Followers

Monday, May 28, 2012

Physiology

Salam alaik.

Entri yang tak berapa panjang dan tiada nilai-nilai esotika dalamnya.Ala-ala Tun Dr Mahathir gamaknya.

1) Alhamdulillah, peperiksaan Physiology sudah pun selesai dengan selamatnya. Bagaimanakah?

2)Exam written jujurnya tak susah mana cuma cuai dan terkejut. Jadi mengakibatkan banyaknya salah yang tidak sepatutnya.

3)Target markah untuk written? Hmm. Adalah targetnya.

4) Exam oral pula, Alhamdulillah. Bersyukur sangat.

5) Dapat Dr. Dahlia dan Dr. Abeer. Kombinasi yang menarik.

6) Soalan Dr. Dahlia, Stages of Ovarian Cycle, LH and FSH Surge, Counter Current Mechanism, Phases of Gastric Intestinal Secretion dan Factor Affecting of Gastric Intestinal Secretion dan UMNL/LMNL Alhamdulillah. Semua boleh jawab.

7)Soalan Dr. Abeer, Factor Affecting PTH, Diabetes and Visual Pathway. Alhamdulillah okay juga.

8) Yang penting Lulus. Tapi Jayyid dan Jayyid Jiddan tak mustahahil. Sila doakan saya banyak-banyak. Amin.

9)Peperiksaan seterusnya ialah subjek Biochemistry. Subjek yang tak disukai sejak awal tahun.

10) Tetapi, rasa seronok pula belajar Biochemistry ni. Serius cakap. Alhamdulillah.

11) Saat entri ini ditulis, sudah dua buku habis dibaca, Hormone and Protein Metabolism. Lagi 2 buku, tak bergerak-gerak dan tersusun rapi disebelah laptop ini.

12)Targetnya, esok hari Selasa dah habis baca semua buku. Maka hari Rabu mula fasa kamikaze menghafal dan Jumaat pula selak-selak mcq.

13) Hebatkan perancangannya? Tetapi, sesungguhnya manusia bernama Syaufiq Effendy ialah seorang yang hanya pandai merancang sahaja tetapi buatnya liat.

14) Tetapi, Yakin Boleh ! Tidak boleh bersikap negatif.

15) Oh ye, saya bukan tidak mengikut perkembangan isu semasa. Cumanya saya lebih suka bersikap memerhati dan membuat analisis sebelum membuat kenyataan seperti dahulu.

16)Matang? Diri sendiri masih rasa tak matang lagi. Cuma semakin baik dalam berfikir mana baik dan buruknya. Mungkinlah.

17)Satu lagi, banyak benar kontroversi dan gosip Syaufiq Effendy ye? Macam artis pun ada.

18) Sesungguhnya, Syaufiq Effendy tidak terikat dengan siapa-siapa. Dia bukannya alim sangat, cuma tahu ada batasnya.

19)Eh, rasanya pun sekarang ni dah macam mengasingkan diri sedikit.

20) Ok, dah sampai point ke-20. Selamat maju jaya untuk ahli batch saya.

;)

Monday, May 14, 2012

Exam Practical 2.0

Salam alaik.

Alhamdulillah, Exam Practical Tahun 2 Perubatan Universiti Zagazig telah pun berakhir. InsyaAllah telah buat yang terbaik dan termampu. Moga Allah permudahkan.

Histology

2 section. Satu drawing dan satu lagi tengok slide. Drawing kena lukis Thoracic Level of Spinal Cord dan Suprarenal Gland. InsyaAllah, okay sahaja. Kemudiannya, kena tengok sebanyak 20 slide. Adalah dalam 1-2 slide yang terconfuse. Overall, okay je. ;)

InsyaAllah, 28/30 ke atas.

Physiology

Exam praktikal yang paling ditakuti sebab kurang meluangkan masa untuk mengulangkaji practical Physio. Ish. Teruk perangai! 2 hari sebelum exam, duduk pulun-sepulunnya menghafal. Alhamdulillah, dipermudahkan semasa menjawab. Soalan MCQ insyaAllah okay je. Ada satu careless mistake. Tak surelah. Haha. Untuk part practical, alhamdulillah dapat menjawabnya dengan cemerlang. Yakin dan semangat!

InsyaAllah, 24/25 ke atas.

Biochemistry.

Relaks dan enjoy je preparation dia. Kena buat dua experiment. Urine report dan estimation of serum. Diagnosis urine is Proteinuria dan estimation of serum is 2.75. Hehe.

InsyaAllah, 15/15.

Anatomy

Paling semangat nak jawab. Hehe. Tetapi, sedikit kecewalah sebab gelabah untuk 3 specimen pertama dan ianya mengakibatkan kepada jawapan. Masuk-masuk je dapat Hip Bone. Selepas itu, Tibia, Femur, Fibula, dan Mandible. peergh, Straight tulang! Mana tak gelabahnya.

InsyaAllah, 48/50 ke atas.

Okay, itu sahaja laporan ringkas exam praktikal. Kita kembali kedepan buku Physio yang terbuka luas dihadapan mata ini.


Tuesday, May 8, 2012

Telenovela 24 jam sebelum exam.

24 jam lagi.

*

 Jantung berdengup laju. Makan tak kenyang. Tidur tak lena. Tanpa disedari, masa seakan-akan mengalir laju, selaju air sungai yang mengalir.

Buku berulang kali diselak. Mata turun naik dari atas ke bawah, cuba untuk memasukkan kedalam kotak memori setiap dakwat tulisan yang ada. Lagaknya, seakan seorang profesor yang sedang menelaah formula-formula Sains Sir Isaac Newton ataupun Albert Einstein.

Nafas yang panjang dilepaskan.


"Mengapalah susah sangat nak masuk dalam kepala otak ni!"

"Daripada tadi tak masuk-masuk lagi. Ish"



Suara separa kuat memecahkan kesunyian bilik itu secara tiba-tiba. Barangkali, tertekan agaknya. Mimik muka jelas kelihatan agak serabut. Tidak dapat disembunyikan lagi.


"Allahu akbar, allahu akbar"


Suara azan berkumandang. Syahdu jika dihayati bait-bait maknanya.


"Hayya Allal Fallah, Hayya Allal Fallah"
(Mari menuju kejayaan, mari menuju kejayaan)

"Nantilah, aku solat. Banyak lagi masanya nak solat" monolog dalaman bersuara.

Buku kembali dicapai. Highlighter berpusing-pusing ditangan seperti kipas helikopter. Kerusi ditarik kembali kehadapan meja. Ulangkaji diteruskan.


Tanpa sedar, ada seseorang yang tidak kelihatan sedang tersenyum gembira.

Misi telahpun berjaya.

*

"Ya Allah, mengapalah susah sangat aku nak mengingat ini"

Satu nafas yang panjang dilepaskan. Cuba untuk mencari ketenangan disebalik keserabutan yang melanda.

Al-Quraan yang terletak dihujung meja diambil dengan penuh adab. Jari jemari mula menyelak halaman kitab suci itu.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"

Muhammad, ayat 7

Hati seakan-akan tersentap. Minda seakan-akan tersedar daripada khayalan yang panjang.
.
.
.
"Allahu akbar, allahu akbar"

Laungan azan berkumandang menandakan masuknya solat Isya'. 

"Dah masuk Isya' sudah. Nak solat dulu ke? Ataupun, habiskan study dulu? Isya' lambat habis waktunya."

Hati berbolak-balik untuk solat dulu ataupun meneruskan ulangkaji. Cukup mudah. Perkara yang mudah bisa menjadi satu persoalan besar yang akhirnya ramai tersilap dalam membuat pilihan yang sewajarnya.

"Ala, kalau aku ulangkaji habiskan sikit ni je lagi, sempat je nak solatnya nanti"

Tanda-tanda kekalahan mula terpamer. Belum masuk dewan peperiksaan, diri sudahpun dikalahkan. Pernahkah terfikir?

"Hayya Alla fallah, hayya alla fallah"

Tangan seakan-akan berhenti daripada menulis. Otak cuba untuk mencerna kembali apa yang didengari. 

Senyap.

Kaku.

"Patutnya aku utamakan solat dahulu. Patutlah susah nak masuk dalam kepala, perkara yang paling utama aku buat tatk berapa kisah"

Badan dipaksa bangun daripada kerusi-kerusi empuk dan kaki mula dilangkahkan untuk mengambil wudhu'.

Akhirnya, bersujudlah seorang hamba di hadapan Sang Pencipta.

Kemenangan awal mujahadah melawan nafsu sendiri.

Dalam diam, ada gerangan yang tidak nyata sedang menyumpah seranah mengenangkan dia gagal dalam menggoda seorang Anak Adam.

*

"Solat itu utama, study itu bukan perkara kedua"

"Maka, berusahalah, berikhtiarlah, berdoalah barulah bertawakal akhirnya"






Tuesday, May 1, 2012

Pendirian.

Salam alaik.

Seperti biasa, lama sudah tidak update blog. Final exam semakin dekat. Kurang daripada seminggu lagi, insyaAllah saya, Syaufiq Effendy bin Ngaliman akan mengambil peperiksaan akhir Tahun 2 Perubatan Universiti Zagazig. Doakan semoga dipermudahkan segala-galanya. InsyaAllah.

Banyak cerita yang berlaku belakangan ini. Bersih 3.0 contohnya. Disebabkan tidak mendapat gambaran yang sebenarnya dan tidak berada di tempat kejadian, lebih baik tutup mulut. Play safe. Bukan apa, kita tidak boleh bergantung hanya kepada sumber video dan blog sahaja, banyak benda yang boleh diputar belitkan.

"So, adakah kau tidak menyokong Bersih 3.0?. Tidak mengambil berat hal-hal rakyat?"

Menyokong tidak semestinya dengan tindakan sahaja dan menzahirkannya di khalayak umum. Ada pelbagai jenis bentuk sokongan. Buat masa sekarang, saya  lagi memilih untuk see dan observe. Melihat apa yang berlaku dan membuat pemerhatian dengan apa yang berlaku. Tidak boleh mengikut secara membabi buta kerana mengikut secara membabi buta tidak lebih daripada seperti lembu dicucuk hidungnya. Setiap benda perlukan kefahaman dan bukannya sekadar ikutan yang tidak jelas.

Jadi untuk menjawab persoalan itu, maka suka untuk saya katakan

"Saya sokong tuntutan Bersih 3.0. Tapi, masih dalam keadaan pemerhati dan penganalisis."


" Jadi, adakah tidak mahu wala' kepada pemimpin dengan hanya menjadi pemerhati?"

Saya percaya jika arahan seorang pemimpin itu berlandaskan Islam, maka wajiblah untuk diikuti. Cumanya, seperti dalam apa yang saya nyatakan diatas, saya masih dalam keadaan pemerhati dan penganalisis. Mengapakah saya berkata sedemikian? Mungkin ada yang berkata yang saya pengecut tetapi hakikatnya saya masih terikat dengan kerajaan. Saya belajar dengan duit kerajaan berikan. Maka, perlulah saya menghabiskan tempoh belajar saya dahulu sebelum jelas menerjunkan diri dalam kancah politik .

"Tetapi, duit kerajaan itu duit rakyat kan ? Jadi, apa salahnya !"

Ya, memang duit itu duit rakyat. Jadi, saya menjadi harta yang boleh digunakan rakyat. Rakyat melalui kerajaan telah mengamanahkan kepada saya untuk menjadi seorang doktor. Maka, perlu dan wajib untuk saya melaksanakan tugas utama terlebih dahulu iaitu menjadi seorang doktor yang bakal membantu rakyat.


"Kita kenalah jadi doktor yang bukan hanya menjadi seorang doktor sahaja."

Betul, kita perlu menjadi seorang doktor versatil. Versatil. Banyak benda yang boleh dilakukan untuk menjadi seorang yang versatil dalam membantu masyarakat. Bukan sekadar terlibat dalam politik yang kita nampak, tetapi setiap aspek kehidupan bermasyarkat. Saya juga percaya kita harus meluaskan skop makna politik itu sendiri kerana apa yang kita fikirkan dengan politik, hanyalah pergaduhan antara parti sahaja. Tidak lebih daripada itu. Padahal, ianya silap. Doktor menjadi imam solat di masjid contohnya. Itu adalah contoh konsep politik. Adanya imam dan makmum.

" Jadi,apakah pendirian kau sekarang ini? Mana yang disokongnya ?"


Jika ditanya pendirian saya sekarang ini, saya akan mengambil langkah neutral dalam menilai yang mana baik dan buruknya. Setiap perkara dan benda ada pro dan kontranya. Tiada yang sempurna. Oleh itu, saya mengambil langkah untuk mememerhati dan menilai terlebih dahulu. Apabila sudah cukup matang, masanya akan tiba jua.

Bersih 3.0, tuntutan yang rasional.

Ke arah Malaysia yang lebih berkualiti.