Followers

Saturday, January 21, 2012

Mesir

Bismillah.

Lebih kurang 24 jam lagi sebelum exam Mid Term Biochemistry. Ready ? Haha. Entahlah. Hanya baca sahaja dan cuba untuk faham dan hafal pada masa yang sama. Hopefully good --'

*
Anyway, hampir setahun lebih sudah berada di Mesir. Perasaan ? Speechless. Kadang-kadang, terasa diri ini tak percaya sahaja berada di Mesir. Tapi perancangan Tuhan, siapa yang tahu bukan ?

Mesir.

Apakah yang terlintas dalam fikiran apabila perkataan Mesir diucapkan ? Moden, best, menarik ?

I bet it the answer is capital NO !

Jujurlah katakan, sebelum datang ke Mesir, mind set ketika itu dah gembira sangat sebab belajar oversea kan kan ? Itu adalah satu pride. Jiran -jiran asyik berkata pasal kita.

" Kau tahu Mah, anak si Miza tu belajar Mesir. Pandai anak dia "
(tipikal perbualan)

Aku seorang manusia yang normal. Jadi perasaan bangga itu mestilah ada.Siapakah yang tak kembang apabila nama asyik asyik disebut sahaja ? 

Tetapi ...

Apabila menjejakkan kaki sahaja ke Mesir spesifiknya Zagazig , aku terkedu dan terkelu. Otak terasa seperti  blur tiba-tiba. Suasana yang sangat sangat kampung ! Sampah bertaburan disana dan disini. Hon yang memekak tak kira masa.  Manusia yang jakun sebab nampak orang Melayu. Panggilan " Syin" walaupun aku berkulit gelap. Dan banyak lagi perkara yang membuatkan aku rasa meluat kadang-kadang.

Jangan salahkan aku. Aku cuma bersikap jujur. Kebanyakan orang mesti merasakan sebegitu bukan ?

' Kesusahan yang membuatkan kita belajar erti kehidupan '

Walau bagaimanapun, aku sangat bersyukur sebenarnya. Mesir banyak mendewasakan diri. Belajar erti kehidupan, erti persahabatan , erti kegagalan mahupun erti percintaan. Eceh. 

Mungkin aku seorang yang merasakannya, namun orang Arab Mesir sangat peramah bagi aku. Masih ingat lagi ketika hampir mahu berbuka puasa dan ketika itu juga masih berada di Mahattah, tiba-tiba sahaja ada seorang yang baik hati memberikan makanan. Speechless. 

Tidak dapat dinafikan yang memang ada segelintir yang tidak okay, cuma bagi aku itu adalah norma masyarakat. Ada yang baik dan ada juga yang buruk. Bergantung kepada keadaan kau sendiri untuk mengalami yang baik ataupun buruk.

Aku percaya yang Mesir ini bumi barakah. Jika kau buat baik, Allah akan balas kebaikan kau. Begitu juga sebaliknya. Dan aku sendiri telah merasainya ketika final exam first year dulu. Nak kata aku kuat study, tak kuat manapun study itu. Cuma, mungkin berkat aku tolong kawan-kawan semasa nak exam dengan mencari soalan itu yang membantu aku. Aku rasalah.

Jadi, bersyukurlah kerana duduk di Mesir. Sekarang kau tidak akan merasakannya. Tetapi apabila satu hari nanti, kau akan merasai nikmatnya. InsyaAllah.

'It's not about where you're studying, but it's all about how you managed yourself to adapt there'

^^



No comments: