Quraan masih terangkak-rangkak. Solat 5 waktu yang wajib itu pun masih tunggang langgang tak terjaga. Selesaikan yang asas dulu okay. Lagipun asas kebahagiaan perkahwinan itu ialah keberkatan Allah kan kan ?

Jadinya, untuk lelaki dan perempuan yang mahu berkahwin, paling kurang pun asas-asas agama itu adalah. 

" Lelaki ialah mereka yang menanggung "

Ini adalah satu kenyataan yang sepatutnya dihadamkan oleh mereka yang bergelar lelaki. Mahu atau tidak mahu, lelaki ialah mereka yang perlu menanggung dan menguruskan perbelanjaan sesebuah keluarga itu. Logiklah bukan, tak akanlah seorang yang tidak mempunyai bukti kewangan yang baik diberi kebenaran oleh ibu bapa si gadis untuk berkahwin dengan anak gadisnya kan ? Well, at least ibu bapa mahukan anak mereka hidup bersama dengan orang yang boleh memberikan kelengkapan secukupnya kepada anak mereka.

*
Okay, dah terstuck idea sampai di sini. Next time lah sambung. 

Btw, aku memang terasa nak kahwin. Tetapi bukan masa yang sesuai. Banyak lagi perkara dan cita-cita  yang perlu dikejar . 

" I'm gonna be the best man for my wife-to-be after her father"

p/s: exam syndrome.

No comments: