Followers

Sunday, June 17, 2012

Puisi Untuk Ayah

Salam.

Puisi Untuk Ayah.

Aku pernah mendengar kawanku berkata,
"Ayah aku baik! Dia selalu berikan aku apa-apa sahaja"
Terus, aku berfikir dan cuba berkata
"Ayahku.."
Putus, Aku kehilangan kata
Tidak tahu bagaimana caranya
Untuk membalas dabikan dada
kawanku tentang ayah dia.

Ayah aku seorang yang biasa sahaja,
Tidak seperti emak yang mudah mesra,
Ayah lebih gemar untuk menjadi juara,
Apabila berbicara dengan anak-anaknya,
Apabila ayah berkata Ya
Maka Ya adalah jawapannya
Kata-kata Ayah satu pemutus bicara,
Kami, anak-anak mengikut sahaja.


Ibu pernah berbicara,
"Ayah sayang sangat kamu semua"
"Walaupun dia tegas, itu demi kebaikan kamu semua"
Aku cuba berfikir sewajarnya
Namun, jiwa kecil aku masih biasa,
Tidak mampu merungkai persoalan yang ditanya.

Masa berganti masa,
Aku kini sudah menjadi dewasa,
Ayah juga sudah tua,
Uban-uban putih mula terpamer nyata,
Namun hanya senyuman di riak muka,
Apabila anaknya berjaya,
Menggapai apa-apa yang dicita.

Ayah tidak pernah meminta apa-apa,
sekadar anaknya mendoakan sahaja,
Itu sudah menjadi erti besar bagi dia

Itulah jasa seorang manusia,
bernama Ayah.

Syaef
1.22 petang
17/6/2012

1 comment:

Hikaru Yui said...

oh..kita lain sikit.. family aku..yg manja2 tu ayah.. mak aku yg garang..ehehe