Followers

Tuesday, May 1, 2012

Pendirian.

Salam alaik.

Seperti biasa, lama sudah tidak update blog. Final exam semakin dekat. Kurang daripada seminggu lagi, insyaAllah saya, Syaufiq Effendy bin Ngaliman akan mengambil peperiksaan akhir Tahun 2 Perubatan Universiti Zagazig. Doakan semoga dipermudahkan segala-galanya. InsyaAllah.

Banyak cerita yang berlaku belakangan ini. Bersih 3.0 contohnya. Disebabkan tidak mendapat gambaran yang sebenarnya dan tidak berada di tempat kejadian, lebih baik tutup mulut. Play safe. Bukan apa, kita tidak boleh bergantung hanya kepada sumber video dan blog sahaja, banyak benda yang boleh diputar belitkan.

"So, adakah kau tidak menyokong Bersih 3.0?. Tidak mengambil berat hal-hal rakyat?"

Menyokong tidak semestinya dengan tindakan sahaja dan menzahirkannya di khalayak umum. Ada pelbagai jenis bentuk sokongan. Buat masa sekarang, saya  lagi memilih untuk see dan observe. Melihat apa yang berlaku dan membuat pemerhatian dengan apa yang berlaku. Tidak boleh mengikut secara membabi buta kerana mengikut secara membabi buta tidak lebih daripada seperti lembu dicucuk hidungnya. Setiap benda perlukan kefahaman dan bukannya sekadar ikutan yang tidak jelas.

Jadi untuk menjawab persoalan itu, maka suka untuk saya katakan

"Saya sokong tuntutan Bersih 3.0. Tapi, masih dalam keadaan pemerhati dan penganalisis."


" Jadi, adakah tidak mahu wala' kepada pemimpin dengan hanya menjadi pemerhati?"

Saya percaya jika arahan seorang pemimpin itu berlandaskan Islam, maka wajiblah untuk diikuti. Cumanya, seperti dalam apa yang saya nyatakan diatas, saya masih dalam keadaan pemerhati dan penganalisis. Mengapakah saya berkata sedemikian? Mungkin ada yang berkata yang saya pengecut tetapi hakikatnya saya masih terikat dengan kerajaan. Saya belajar dengan duit kerajaan berikan. Maka, perlulah saya menghabiskan tempoh belajar saya dahulu sebelum jelas menerjunkan diri dalam kancah politik .

"Tetapi, duit kerajaan itu duit rakyat kan ? Jadi, apa salahnya !"

Ya, memang duit itu duit rakyat. Jadi, saya menjadi harta yang boleh digunakan rakyat. Rakyat melalui kerajaan telah mengamanahkan kepada saya untuk menjadi seorang doktor. Maka, perlu dan wajib untuk saya melaksanakan tugas utama terlebih dahulu iaitu menjadi seorang doktor yang bakal membantu rakyat.


"Kita kenalah jadi doktor yang bukan hanya menjadi seorang doktor sahaja."

Betul, kita perlu menjadi seorang doktor versatil. Versatil. Banyak benda yang boleh dilakukan untuk menjadi seorang yang versatil dalam membantu masyarakat. Bukan sekadar terlibat dalam politik yang kita nampak, tetapi setiap aspek kehidupan bermasyarkat. Saya juga percaya kita harus meluaskan skop makna politik itu sendiri kerana apa yang kita fikirkan dengan politik, hanyalah pergaduhan antara parti sahaja. Tidak lebih daripada itu. Padahal, ianya silap. Doktor menjadi imam solat di masjid contohnya. Itu adalah contoh konsep politik. Adanya imam dan makmum.

" Jadi,apakah pendirian kau sekarang ini? Mana yang disokongnya ?"


Jika ditanya pendirian saya sekarang ini, saya akan mengambil langkah neutral dalam menilai yang mana baik dan buruknya. Setiap perkara dan benda ada pro dan kontranya. Tiada yang sempurna. Oleh itu, saya mengambil langkah untuk mememerhati dan menilai terlebih dahulu. Apabila sudah cukup matang, masanya akan tiba jua.

Bersih 3.0, tuntutan yang rasional.

Ke arah Malaysia yang lebih berkualiti.



2 comments:

Hikaru Yui said...

sokong BERSIH dsn tuntutannya..

tp xsokong demo..sebab rakyat malaysia masih terlalu tak layak utuk berdemo =p

Dr. Syaef said...

hehe. every persons have their own thoughts.