Followers

Tuesday, May 8, 2012

Telenovela 24 jam sebelum exam.

24 jam lagi.

*

 Jantung berdengup laju. Makan tak kenyang. Tidur tak lena. Tanpa disedari, masa seakan-akan mengalir laju, selaju air sungai yang mengalir.

Buku berulang kali diselak. Mata turun naik dari atas ke bawah, cuba untuk memasukkan kedalam kotak memori setiap dakwat tulisan yang ada. Lagaknya, seakan seorang profesor yang sedang menelaah formula-formula Sains Sir Isaac Newton ataupun Albert Einstein.

Nafas yang panjang dilepaskan.


"Mengapalah susah sangat nak masuk dalam kepala otak ni!"

"Daripada tadi tak masuk-masuk lagi. Ish"



Suara separa kuat memecahkan kesunyian bilik itu secara tiba-tiba. Barangkali, tertekan agaknya. Mimik muka jelas kelihatan agak serabut. Tidak dapat disembunyikan lagi.


"Allahu akbar, allahu akbar"


Suara azan berkumandang. Syahdu jika dihayati bait-bait maknanya.


"Hayya Allal Fallah, Hayya Allal Fallah"
(Mari menuju kejayaan, mari menuju kejayaan)

"Nantilah, aku solat. Banyak lagi masanya nak solat" monolog dalaman bersuara.

Buku kembali dicapai. Highlighter berpusing-pusing ditangan seperti kipas helikopter. Kerusi ditarik kembali kehadapan meja. Ulangkaji diteruskan.


Tanpa sedar, ada seseorang yang tidak kelihatan sedang tersenyum gembira.

Misi telahpun berjaya.

*

"Ya Allah, mengapalah susah sangat aku nak mengingat ini"

Satu nafas yang panjang dilepaskan. Cuba untuk mencari ketenangan disebalik keserabutan yang melanda.

Al-Quraan yang terletak dihujung meja diambil dengan penuh adab. Jari jemari mula menyelak halaman kitab suci itu.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"

Muhammad, ayat 7

Hati seakan-akan tersentap. Minda seakan-akan tersedar daripada khayalan yang panjang.
.
.
.
"Allahu akbar, allahu akbar"

Laungan azan berkumandang menandakan masuknya solat Isya'. 

"Dah masuk Isya' sudah. Nak solat dulu ke? Ataupun, habiskan study dulu? Isya' lambat habis waktunya."

Hati berbolak-balik untuk solat dulu ataupun meneruskan ulangkaji. Cukup mudah. Perkara yang mudah bisa menjadi satu persoalan besar yang akhirnya ramai tersilap dalam membuat pilihan yang sewajarnya.

"Ala, kalau aku ulangkaji habiskan sikit ni je lagi, sempat je nak solatnya nanti"

Tanda-tanda kekalahan mula terpamer. Belum masuk dewan peperiksaan, diri sudahpun dikalahkan. Pernahkah terfikir?

"Hayya Alla fallah, hayya alla fallah"

Tangan seakan-akan berhenti daripada menulis. Otak cuba untuk mencerna kembali apa yang didengari. 

Senyap.

Kaku.

"Patutnya aku utamakan solat dahulu. Patutlah susah nak masuk dalam kepala, perkara yang paling utama aku buat tatk berapa kisah"

Badan dipaksa bangun daripada kerusi-kerusi empuk dan kaki mula dilangkahkan untuk mengambil wudhu'.

Akhirnya, bersujudlah seorang hamba di hadapan Sang Pencipta.

Kemenangan awal mujahadah melawan nafsu sendiri.

Dalam diam, ada gerangan yang tidak nyata sedang menyumpah seranah mengenangkan dia gagal dalam menggoda seorang Anak Adam.

*

"Solat itu utama, study itu bukan perkara kedua"

"Maka, berusahalah, berikhtiarlah, berdoalah barulah bertawakal akhirnya"






1 comment:

Hikaru Yui said...

kalau jenis xbaca lg payah..solat awal tp buku xbaca jugak...kahkah