Followers

Wednesday, February 15, 2012

Suka & Couple

Bismillah,

;)

Sangat lama untuk tidak menulis. Idea mencurah-curah cumanya tangan malas untuk menaip papan kekunci. Apapun, alhamdulillah sudah selesai winter break kali ini. Winter break yang lagi banyak aktiviti daripada tahun lepas. Alhamdulillah.

Zagazig- Hurghada-Geneva-London-Athens-Cairo- Zagazig-Sinai- Dahab-Zagazig

Bermakna. Bermanfaat.

*

Setiap manusia yang normal mesti mempunyai perasaan menyukai lain jantina (lelaki suka akan seorang perempuan dan sebaliknya). Normal. Itulah adalah fitrah manusia yang telah dikurniakan oleh Allah kepada hamba-Nya tak kisahlah lelaki ataupun perempuan.

Remaja..

Sememangnya hakikat bercinta seringkali berlegar dalam kalangan manusia yang bergelar remaja. Darah panas la katakan. Memasuki sahaja alam remaja, perasaan ingin mencintai dan dicintai itu tumbuh mekar dalam jiwa. Mulalah terasa untuk berkahwin walaupun umur baru setahun jagung.

Itu adalah normal,

Yang menjadi masalahnya ialah fitrah percintaan itu didefinisikan dengan cara yang salah. Cinta itu bukannya semurah "couple". Jika couple, ianya tidak lebih daripada satu kongkongan yang membataskan kehidupan anda. Cuba tanya mereka yang couple, mereka akan sentiasa risau akan pasangan mereka bukan ?

Sebabnya ?

Couple itu menimbulkan syak wasangka diri terhadap pasangan. Serius. Setiap masa kau akan rasa untuk tahu apa yang dia buat. Ianya annoying. Sangat annoying. 

Couple itu bukannya jaminan. Kadang-kadang, couple itu boleh merubahkan perasaan suka itu kepada benci yang teramat. Contohnya, jika kau akan berasa sangat cemburu jika pasangan kau bercakap dengan orang lain yang berlainan jantina. Perasaan curiousity itu akan membuak-buak dan seterusnya membawa kepada tindakan yang annoying.

Tidak, kita bukan benci kepada mereka yang bercouple. Tetapi kita kurang gemar couple itu.

Ramai orang yang tersilap langkah. Sebelum berkahwin, perlunya couple. 

Ya, memang perlunya couple sebelum kahwin..
.
.
.
.
.
.
.
Couple dengan Allah , Rasulullah , ibu bapa dan mereka yang selayaknya.

Cakap memang mudah tetapi berapa yang boleh membuktikan kecintaanya terhadap Allah, Rasulullah dan ibu bapa ?

Solat tak tentu hala, kurangnya berselawat dan langgar apa yang ibu bapa cakapkan. Err, dan banyak lagi.

Cukupkah cinta itu ?

" Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka berbuat.

An-Nur, 30

Suka dan menyukai itu tidak salah. Sememangnya ia satu fitrah. 

Jangan menjadi polis dalam cinta. Menidakkan semuanya dengan lagak seorang polis. Mana mungkin, 

perasaan cinta itu dapat dibendung dengan kekerasan? Sifar cinta itu lembut maka tanganilah ianya dengan 

lembut.

Jangan risau.

Lelaki suka perempuan, perempuan suka lelaki itu ialah satu yang normal.

Sampai masa dan tempatnya, kita akan berjumpa jodoh kita.

Tetapi, jangan sekadar menunggu. Usaha dan cari. Persiapkan diri dalam menanti detik itu.

"Indahnya bercinta jika Allah redha"

*

Saya pernah kecewa dan mengecewakan.

Maaf kepada mereka yang terlibat dalam proses kematangan saya. Sesungguhnya, kalian ialah mereka yang diutuskan Allah untuk membolehkan saya mengenal dunia.

Masa hadapan ?

Just go with the flow.